Thursday, September 06, 2012

•*¨*•.¸¸❥ Tips Memilih Langsir Yang Sesuai •*¨*•.¸¸


Tips Memilih Langsir Yang Sesuai |
Jika dulu langsir hanya berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari, kini langsir juga menjadi antara elemen penting dalam mendekorasi rumah.



Pemilihan fabrik langsir yang tepat pasti mencantikkan lagi ruang dalaman rumah. Selain itu ia turut memberikan keselesaan kepada penghuni dan tetamu rumah tersebut.
Untuk artikel dekorasi kali ni, saya nak kongsikan dengan anda beberapa Tips Memilih Langsir Yang Sesuai.



Anggaran bajet
Harga kain langsir kebiasaannya bergantung kepada jenis fabrik, ketebalan serta kualiti. Sebelum keluar membeli langsir, pastikan anda telah anggarkan 'bajet' yang akan anda belanjakan. Pastikan langsir yang ada pilih nanti bersesuaian dengan bajet anda. Jangan risau kerana sekarang ini ada banyak pilihan fabrik langir yang cantik dan berkualiti pada harga yang berpatutan.



Tentukan ukuran
Memilih ukuran yang tepat akan memberikan suasana ruang dalam rumah nampak lebih kemas, teratur dan menarik. Untuk kesan yang lebih dramatik, gantung langsir pada bahagian yang lebih tinggi. Sebelum anda keluar membeli langsir, terlebih dahulu ambil ukuran panjang dan lebar untuk tingkap atau pintu yang ingin anda pasangkan langsir nanti. Catatkan ukuran yang tepat di atas sehelai kertas.  Bawa kertas tersebut dan tunjukkan kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat. Jika terlebih beli, membazir pula nanti sebaliknya jika fabrik langsir tidak mencukupi, pasti akan menjejaskan ruang dalaman rumah bila mengantung langsir tersebut.



Jenis fabrik
Pemilihan fabrik langsir juga penting dalam menentukan kegunaan langsir di dalam rumah. Pertimbangkan suasana bilik. Untuk ruang lebih rasmi, elok digayakan dengan langsir fabrik tebal seperti sutera baldu yang mempunyai bukaan besar. Bagaimanapun, pilihan lebih praktikal adalah campuran rayon sutera dan kapas. Fabrik kapas atau linen lebih menarik apabila ia mencecah lantai. Harus diambil kira juga pencahayaan dalam sesuatu bilik. Jika bilik tersebut kurang mendapat cahaya dari luar, seeloknya beli fabrik langsir yang lebih nipis dan begitulah sebaliknya.



Padanan corak dan warna
Ada pelbagai corak dan warna fabrik langsir yang dijual, boleh rambang mata bila memilih. Namun pastikan pilihan warna dan corak fabrik langsir bersesuaian dengan warna cat dalaman rumah. Juga berpadanan dengan tema dan jenis perabut yang digunakan. Memilih warna semula jadi untuk ruang di dalam rumah adalah pilihan tepat kerana membantu anda memadankan dengan warna perabot. Jika ruang rumah menerima banyak sinaran matahari, elakkan langsir warna lembut kerana ia akan cepat pudar. Pilih warna sedikit terang bagi membantu menghalang cahaya masuk dan langsir lambat pudar.

Potongan
Fesyen langsir berubah mengikut peredaran zaman. Sekarang ni pelbagai pilihan potongan boleh didapati.  Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak-jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapati dengan mudah, sama ada menerusi buku, e-buku dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Ataupun anda juga boleh mendapatkan khidmat menjahit langsir yang kebiasaannya disediakan di kedai-kedai menjual fabrik langsir.
Kombinasi warna cat ruang dalaman rumah, susun atur perabut dan pemilihan fabrik dan corak langsir yang tepat pasti akan menambahkan lagi keserian dekorasi ruang dalaman. Ruang dalaman juga boleh kelihatan lebih luas, jika kena pada kombinasi yang sesuai.











No comments: