Tahukah
anda bahawa cara pemakaian yang sesuai boleh membuatkan pinggang anda
kelihatan lebih ramping. Ini juga akan menampakkan anda lebih kurus dari
saiz sebenar anda. Ketahui beberapa cara pemakaian untuk kelihatan
lebih ramping.
Tips 1: Pakailah Wrap Dresses
Pemakaian
wrap dresses adalah salah satu cara yang baik untuk anda kelihatan
ramping. Ada banyak jenis wrap dress di pasaran samada untuk pemakaian
casual atau formal. Pemakaian wrap dress selain dari membuatkan anda
kelihatan ramping, ia juga dapat menyembunyikan perut yang buncit. Untuk
menambah keberkesanannya, gunakanlah corak yang gelap. Jika anda tidak
gemar memakai dress pilihan lain yang anda ada ialah dengan memakai wrap
top bersama skirt atau seluar.
Tips 2: Kuasa Talipinggang
Memakai
talipinggang dapat menyerlahkan bahagian paling kecil pada pinggang.
Pinggang akan kelihatan lebih kecil. Ia juga akan menjadikan payudara
anda kelihatan lebih besar. Terdapat berbagai-bagai jenis talipinggang.
Pilihlah yang bersesuaian dengan pakaian anda. Talipinggang yang lebar
akan menarik lebih banyak perhatian kebahagian pinggang anda. Tetapi
talipinggang lebar perlu dielakkan jika anda mempunyai bahagian atas
badan yang pendek kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek.
Talipinggang halus pula amat sesuai jika dipakai dalam satu atau dua
inci di bawah garis payudara. Namun begitu jangan sesekali memakai
talipinggang halus rendah di bawah paras pinggang atau pinggul kerana ia
akan membuatkan anda kelihatan lebih gemuk.
Tips 3: Pakaian Empire Waist
Pakaian
dengan pinggang ala Empire Waist juga dapat menampakkan anda lebih
ramping. Trend sebegini amat berkesan untuk menyembunyikan bahagian
perut. Ia juga amat selesa dipakai. Ia boleh didapati dalam bentuk blaus
dan dress. Jangan kenakan
Empire waist tops dengan seluar baggy. Sebaliknya pakailah ia dengan
seluar potongan slim atau skirt potongan tirus
Contoh2 Empire Waist Dress ...
Tips 4: Penggunaan Jaket
Pemakaian
jaket juga mampu membuatkan anda kelihatan ramping. Ia sebenarnya
memainkan peranan dalam membentuk sudut pada badan. Carilah jaket yang
mempunyai ikatan di pinggang kerana ia mampu menyerlahkan lagi
kerampingan anda.
Sebenarnya kita boleh mencipta ilusi supaya kelihatan lebih ramping.
Dengan tips-tips di atas pinggang anda akan kelihatan lebih kecil dari
yang sebenarnya dan disamping itu akan menyerlahkan lagi kecantikan
anda.
Selamat mencuba dan try la mengapplikasikan dlm kehidupan sehari-hari ya ! But if dah slim tu terkecuali la from this rules ...
No comments:
Post a Comment