Monday, June 27, 2016

•*¨*•.¸¸❥ My Mum Rustic Chicken Rendang .. Hmm DapNya !! •*¨*•.¸¸❥

  N3 ni pasal ayam rendang kampung yang saya dah makan ahad lepas, wow mmg terbaek la dari bondaku .... org lama ni dia ada sentuhan 'classic' yang susah nak explain kat mana 'umphh' dan 'hmm dapnya' .. penuh ngan TLC... heheh .. pepe enjoiii ...mn tau leh leh learn 'sumting' from my blog ...insyaAllah ...Allahu khairan ... >_< . Saya sertakan juga Cara2 Menghilangkan Bau Hamis ayam kampung sbb ayam kampung sedikit berbau dan liat sedikit sbb tu ada orang x mkn ayam kampung ni .... Musim raya pun dah nak smpi mesti uols teringin nak mkn rendang ayam kampung kan ... Some of the pixs sy ambil dari kari daging rustic n3 terdahulu sbb steps permulaannya sama jek ...Ok kita enjoiii (ingat cerita puteri tv3 dulu ?? ) hah gitu cr bcnya ngeee :-) ..Oh ya saya sertakan juga Tips2 menghasilkan rendang yg yummy gilez ...


Bahan2Nya :-)
-----------------
  • 1 ekor ayam kampung - ayam biasa or ayam tua aka pencen pun boleh digunakan ya
  • 2 camca besar penuh kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging (baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit, mayang halus
  • 3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurangkan)
  • 1.2 liter santan
  • Air panas secukupnya
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
Bahan2 Kisar Halus :-)
-------------------------
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 camca teh lada hitam biji
  • 6 batang serai, hiris halus
Bahan2 Tumis :-)
--------------------
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara2 MembuatNya :-)
--------------------------
  • Ayam dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan.
 
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Step2 ditunjukkan seperti pic di bawah ya :-


  • Masuk pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu supaya tidak hangit dan masaknya sekata.



  • Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Masukkan kerisik, tuang santan, kacau dan masak hingga ayam empuk (jika rendang mula kering tapi ayam belum empuk, tuang sedikit air panas dan terus memasak). Masukkan daun limau purut, kerisik, gula melaka (jika suka) dan asam gelugor. Kacau rata.


  • Masak dengan api kecil hingga rendang kering, kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Masukkan daun kunyit, serai, daun limau, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.








:: Tips2 Menghasilkan Rendang Ayam yang Yummy Gilez ::

  • 1) Pastikan bahan2 yang ditumis benar2 masak supaya rendang tahan lama.
  • 2) Bila rendang telah agak2 kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 
  • 3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
  • 4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah2 kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi2 kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya ..errr faham ke ye?, sengetkan kuali pun boleh :-).
  • 5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
  • 6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
  • 7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah2 ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. 
  • 8) Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Balance/suaikan rasa masam, manis dan masin.

 

 

:: Cara2 Membersihkan Ayam Kampung aka Menghilangkan Bau Hamis Ayam ::

Cara ini boleh juga di'apply' utk ayam 'moden' ya >_< ...pissss

  1. Cuci bersih daging ayam, kemudian usap dengan 1/2 sdt cuka (cairkankan cukanya). Lalu bilas kembali dengan air. Biasanya bau amis sudah hilang dengan cara ini.
  2. Taburi potongan ayam dengan tepung terigu/ubi. Pastikan semua bahagian tertutup rata, lalu diamkan sekitar 20 mins. Kemudian bilas sampai bersih dan keringkan dengan kitchen paper towel. - ini tips bonda saya juga >_<

  • Cuci bersih ayam, kemudian taburi dengan garam dan air jus limau kasturi/lemon/limau sambal pun ok je. Ini merupakan cara yang paling popular dan ter'glamer'.



  • Lap daging ayam dengan kitchen paper towel dan keringkan. Lakukan proses ini jika anda membersihkan ayam kampung kerana ayam kampung memiliki bau hanyir / hamis yang lebih kuat daripada ayam ternak/moden.
  • Boleh layurkan ayam kampung di atas api untuk mengurangkan bau juga - ini juga cara bonda saya :-) ...


:: Tips BondaKu ::
--------------------

  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak sedap.... uols leh try la ye !
  • My mum 'layur/panggang' dulu ayam ni atas api nk bg apa ntah ler heheheh ...bg sedap la kot heheheh
  • Ayam kampung xde or kureng lemak but a bit liat ye uols, so masak kuah tu sedikit lama dari biasa la ye ...bg betul2 empuk ... make use of air putih sewenang-wenangnya ....

 

~* Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat *~







No comments: