Sumber : http://artdraughtmans.blogspot.com/ - banyak lagi artikel menarik di sini ..
Sunday, September 23, 2012
❥* `•.¸.•❥ Apa Yang patut Anda Ketahui Untuk Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet) Anda ??? ❥ .¸.•´* ❥
Anda merancang untuk membina sesebuah
kabinet dapur? perkara utama yang perlu anda ketahui adalah
ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun
mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard.
Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat
diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan
dengan perkakasan atau aksesori lain.
Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui.
• A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
• B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
• C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
• D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci kedalaman
• E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
• F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
• G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci
Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout
dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh
melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar
perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang
dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran - peti sejuk misalnya mempunyai
beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.
Selain itu anda juga perlu memastikan apakah ruang dapur yang anda
miliki, samada kecil, sederhana, luas atau sangat luas. Ruang dapur
lazimnya bergantung kepada jenis-jenis rumah. Jadi tidak semua
rekabentuk kabinet dapur yang mungkin anda impikan akan bersesuaian
dengan ruang dapur yang anda miliki. Berbincanglah dengan kami agar kami
dapat memberikan pandangan untuk anda. Terdapat beberapa contoh pilihan
kabinet dapur yang boleh mencetuskan idea, yang dimana,
rekabentuk-rekabentuk ini selalu menjadi pilihan para pelanggan:-
Pilihan kabinet dari rona cerah dapat meluaskan lagi ruang dapur anda.
Dengan penggudaraan yang baik berserta dengan ruang tingkap yang luas,
pilihan rona cerah dapat membangkitkan suasana segar sepanjang berada di
dapur. Pilihan rona putih menjadi tema asas yang selalunya di padankan
dengan warna kelabu, cream, kelabu pekat dan hitam. Ianya satu gabungan
warna yang dapat membangkitkan aura menarik.
Pilihan kabinet rona gelap bersesuaian dengan ruang dapur yang luas. Ini
untuk menggelakkan ruang dapur yang amat luas kelihatan berongga.
Dengan pemilihan kabinet dapur dari pilihan warna gelap, ianya akan
menaikkan imej eksklusif dengan padanan cahaya samar dari neon
kekuningan. Suasan akan menjadi lebih sejuk dan elegan.
Pilihan kabinet dari rona terang pula bersesuaian dengan tuan rumah yang
mahu tampil dengan imej berani. Sesalunya kami menggabungkan
warna-warna panas seperti kuning, merah dan oren untuk membangkitkan
suasana ceria. Gabungan warna hijau dan biru muda juga bersesuaian untuk
menampilkan satu impak yang tersendiri. Selalunya rona cerah ini sesuai
untuk rekabentuk dapur yang lebih moden.
Pilihan kabinet rona asas asalah yang cukup biasa dan sering
diadaptasikan buat rumah pelanggan memandangkan harganya yang amat
berpatutan. Hadir dalam pilihan pelbagai warna kayu, kabinet rona asas
ini juga tidak akan kalah jika sentuhan dekorasi serta pengcahayaan
berjaya memainkan peranan dengan baik.
Sumber : http://artdraughtmans.blogspot.com/ - banyak lagi artikel menarik di sini ..
Sumber : http://artdraughtmans.blogspot.com/ - banyak lagi artikel menarik di sini ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment