Dalam kesibukan menyeimbangkan antara
tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan
masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut
sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita
seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan
memanjakan” diri sendiri.
Semoga sedikit tip di bawah dapat membantu kita wanita terutamanya
yang berusia 30-an dapat mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri
yang baik.
- Kawal pemakanan
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi,
sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang
mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
- Guna Pelembap yang sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an,
keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim
pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit
muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular
dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
- Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari
Jangan biarkan muka anda
banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam
jangkamasa yang panjang.
Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga
dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
-
- Sentiasa bersenam
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur.
Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- Minum banyak air
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan
dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk
kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air
dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit.
Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin
dalam tubuh badan.
- Makanan tambahan
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk
wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah
menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.
Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
- Elakkan bermekap tebal
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap
yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation
yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan
wanita ini nampak lebih tua dan garang.
- Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang
Wanita 30-an
mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama
yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat
membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.
No comments:
Post a Comment