Sekiranya siling anda kelihatan membosankan, kami mencadangkan agar anda
menukar siling biasa kepada plaster siling. Plaster siling boleh
menjadikan rumah anda kemas, cantik dan bergaya. Ditambah dengan
limpahan cahaya lampu yang berbilang jenis, saiz dan warna, menjadikan
rumah anda sebagai inspirasi kepada kehidupan anda. Mari kita baca
beberapa tips yang dapat kami kongsikan untuk kita kongsi bersama.
Pilihan Design/Rekaan Plaster Ceiling
Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan
bersesuaian dengan anda. Ada yang mahu rata sahaja tanpa-apa-apa
dekorasi. Ada yang mahu L-Box, ada yang mahu bentuk seperti tangga.
Biasanya kontraktor akan memberi anda sebuah buku desain untuk anda
pilih.
Tips Sebelum Memasang Plaster Ceiling
Sekiranya rumah anda masih belum ada siling, pemasangan siling adalah
lebih mudah. Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu.
Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya
plaster siling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan
menyusahkan pekerja.
Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar,
kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk
susunan kerja pemasangan plaster siling.
Lagipun, sekiranya anda ingin memasang kipas dan lampu chandelier,
wireman perlu memasang hook di siling asal bagi tujuan menyangkut kipas
dan lampu chandelier tersebut. Pemasangan hook sebaik-baiknya dibuat
awal sebelum pemasangan plaster siling.
Bagaimana Menentukan Ketinggian Plaster Siling?
Di antara perkara yang perlu dilihat sebelum memasang plaster siling
ialah ketinggiannya. Plaster siling tidak sesuai untuk rumah yang
berketinggian 8.5 kaki ke bawah. Rumah akan kelihatan kecil dan nampak
serabut sekiranya silingnya terlalu rendah. Jika dipasang kipas pula,
dikhuatiri bilah kipas akan terkena seseorang. Mengikut beberapa buku
yang saya baca, 10 kaki tinggi adalah tinggi yang baik selepas memasang
plaster siling. Ia akan menyebabkan ruang tampak luas.
Baik,untuk mengetahui level plaster siling, kita perlu lihat di manakah
beam rumah. Pada kebiasaannya kita memasang siling betul-betul di bawah
beam. Ini bertujuan untuk menutup beam yang menggangu pandangan. Kita
akan ambil 2 inci sekurang-kurangnya dibawah beam untuk kita pasang
aluminium bar. Berdasarkan 2 inci bawah beam, kita akan pasang plaster
siling yang lain dengan level yang sama.
Berapakah jarak antara slab/syiling sekarang dengan plaster syiling yang akan kita pasang?
Jarak plaster siling dengan siling asal adalah sekurang-kurangnya 8-10 inci.
Kenapa?
Kerana kita akan memasang lampu downlight bulat. Lampu downlight bulat
memanjang mempunyai ketinggian 6 inci. Kita akan mengambil 2-4 inci
untuk proses memasang lampu downlight bulat. Sekiranya kita mahu
mengambil jarak kurang dari 8-10 inci, boleh juga. Tetapi kita kena
memasang lampu downlight 4 segi. Ia lebih pendek dan tidak perlu
mengambil banyak ketinggian ruang.
Memasang Bar aluminium.
Selepas itu, bar-bar aluminium akan diskru di siling atau slab. Bar
inilah yang memegang plaster siling dariapada jatuh. Plaster siling pula
akan diskru ke bar-bar ini.
|
Sejenis besi aluminium di pasang di siling. Lihat ia dipasang di bawah beam atap untuk menutup rupa bentuk beam dari pandangan |
Proses Kemasan.
Selepas plaster siling dipasang, proses kemasan pun bermula. Sejenis
simen putih khas akan di ratakan di plaster siling tersebut. Ia akan
menutup sambungan-sambungan siling dan menyebabkan siling kelihatan
rata.
Memasang Cornices
Cornice adalah hiasan yang diletakkan di tepi plaster siling. Ia ada
banyak bentuk dan banyak bunganya. Ada yang suka warna putih dan ada
yang suka corak bewarna, Yang berwarna lebih mahal daripada yang putih
kerana warna itu dicat secara manual menggunakan tangan.
Bagi yang memilih cornice berwarna, ia perlu berhati-hati kerana
sambungan antara satu cornice dengan cornice yang lain, kelihatan ketara
sambungannya sekiranya berwarna. Ia tidak terlalu ketara dengan cornice
putih. Pakar yang memasang plaster siling akan melakukan touch up
dengan mewarnakan sambungan cornice agar tidak jelas kelihatan. Jika
anda seorang yang cerewet, lebih baik gunakan cornice yang putih
sahaja.
Memasang lampu di plaster siling.
Selain lampu downlight, kita boleh memasang lampu yang ditutup dengan
L-box di kawasan tepi. Lampu yang membentuk "ambience" menjadikan
suasana lebih malap tetapi harmoni. Kita biasanya akan menggunakan satu
lampu khas yang dipanggil T5. T5 datang dalam pelbagai warna dan
panjang, tetapi ia adalah lampu yang berdiameter kecil dan dipasang
mengelilingi plaster siling.
Bagaimana jika siling anda rendah?
Sekiranya siling rendah, anda tidak dinasihatkan memasang plaster
siling. Apa yang kita boleh buat ialah, slab siling anda boleh di "skim"
dengan sejenis simen putih untuk ia kelihatan licin seolah-olah
memasang plaster siling. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh memasang
downlight kerana tidak ada ruang.
Untuk tujuan memasang lampu, saya cadangkan kita pasang L-box di sebelah
tepi siling dan memasang lampu T5 di sekeliling siling. Ini menjadikan
bilik terang dengan suasana ambience.
Anda juga boleh memasang lampu LED di tengah-tengah siling sebagai
pencahayaan tambahan. Lampu LED dengan pelbagai bentuk menarik boleh
dibeli dari IKEA.
Tips ini ditulis oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin, Pengurus Telaga Intan Construction untuk www.telagaintan.com.my.
No comments:
Post a Comment