Thursday, April 09, 2015

╰⊰✿´ Tip Hias Kediaman Nampak Mewah ╰⊰✿´



Tips Hias Kediaman Nampak Mewah

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

 
Bukan semua orang mampu memiliki kediaman mewah. Ada yang hanya menyewa di apartmen mahupun rumah teres sahaja. Namun, di hati pemilik begitu teringin mendapatkan kediaman yang tampak hebat di mata pengunjung.
 
Sebenarnya tidak sukar untuk miliki kediaman berkonsep mewah dan ada kelas tersendiri, asalkan pandai menghias mahupun bijak memilih perabot.
 
Ada teknik yang boleh pembaca lakukan untuk membolehkan kediaman ringkas ini terlihat mewah dan tersendiri. Mahu tahu lanjut mengenainya, MW berikan beberapa panduan yang boleh dipraktikkan oleh pembaca.
 
Ruang tengah
Perlu diketahui ruang tengah adalah pusat tumpuan untuk satu-satu kediaman. Apa yang perlu ada di bahagian itu? Pastinya titik tumpuan itu perlu diisi dengan satu barangan atau perabot yang terlihat mahal. Tak perlu mahal dari segi kosnya, yang penting anda bijak mencari perabot yang kelihatan mahal. Lalu letakkan ia di ruang itu. Andai bukan perabot menjadi pilihan anda boleh letakkan figura menarik perhatian seperti barangan kaca.


Langsir
Langsir juga memainkan peranan untuk menampilkan gaya mewah dan tersendiri. Cari fabrik langsing yang kelihatan mewah namun dengan harga mampu milik. Tidak perlu berhabis ribuan ringgit untuk hiasan yang satu ini. Rajin-rajinlah berjalan dari satu pasar raya ke pasar raya untuk mendapatkan kain langsir yang diinginkan. Biarkan lambat, asalkan berpuas hati dengan hasilnya.]





Peranan Cat 
Anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah bajet  besar untuk membeli cat mewah. Kadangkala dengan belanja cat yang murah asalkan bijak membeli cat yang menarik kesan pencahayaan akan menghasilkan kesan warna yang menawan dan mewah.


 
Dinding
Hiasan mewah selalunya memiliki nilai kesenian yang tinggi. Justeru, anda perlu berfikir sebagaimana golongan elit yang menghargai seni pada setiap perkara. Oleh itu, hasilkan hiasan dinding yang berseni dengan kesan grafik yang menciptakan ruang dinding yang berseni.

 



Susunan buku
Buku amat penting untuk menghias ruang kosong yang ada pada ruang tamu. Anda boleh menempatkan buku-buku pada rak binaan dalam atau rak yang dibeli di kedai perabot.
Bagi golongan mewah, buku dianggap sebagai sahabat baik golongan sebegini. Jadi anda tetap memerlukan buku dengan menggunakan pendekatan yang sama untuk mencipta kediaman mewah. Koleksi buku yang bagus juga mampu menyerlahkan kekurangan barangan mewah di rak yang ada di kediaman anda.



Rak kaca
Menyediakan rak-rak kaca pada ruang tamu juga mampu menyerlahkan kediaman berkelas tinggi. Anda sebenarnya mempunyai pilihan untuk memilih rak kaca yang murah dan berkualiti di beberapa buah kedai perabot di negara ini. Asalkan bijak mencari anda pasti memperoleh rak yang diinginkan. Di ruang rak kaca ini kelak, anda boleh meletakkan hiasan buku-buku dan pastinya ia mampu menampilkan gaya mewah dan tersendiri.








Permaidani
Tidak perlu membeli permaidani yang mahal harganya. Anda masih boleh memilih permaidani mewah dengan harga murah dan berpatutan. Asalkan anda tahu konsep kediaman yang diinginkan, pasti tiada masalah untuk menghasilkan seni hias kediaman bak berada di dalam istana.





Susun atur
Setelah segala persiapan dilakukan, anda perlu bijak menyusun atur kediaman agar kelihatan seperti ruang tamu serba mewah. Elakkan susun atur perabot yang sarat, sebenarnya kesederhanaan masih boleh dipraktikkan agar kediaman seperti milik orang berada.










No comments: