Wednesday, December 30, 2015

•*¨*•.¸¸❥ DIY Sup Istimewa Tulang Sempoi Lagi Express •*¨*•.¸¸❥




N3 ni pasal sup tulang, hmm dapnya makan panas berserta sambal kicap cili padi ...terangkat u !! Saya namakan sempoi lagi express sbb senang sungguh membuatnya ...versi mudah dan cepat tp menyelerakan ...yum ! yum !! 
Tips dari Salma Hayek (actress yg petite but lawa tu) kata dia menjaga kecantikan asli dengan minum sup tulang (x percaya botox dan surgery huhu) ...wah boleh la dipraktikkan ye ! agaknya ada collagen asli kot that's y ... katanya sbb ada lemak n gelatine ...wallhua'lam ..
Saya sertakan juga tips mendapat rebusan tulang yang lembut dengan menggunakan bicarbonate of soda (B-U-K-A-N baking powder ya ..ada differ tau!)

Sup Tulang Sempoi Lagi Express



:: Bahan2Nya ::
------------------

  • 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk, kat bawah ada tips melembutkan daging or tulang, juga boleh refer kat N#3 terdahulu utk lebih tips
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 labu bawang besar - di hiris 
  • 1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar 
  • Air rebusan tulang secukupnya 
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
:: Bahan2 Optional ::
-----------------------

  • Daun sup dan daun bawang ~ hiris
  • Bawang goreng - tabur
  • 1 batang celery - hiris
  • 3-4 biji cili padi - hiris
  • 1 batang lobak merah ~ dadu 
  • 2 biji kentang ~ dadu 
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 sudu besar minyak sapi - optional

:: Bahan2 Kisar ::
-------------------

  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia

:: Cara2 MembuatNya ::
---------------------------

  • Rebuskan daging seadanya. Rebus sehingga lembut la gamaknya ni. Boleh applykan apa2 juga cara nk bg cepat empuk dan lembut. Lau ada pressure cooker lagi senang kot, xperlu tips, petua bagai. Leh jimat gas memasak ... N3 terdahulu juga ada sertakan more tips to get the tender and loving care daging ...>_<


  • Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. ** Boleh kisarkan sekali lobak, celery dan leek kisar sekali (synya version express so x buat la heheh) 
  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. 
  • Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.
  • Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
  • Bila semua dah garing masukkan pes tersebut ke dalam air rebusan tulang tadi (kira sy buat ni terbalik la ..org masuk rebusan dalam pes, sy msk pes dalam rebusan, ekceli samo jo heheh) .... Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih/mendidih. 
  • Akhir sekali masukkan daun saderi telah dipotong kecil. Boleh juga masukkan carot, celeri,  kentang, leek dsbnya ikut selera uols. Last sekali bawang goreng ... Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap.
  • ** Boleh juga dimakan bersama mee kuning/mee teow or bihun  ... 







Sambal Kicap Terangkat


:: Bahan2Nya ::
------------------

  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.



korang pernah tgk cili padi ni ? wp pepel dan cun rsnya mmg pedas gilez, 'berasap' telinga ..ngalahkan pedas cili padi yg biasa tu k ... dun under estimate tau !




 
 :: Petua Melembutkan Daging / Daging pada Tulang / Tetel ... ::
  • Dengan cara ni, Insya-Allah... tak perlu guna pressure cooker, tak perlu nak merebus sampai berjam-jam atau terpaksa beli daging batang pinang yang sangat mahal tu. 
  • Daging boleh dihiris nipis dengan sangat cantik sekali. Insya-Allah... bila merebus tulang... dagingnya lembut dan longkah (senang tertanggal). Bila merebus tetel... boleh kunyah! Gitulah powernya si BOS ni hehehe...
:: Bahan2Nya ::
------------------

  • 1 kg daging / tulang / tetel
  • 1 sdteh bicarbonate of soda
  • 2 inch halia
  • 1 sdteh garam
  • Air secukupnya
  • Yeaa... inilah rahsianya... Bicarbonate of Soda! Cuba... jangan tak cuba...



:: Cara2Nya ::
----------------

  • Letakkan ketulan tulang atau daging dan tetel yang belum dipotong ke dalam periuk. Tuangkan air hingga separas 1inch di atasnya.
  • Tambahkan bicarbonate of soda, halia dan garam.
  • Gunakan api besar, tunggu hingga air mendidih.
  • Bila buih putih dah mula membuak, kecilkan ke api sederhana dan teruskan mereneh.
  • Sendukkan keluar buih putih yang sudah kental. Tunggu hingga daging 3/4 empuk.
  • Maksudnya mudah dipotong, boleh dikunyah, cuma masih sedikit liat.
  • Selalunya ambil masa 45 minit sahaja untuk berat 1 kg.
  • Jangan terlebih masak sebab dagingnya akan jadi lembik dan berderai bila dimasak lagi.
  • Angkat dan hiris daging atau tetel untuk masakan seterusnya.
  • Angkat dan rebus semula tulang untuk membuat sup tulang.
  • Atau tumiskan tulang bersama rempah untuk nasi briyani.
  • Cara ni tak sesuai kalau nak buat stok sebab rasa air rebusan agak payau sikit. Dan selalunya kita memang tak gunakan semula air rebusan tu... terutamanya kalau merebus tulang / ketulan daging untuk buat sup atau nasi briyani.
  • Jangan risau, buangkan saja... Rasa sedap daging akan tetap ada. Insya-Allah sup jadi lebih jernih, rasa lebih sedap dan paling penting... tak berladung lemak. Nasi briyani pulak tak jadi muak.
  • Kita lebih suka rebus ketulan daging / tetel terlebih dahulu. Senang nampak jalur uratnya, jadi lebih senang untuk menghiris.
  • Terima kasih pada Linda yang mengajarkan petua ni kat kita. Mudah dan sangat  menjimatkan - jimat gas, jimat masa dan tak perlu beli  pressure cooker. Selamat mencuba!



 •*¨*•.¸¸❥ End of DIY Sup Istimewa Tulang Sempoi Lagi Express •*¨*•.¸¸❥



No comments: