Sunday, September 27, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Kuih Koci Pulut Hitam BerLemak Santan & Kuih Koci PumpKin •*¨*•.¸¸❥

N3 ni saya dapat dari Tahrunisah Jali (fb) ..saya jadikan versi saya la ye, sbb for me and ur eyes only hehehe  ...Korang rasa selain pulut hitam dan pumpkin apa ye leh buat kuih koci ni, ada ke perasa strawberry dan papaya or nenas ke ?.. Korang imagine koci kaler pink jambu or pepel? huwaa kelas mak ! .. May be korang leh experimen sendiri la kan hahaha ...pepe pun enjoiii ...pissss !



:: Bahan2 Utk DOH Tepung Pulut Hitam ::-
  • 2 cawan tpg pulut
  • 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
  • sedikit garam
  • 1 cawan air (jgn curah semuanya nanti lembek sangat..masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan..baki air tu dlm 3 sudu besar)
  • *** NOTE : tepung pulut hitam ada dijual di Bakery Supply - dah siap mix, ready made
  • :: Cara2Nya::
  • Tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan dah kira ok..doh tak keras n tak lembek sangat..mcm nak buat onde2 tu ..tutup sekejap dgn kain elakkan keras .. Pic doh seperti di bawah ya :



:: Inti Kelapa Manis ::
  • 1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
  • 1 biji gula melaka
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
  • daun pandan disimpul
:: Cara2 MembuatNya ::
  • Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir, daun pandan dgn sedikit air.... masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
  • Masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering (kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur.... agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
  • Bulat2kan inti tersebut
  • daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5 inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat
  • NOTE : Inti leh buat kesukaan uols mcm mn ..ada suka inti kacang, ok je kot ....


:: Bahan2 Untuk Kuah Santan Pekat ::
  • 2 sudu besar tpg beras
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit garam
:: Cara2Nya ::
  • Campurkan tpg beras dlm santan pekat.... kacau sebati dan masukkan garam... masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan :-)




:: How To Assemble :: 
  • Masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni. Kita gunakan Periuk Kukusan aka Steam Pot zaman cam dedulu tu ya ...NOTE : sy x sure if electric steamer akan beri kesan yang sama, sy x pernah guna except steam jagung or pau segera soping mall tu jo, masak kuih tradisional guna steamer kuno gek ...hahaha, so sy x dpt bg pendapat, sowwii ya ampun, pada firasat patik, technically should be the same kot !! InsyaAllah "Jazakallah Khairan Kathira (May Allah Reward U with GOODNESS" ...Pic steamer ada, sat pic spt di bawah :-




  • Ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh :-)




  • Air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat... sama steps mcm kita buat ondeh2 tu ...



  • masukkan pula kuih koci 'rebus' ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras (lihat gambar di bawah ye)

  • Guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak, bg kemas sikit bentuknya dan bungkus mcm bantal atau nasi lemak pun boleh..
  • Kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang.... siap...



  •  So finale looks should be like this, bila 'palette' kene je 'kuah santan' ...wow, it's like heaven je ....wahhhh ...slurp ..slurp !!
    NOTE dan amaran ::
    tp jaga kesihatan ya, kuih ni manis sehingga menikam sukma sanubari tau !! ...

kat bawah ni Kuih Koci My Sweet Pumpkin plaks ...mcm comel je nama tu, cis hehehe ...so pumpkin ialah labu in BM ya, pic seperti di bawah :-










Source : http://bilachahkedapur.blogspot.my
Sumber : Bonda Tercinta 

:: Bahan-bahan Untuk Inti ::
  • 1/2 biji kelapa inti (diparut)
  • 2 -3 keping gula melaka
  • Gula pasir
  • 2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
  • Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
  • 1 sudu besar tepung gandum
:: Cara2Nya ::
  • Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
  • Masukkan simpulan daun pandan.
  • Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.

:: Bahan2 Untuk Tepung ::
  • 1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
  • 1 1/4  cawan tepung pulut (kat pic 1/4 plaks...salah ye, kat sini yg betulnya)
  • Sedikit garam halus


:: Cara2Nya ::
  • Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
(Pembetulan kat pic ..11/4 cawan tepung pulut, bkn 1/4 ye)
 
:: Bahan2 Kuah Santan Pekat ::
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh tepung beras
  • Sedikit garam
:: Cara2Nya ::

  • Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
  • Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
  • Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.

:: How To Assemble ::

  • Bulat2kan inti kuih ikut suka besarnya ..kalau inti lembik xyah bulatkan. Ketepikan.
  • Ambil adunan tepung sedikit dan bungkus inti tadi. Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum.
  • Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
  • Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
  • Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak. 

Lembut dan lemak. Lemak dan Lembut. Huishh!







No comments: