Petua
1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi
dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah
dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari
urutan ini.
Petua
2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi
dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan
sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang
boleh jadi ubat.
Petua
3 : Amalkan memotong kuku atau rambut
pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan
menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua
4 : Semasa berdandan di waktu pagi
baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta
niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan
setiap pagi.
Petua
5 : Untuk melihat wajah kita agak
muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang
sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian
minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda
daripada umur sebenar kalian.
Petua
6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah
Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan
dari kepala.
Petua
7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun.
Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air
embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat
serta awet muda.
Petua
8 : Amalkan mandi air telaga sulung
iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain
mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu
ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni
kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua
9: Muka kita biasanya akan berminyak
selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut
(dagu).
Pusingkan
jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan
setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu
diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia
akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua
awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. InsyaAllah dengan
izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda
No comments:
Post a Comment