Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my
BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita
sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri,
tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini.
Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta
paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia
membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja,
menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik.
Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga
kesihatan. Namun ia perlu dipertingkatkan kerana tugas dan tanggungjawab
wanita kini lebih besar dan mencabar.
Berdasarkan statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
(CDC), ada tujuh ancaman utama kepada kesihatan wanita. Mari kita
sama-sama belajar cara untuk mengurangkan risiko ancaman ini.
1. Sakit jantung - Sakit jantung bukan penyakit lelaki saja
walaupun jarang kedengaran wanita diserang penyakit ini. Sebelum
menopaus, hormon wanita melindungi kita daripada serangan penyakit
jantung tetapi selepas putus haid, risiko untuk mendapat penyakit ini
sama seperti lelaki.
Jadi ambillah langkah pencegahan dari sekarang supaya kita tidak
termasuk dalam statistik rakyat Malaysia yang mendapat serangan jantung.
Antara yang boleh dilakukan ialah:
Berhenti merokok jika anda merokok. Ada banyak kaedah
terkini yang boleh membantu anda berhenti. Pergilah ke mana-mana klinik
berhenti merokok atau minta doktor rujukkan anda kepada pakar yang
sentiasa bersedia membantu anda berhenti merokok.
Amalkan pemakanan sihat - Lebihkan pengambilan
sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan makanan mengandungi banyak lemak,
gula dan garam.
Kawal penyakit anda dengan baik terutama tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dan kencing manis.
Bersenam - Ini sangat penting. Bersenamlah
sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari, empat atau lima kali
seminggu. Jika dapat dilakukan setiap hari, kesannya lebih baik.
Kekalkan berat badan yang sihat. Penambahan berat badan akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.
Hadkan pengambilan alkohol, terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah, namun lebih baik jika ia dihentikan terus.
Tangani tekanan. Luangkan masa untuk belajar kaedah menguruskan tekanan dengan cara yang sihat dan menggembirakan.
2. Kanser -
Walaupun secara umumnya punca sebenar kanser
tidak diketahui tetapi ada pelbagai cara yang boleh diambil untuk
mengurangkan risikonya.
Jangan merokok. Merokok adalah faktor penting yang boleh
mendekatkan anda dengan kanser. Pada masa sama, cuba elakkan menjadi
perokok sekunder (tidak merokok tetapi kerap terdedah kepada asap
rokok).
Kerap bersenam. (huhuhu, tang ni la y MALEH !) Pilih senaman yang anda suka. Ia bukan
saja boleh menjadi terapi minda malah mampu mengawal berat badan. Ada
pakar berkata penurunan berat badan secara tidak langsung mengurangkan
risiko kanser.
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Lindungi kulit daripada cahaya matahari yang terik.
Menyusukan anak. Penyusuan badan dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.
Ambil langkah pencegahan dengan menjalani ujian pemeriksaan seperti mamogram dan lumuran Pap (Pap Smear).
5. Penyakit Alzheimer -
Meskipun tiada kaedah khusus untuk mencegahnya, tetapi pakar sependapat risikonya boleh dikurangkan melalui:
Kawal penyakit anda. Penyakit seperti tekanan darah
tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis
dikatakan boleh meningkatkan risiko mendapat Alzheimer.
Jangan merokok. Sesetengah kajian mendapati ada kaitan antara Alzheimer dengan rokok.
Bersenam, tidak kira apa bentuk senaman pun, semuanya boleh memberi manfaat.
Jaga kesihatan minda dan sosial dengan menyertai aktiviti
kemasyarakatan, membaca, melakukan perkara yang mencabar fikiran
termasuk mempelajari benda baru.
No comments:
Post a Comment