Jika
anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut
satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah
boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai
sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8
jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu
pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan
boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan
aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan
berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan
dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering
berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap
kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di
Harvard School of Public Health
yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu,
hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain
sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori
yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan
berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan :
jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan
lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan
kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser :
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan
kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar
(colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga
buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis
tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian
lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis :
Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka
atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis
tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang
banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling
kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar
dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis :
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50
minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada
mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and
Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi
gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk
walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara
rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan
kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya
diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah
berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
Source : Sorotnews
No comments:
Post a Comment