Friday, February 13, 2015

*¨*•.¸¸❥ Gulai Lemak Cili Padi Siput Sedut & Keladi *¨*•.¸¸❥



N3 ni is not my choice at all sbb x makan but since my mum dah masak, i polo je la and it's a good thing right?? ...teruskan je ahaks...knp x mkn ya? ntah ler ...geli, seram, takut mcm2 ada kat my mind ni ...but i know there's alot of penggemar outta ...enjoy !!


.: Bahan2Nya :.
1 kg siput sedut @ belitung
2 pokok keladi minyak - optional, letak lagi umpph !!
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
3 batang serai, dititik
3 helai daun kunyit, disiat - optional, letak lagi umpph !!
Garam dan gula secukup rasa

.: Bahan2 yang Dikisar Halus aka blender :. :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan - optional
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras - optional


.: Cara2 PenyedianNya :. :-)
  • Siput sedut @ belitung, dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya, anggaran 3 ruas. Buat hingga siap, cuci kembali dan toskan. Ketepikan seketika... nak buat kuah plaks. Note : bersihkan sepuasnya sbb dikhuatiri siput ni byk pasir/lumpur, so mmg kene be careful la ye utk kesihatan keluarga tersayangmu ...

  • Sementara itu batang keladi dikerat dan dibuang lapisan luar, rendam. Keladi dikupas dan potong baji (alamak, amende la ni ?? sila gugel ya ..aku gugel dia kata 'wedge' piece of wood, metal, etc. having one thick end and tapering to a thin edge, that is driven between two objects or parts of an object to secure or separate them ), rendam. Rebus keladi dalam air mendidih yang telah diletak 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga 3/4 empuk. Masukkan batang keladi dan celur sekejap hingga lembut. Toskan. Asingkan sebentar.
  • Sementara itu blenderkan bahan2 yang dikisar halus. Bahan2nya seperti diatas ya. Masukkan ke dalam periuk.




  • Setelah itu masukkan santan sebanyak yang uols suka. Kira untuk makan seisi keluarga la gamaknya.

  • Pada masa ni boleh dimasukkan asam gelugoq, daun kunyit or serai mengikut selera memasing kan ..kan ....




  • Setelah santan mendidih masukkan siput sedut tadi. kacau sebentar sehingga masak la siputnya tu. Masuk la bahan2 perasa seperti garam dan ajinomoto ke (ahaks ada org x suka ni)..yang pasti i takkan masuk gula sbb puree Melaka kan ? ... Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..


tengok ada hijau2 tu ...part tu yang aku mmg geli ler ...ekceli sama je mcm mkn kerang kan ...tp ntah ler ...mmg xleh mamah la ....adesss ...




Di bawah ini adalah resepi asal pemilik yang saya gugel ...sorry ye ! ...utk panduan sahaja ...



RESIPI GULAI LEMAK CILI API SIPUT SEDUT
Resipi Asal : http://noorsha.blogspot.com

Bahan²

*sila gunakan mangkuk yang sama saiz

  • 1 mangkuk siput sedut
  • 1 1/2 mangkuk santan cair
  • 1/2 mangkuk santan pekat

  • 10 batang cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 helai daun kunyit - simpulkan


Cara²

1. siput sedut direndam, diberus dan cuci 3-4 kali hingga bersih. Kemudian buangkan bahagian bawahnya. Cara mudah, buangkan pada paras pangsa ke 3 dari bawah bahagian siput sedut dengan gunting ikan. Dengan cara ini siput sedut masih banyak isi dan mudah disedut.selepas di buang bahagian badan, cuci lagi sekali untuk menapis sisa lumpur yang tertinggal.
2. blend cili api dan kunyit hidup.
3. masukkan bahan yang di blend bersama santan cair, serai dan daun kunyit yang disimpul kedalam periuk. Kacau selalu hingga merenih.
4. Bila telah merenih, masukkan siput sedut, kacau rata.
5. masukkan sekali santan pekat. kacau hingga mendidih.
6. perasakan dengan garam dan perasa @ sedikit gula (hujung² sudu).
7. matikan api dan sedia dinikmati. selamat mencuba :)


~* Selamat Mencuba Uols *~

No comments: