Apabila mahu membina atau mengubahsuai ruang dapur, ada 3 ruang utama yang anda perlu berikan perhatian terlebih dulu.
- 1. Ruang memasak
------------------------
- 2. Ruang membasuh
-------------------------
- 3. Ruang perkakasan elektrik
--------------------------------------
Anda perlu menyediakan ruang untuk pelbagai perkakasan elektrik bagi kegunaan dapur. Ia adalah seperti periuk nasi, cerek air, pembakar roti, blender, penapis air dan sebagainya. Kebanyakan perkakasan ini perlu diberi ruang yang kekal. Oleh itu, bayangkan perkakasan apa yang anda perlukan dan tentukan ruang yang diperlukan oleh semua perkakasan berkenaan. Pada dasarnya anda wajib memperuntukkan sekurang-kurangnya 2-3 kaki lebar bagi perkakasan elektrik – lebih luas lebih baik.
Selepas menetapkan peruntukan bagi 3 ruang di atas, maka barulah anda boleh bayangkan susunatur dapur anda secara keseluruhannya. Perhatikan, ketiga-tiga ruang yang saya sebut di atas merupakan ruang “table top”. Walaupun peti sejuk misalnya, memerlukan peruntukan ruang yang khusus, tetapi ia tidak tidak memerlukan table top. Oleh itu anda pasti dapat mencari ruang yang sesuai untuknya.
Sebagai tambahan, ini satu lagi nasihat relevan. Pastikan bagi setiap kawasan yang telah anda peruntukan kegunaannya, lengkapkan ia dengan pendawaian elektrik atau plug kuasa yang diperlukan dan secukupnya. Dengan kata lain, pastikan anda sediakan pendawaian atau plug kuasa untuk hood, stesen perkakasan elektrik, peti sejuk, oven dan sebagainya. Jangan tunggu selepas semua kerja pengubahsuaian ruang anda siap baru anda terfikir tentang semua perkara ini.
No comments:
Post a Comment