Thursday, February 04, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Panduan N' Tips BerNiaga Nasi Lemak Spesel •*¨*•.¸¸❥



Resepi Nasi Lemak Ini Dapat Lebih 30,000 Share Dan Mungkin Mengubah Ekonomi Hidup Anda


Rasanya uols may be pernah ter'share' or ter'read' pasal nasi lemak ni. Sy put into blog so that senang nak refer later on. heheh mana tahu nk jd pengusaha nasi lemak one day ...kan ...perhaps la ... if not then else sebagai recipes Collections je la ....just tgk2 n kumpul ..buatnya idak >_<

Resepi kali ini merupakan perkongsian daripada Noorastella Muhamma di group Facebook Masak Apa Hari Ini dan apa yang menarik lagi, Noorastella sudah menyediakan step by step penyediaan nasi lemak dalam kuantiti yang banyak sekaligus memberi peluang kepada anda untuk membekalkan nasi lemak bungkus secara kecil-kecilan.
Menurut Nooastella, resepi yang dikongsikan ini adalah rutin hariannya yang menghasilkan 200 bungkus nasi lemak setiap hari.
“Semoga bermanfaat buat kawan-kawan. Berniagalah dgn penuh keyakinan. Mudahan kita semua di murahkan rezeki yang halal,” katanya dalam perkongsian tersebut. Okay, jom ikuti satu persatu cara penyediaan nasi lemak ini. Step by step menarik sebab ada gambar, malah siap ada rahsia dan tips berguna untuk anda.

1Kita Mulakan Dengan Cili Kering



Kita mulakan dgn cili kering. Bagi 200 bungkus nasi lemak, sy gunakan 2 mangkuk cili kering yg halus dan 6 mangkuk cili kering yg besar. Sy gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yg terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yg halus/kerinting lebih pedas dr cili kering besar.

2Gunting Cili Kering Halus Halus Supaya Lembut Ketika Direbus




3Rebus cili kering dlm kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak




4Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau utk pastikan cili kering masak dgn seimbang




5Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih




Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.

6Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus




Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yg sy gunakan, proses blender sy sebanyak 5 kali. Simpan dlm besen dan ketepikan.

7Kemudian, sediakan bahan-bahan utk menumis sambal



Saya gunakan :
Bwg besar 8 biji
Bwg putih 3 labu
Serai 6 batang
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Halia sebesar ibu jari
Belacan 1 1/2 inci di bakar
Serbuk cili 6 sudu mkn

8Potong halus semua bahan2 tumis supaya memudahkan proses blend




9Tumis Guna Minyak Masak



Utk blend bahan2 tumis, sy tidak menggunakan air sebaliknya menggantikannya dgn minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.

10Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus




11Tumis Sambal Nasi Lemak



Skg kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Sy gunakan minyak bekas goreng ikan bilis utk menumis. Inilah rahsia sambal yg sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.

12Masukkan bahan tumis yg di blend halus



Masukkan beberapa helai daun pandan yg di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yg maveles!

13Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak




14Kemudian masukkan cili kering yg sudah di blend awal td



Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dlm semangkuk air. Masukkan air asam jawa yg di tapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yg terhasil adalah sambal yg manis-manis pedas. Bagi saya, itulah definisi sambal yg terbaik.

15Masak sambal sampai terbit minyak




Kepekatan sambal mengikut citarasa msg2. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yg sesuai. Sambal yg sedap adalah sambal yg di masak dgn waktu lama. Kebiasaan sy, sambal ini sy sediakan pd waktu mlm. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu di panaskan dan fokus pada nasi pula.

16Inilah sambal yg telah siap



Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yg lama. 3-4 jam.

17Skg beralih pada penyediaan nasi pula



Kualiti gambar sedikit gelap kerana nasi ini sy sedia kan pada waktu subuh. smile emoticon Sy gunakan 10 mangkuk beras utk sekali masak. 10 mangkuk beras ini dpt menghasilkan 100 bungkus nasi lemak mengikut sukatan sy. Setiap hari sy akan masak 20 mangkuk beras. Bermakna, sy masak sekaligus menggunakan 2 kuali dan 2 periuk kukusan. Harap kawan2 jelas bahagian ini. smile emoticon

18Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih



Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yg bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yg selalu melembabkan nasi.

19Penyediaan Nasi



Utk nasi, sy gunakan:
Halia sebesar ibu jari
Serai 4 btg
Beberapa helai daun pandan yg di simpul

20Tuang beras dan bahan-bahan lain dlm kuali besar. Masukkan air 2 inci dr permukaan beras




21Utk 10 mangkuk beras ini, sy gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yg sgt pekat




22Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula




23Masak sehingga air kering



Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja. 60% lg akan masak di dlm periuk kukusan.

24Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan




Sy suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk utk aroma nasi yg wangi.

25Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan utk transfer ke dlm periuk kukusan yg sudah di panaskan




26Transfer nasi dr kuali sampai habis




27Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit




28Petua Berharga Yang Anda Perlu Beri Perhatian



Ini sedikit contoh hasil jualan harian sy. Lagi sedikit petua dari saya :
-Timun yg di gunakan utk nasi lemak.
Selepas potong, masukkan ke dalam peti sejuk. Ini bertujuan mengelakkan timun dr berair yg akan merosakkan nasi. Keluarkan timun apabila tiba waktu utk menggunakannya.
-kacang goreng.
Jemur kacang di bawah matahari. Ini kerana kacang yg terbungkus dlm plastik akan berbau hapak dan agak lembab. Bila kacang di jemur sblm goreng, kacang yg terhasil sgt rangup.
-ikan bilis.
Ketika ingin menggoreng ikan bilis, masukkan beberapa hirisan bawang putih. Petua ini berguna utk mengetahui samada ikan bilis cukup masak atau belum. Bila hirisan bwg putih sudah garing, maknanya ikan bilis pun sudah cukup masak.
-telur rebus.
Selepas siap merebus telur, ketika sudah matikan api, masukkan beberapa sudu cuka masakan dan tutup sekejap periuk. Ini bagi memudahkan proses pengupasan telur.
Kami di Vitdaily juga mengharapkan perkongsian ini dapat membawa kebaikan kepada anda semua. Mahukan resepi seperti ini lagi? Jom follow kami di Facebook dan Instagram

No comments: