N3 kali ni pasal kari daging my mum...hmm my mum memang pandai masak sbb puluhan tahun jadi tukang masak awam dan private chef juga abahku ! ...ahaks ...so mmg kene menuntut dari dia tapi ntah la i ni mcm suka sikit nak modified sini sana ikut citarasa sendiri ..Dipendekkan cerita aku takkan puas hati ler bila polo mak aku tu ...aku mmg gugel bg menambah ilmu di dada ni hahaha...but mmg x dinafikan my mum mmg pakar masak ..x caya tny laki haku yang mmg dah boroi makan masakan dia dari dulu kini dan selamanya...heheheh.
Haku ni bila nak terror ??? ..dulu mmg nak gi buat culinary n cuisine, nak open up bakery sejibik .. but somehow terambil IT plaks, ni UPM punya pasal ler ni ...aiseyman, sape suurh offer course yg agro magro je ..IT je bkn 1-1nya no agro ...aku pun sebat la course tu ...Ala tu once upon a time kan ...kan ...dah x relevan da la ni ...Apa2 pun diingatkan ilmu tu penting dan kita diwajibkan menuntutnya waimah dah nak ke hujung nyawa ...sob sob huhu ..
Kat sini disertakan pula bagaimana mendapatkan daging yang enak b4 kita masak kari daging ni, saya x letak the 'source from' sbb byk yang saya gugel...Biasa la kan nak masak kene lah prepare and do some homework sikit so that the result tu will be superb duperb !! ..rasanya bkn masak je ....bab kerja, study, mati and all seme kene prepare ..rite ?? okies ..Lagi pun untuk rujukan aku kini dan selamanya jugak tak pun if uols terbaca blog aku ni ...wahh bagus si rose ni ada petua bagai ...copy sikit hahaha ...ok jom cont lagi ... :-
Copy la dan digalakkan meng'copy' blog aku untuk kesejahteraan sejagat ..aku no hal pun ...duniawi je ni hahaha (tagline ni kita org sellau seloroh kat office sbb byk keje n fenin2 lalat ..haha ..so we all selalu breaks ngan sunat duha ke ...so selalu la ckp this word (duniawi je nih ) ..huh baguih sungguh off-mate aku ni ...leh buat suami n isteri solehah ni ...tp tulah all has been taken out ...dah expired dah pun ...hahah ..Yang baik tu kita jadikan pedoman dan buruk tu jadikan sempadan dan pelajaran ...hah tu dia !! ...Lor panjangnya intro ....sowiiii ya ampun !! :)
.: Cara2 Mengempukkan/Melembutkan Daging :.
- Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.
- Bila masak gulai daging, masukkan juga buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam gulai tersebut..Pic buah keras mcm kat bawah ni ya >_<
- Bila masak daging dalam periuk belanga, cuba masukkan sebatang sudu yang diperbuat daripada termbikar (????? hah konpius aku)
- Untuk masak daging supaya empuk cuba carik betik muda yg masih kecil. Buang kulit dan bersihkan, Kemudian hiris dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam masakan gulai tersebut,
- Tempe boleh juga mengempukkan daging. Ambil sepotong tempe dan masukkan sekali ke dalam gulai yg dimasak
- Gunakan daun pisang abu (daun pisang lain or daun lain aku x sure k ..dah petua tu kata gitu ..polo je la mak jemah ..) dan lapkannya dulu sampai bersih. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi. Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak - sila rujuk gambar pisang dan daun pisang ...aku ni buta pisang uols usha2 la kat mak2 uols or sedare mare ...kang salah terambil pisang ali uols jgn mara aku wei ..
- Ambil setengah atau sebiji pinang tua. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging - sila rujuk gambar, keyword adalah TUA ya ...sila ingat betui2 ..aku rasa maksudnya pinang yang dah matang ler tu ...dah baligh bukannya mumaiyiz ...got the point ?? ..kuikuikui ...
.: Merangupkan Ayam Goreng :.
- Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Ni i selalu nampak my mum nad makcik buat masa kenduri kendara ...Mmg habis licin ayam gorengnya hehe
- Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.
- Kawan Chinese saya pun pernah masak di rumah kami. Kebetulan ada daging payau (daging rusa). Jadi, saya minta dia yang masakkan. Caranya, dia perap dulu daging yang dipotong nipis2 dengan soda bikarbonate selama 5-10 minit. Kuantiti tu tak banyak sangat. Mungkin secubit macam tu. Kalau banyak, nanti bau pulak. Kemudian, boleh la digoreng macam biasa...Daging tu memang akan lembut. Cubalah mana2 cara di atas. Manalah tahu boleh membantu...Korang jangan amik plaks baking powder ...hak ni berasid ...soda is alkaline ...
.: Bahan2nya :. -)
- 600 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
- 4 biji kentang saiz sederhana, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
- 1 biji tomato, belah 6
- 1 keping asam gelugor
- 2 camca besar kerisik -
aka kelapa goreng - my mum buat sendiri tau ! Kisar sisi kelapa dan goreng tanpa minyak sampai kering dan garing ...nnt boleh blend je ngan bawang2 ngan bagai ...this is her secret for a few decades ...wow ! - 1 camca besar cili kisar
- 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
- 1 liter santan cair
- 300 ml santan pekat
- 1 camca besar gula melaka
- Garam secukup rasa
.: Bahan2 Tumis :.
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 3 biji bawang merah, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- 2 tangkai dan kari, dilurut
.: Bahan2 Dikisar Halus :.
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3/4 inci kunyit hidup
- 2 keping hirisan nipis lengkuas
.: Cara2 PenyediaanNya :.
- Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, guna api sederhana dan dikacau selalu.
- Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan santan pekat. Kacau rata.
- Tambah garam secukup rasa dan juga gula melaka, masak sekejap. Tambah tomato, kacau rasa dan jika ok, matikan api. Biar tomato masak dalam kuah kari tadi. Hidangkan..
No comments:
Post a Comment