Tuesday, August 18, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Pelbagai Masakan Ketam Specially 4 My Sis >_< •*¨*•.¸¸❥¸





Bila tengok ketam ni teringat my sis ...she's the crabby lover yo during our youth era hahah !! Haaa still lagi kot ....so dedicated this page specially for her la ...N3 ni saya ambil dari Fb with the source from the below mentioned person ya ...TQVM

Ketam Masak Lemak->>

BAHAN-BAHAN:
  • 3 ekor ketam | dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai | diketuk
  • 250ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK:
  • 6 tangkai cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
  • 1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.
  • 2. Kemudian masukkan serai dan santan. Kacau rata.
  • 3. Setelah santan mendidih, masukkan sedikit air dan ketam.
  • 4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit, asam gelugor dan perasakan secukupnya. Biarkan seketika sehingga ketam masak sempurna.
  • 5. Sedia dihidangkan.

JOM SHARE DI WALL MASING-MASING
Sumber : Rasa/karangkraf

Sila follow and like page dibawah: Banyak Menu Menanti anda

https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah





Source : Resepi Nennie Khuzaifah



KETAM TUMIS BERCILI->>


:: Bahan2Nya ::
  • 10 ekor ketam - saiz besar
  • 2 batang serai - dititik
  • Daun bawang & sup - diracik
  • Air secukupnya - anggaran 1 cawan

:: Bahan2 Dikisar Lumat ::

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 inci belacan
  • 4 biji cili kering - direndam dalam air panas sampai kembang
  • Garam secukup rasa - jika perlu

:: Bahan2 Utk SOSNya ::

  • 5 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu sos plum - utk masam manis
  • 2 sudu besar sos ikan nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
  • Sedikit minyak bijan

:: Cara2 MemasakNya ::

  • * Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .
  • * Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan serai serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak
  • *Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun bawang dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .
  • * Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

 ---------




Ketam Tumis Sos Tiram & Kicap ->>

:: Bahan2Nya ::

  • 8 ekor ketam - saiz besar
  • Daun bawang & ketumbar - diracik
  • Air secukupnya - anggaran 1 cawan
  • Asam jawa secukup rasa

:: Bahan2 Dikisar Lumat ::

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 biji cili merah

:: Bahan2 SosNya ::

  • 3 sudu besar sos cili - boleh tambah
  • 5 sudu besar sos tiram - boleh tambah
  • 4 sudu besar kicap manis - boleh tambah
  • 1 sudu kecil sos ikan nampla
  • Sedikit minyak bijan

:: Cara2 MemasakNya ::

  1. * Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .
  2. * Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan diterus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak
  3. *Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun ketumbar dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .
  4. *Jika kuah agak cair boleh dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung yang digaul rata dengan sedikit air . Masukkan bancuhan ni dan kacau sehingga sos masak menjadi pekat .
  5. * Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..
-----------



BlackPepper Crabby -->>


BAHAN-BAHAN:


  • 10 ekor ketam - saiz sedang
  • Air secukupnya - anggaran 1 cawan
  • 1 sudu kecil biji lada hitam yg ditumbuk lumat - boleh tambah

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 5 sudu besar sos lada hitam - boleh tambah
  • 3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap manis - boleh tambah

CARA MEMASAK :

  • * Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .
  • * Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak serta terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan semua ketam serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang kurang boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan sedikit air dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak .
  • *Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Boleh juga dimasukkan daun sup/baeang dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .
  • *Jika kuah agak cair boleh dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung yang digaul rata dengan sedikit air . Masukkan bancuhan ni dan kacau sehingga sos masak menjadi pekat .
  • * Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..
 
-----------




MASAK SWEET SOUR KETAM -->>

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg ketam
  • 3 biji tomato masak ranum
  • 4 batang serai - dititik
  • Sedikit air asam jawa-boleh tambah kalau suka kuah masam
  • 1 cawan santan-tak tambah santan pn ok
  • Sedikit air - jika perlu saja

* Boleh ditambah nenas atau cili capsicum

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 5 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
  • Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :

  • * Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .
  • * Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta santan dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah la air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur..
  • * Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..
---------------

TUMIS SAMBAL TELUR KETAM -->>

BAHAN-BAHAN :-


  • 3 kg ketam
  • 1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
  • 8 sudu besar cili kisar
  • 10 sudu besar cili sos Thai
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3-4 biji telur
  • Air asam jawa secukupnya - jika perlu
  • gula secukup rasa - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Guna 3 biji atau 4 biji telur ikut pada selera sendiri . Masa menumis masukkan cili kisar dan sos sedikit demi sedikit sampai dapat rasa yang kita suka . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

CARA MEMASAK :-

  • - Bersihkan ketam serta digaul dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian di angkat dan ditos . Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu .
  • - Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .
  • - Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan cili sos Thai secukupnya dengan tomato sos jika kurang masam baru ditambah air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Masukkan 1 sudu besar gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas kalau suka sambal manis boleh ditambah lagi gula . Kacau semua bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri .
  • - Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur , jika kering ditambah minyak bekas goreng ketam tadi . Kacau rata telur sampai amsak , guna api kecil atau sederhana besar supaya sambal tak hangit . Masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal dgn ketam . Rasa sambal jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan yg diperlukan kan . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
------------


•*¨*•.¸¸❥¸  End of Pelbagai Masakan Ketam Specially 4 My SIS •*¨*•.¸¸❥¸


No comments: