MENGHIAS
 ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti. Sebenarnya,  ruang  kecil
 boleh menjelma selesa andai kena gaya adunannya. Ikuti 10  
panduan menghias. 
1. Menghias ruang tamu sempit 
Ruang
 tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai, bersembang   malah
 berhibur. Keselesaan amat dialu-alukan menerusi susun atur  perabot  
menepati fungsi.
Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan 
satu dua yang dikira   penting meliputi majalah di atas meja, bekas 
bunga, kusyen hiasan dan   sebagainya.
Elak menempatkan stereo, 
arca dan jambangan bunga di lantai. Kalaupun   ingin menjadikannya seri 
ruang, pastikan ia ditempatkan di rak khusus   buatnya. Manfaat ruang 
sebaiknya, misalnya menempatkan set televisyen  di  rak pasang siap di 
penjuru dinding.
 
2. Kelengkapan bilik tidur kecil  
Hadkan
 bilangan perabot. Fungsi bilik tidur sebagai tempat melelapkan   mata 
sekali gus katil ukuran besar patut dijadikan pilihan utama.
3. Ruang keluarga bersuasana lapang 
 Zahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk.   
Tempatkan kerusi beg kacang untuk keselesaan duduk. Kerusi berkenaan   
boleh dialih jika anda perlu melapangkan ruang. Di pasaran, ada pelbagai
   pilihan warna dan bentuk kerusi beg kacang mengikut kesesuaian gaya  
 kediaman.
4. Ilham untuk ruang makan terhad keluasan  
Pilih
 meja berukuran kecil atau jenis boleh dilipat. Meja lipat boleh   
dikecilkan jika anda ingin menggunakan ruang untuk tujuan tertentu   
misalnya ketika meraikan tetamu dan menganjurkan majlis istimewa.
Kabinet hiasan penjuru selain mempamerkan himpunan peralatan menghidang  peribadi juga membantu menjimat ruang.
 
5. Menangani ruang dapur sempit 
Permukaan
 kaunter meja warna cerah secara tidak langsung menitipkan   
persekitaran lapang. Selain itu, anda digalakkan membina kabinet siap   
dipasang unit dasar dan gantung.
 
6. Bilik air kecil bertukar luas
Suntik
 keserian kamar mandi menerusi latar warna sejuk yang  memantulkan  
cahaya, tona putih, pastel dan warna semula jadi. Himpunan  warna ini  
mampu membuatkan ruang sekali ganda luas.
Tonjolkan corak jalur 
menegak di dinding yang menampakkan siling  lebih  tinggi. Pilihan 
langsir sheers membenarkan kemasukan cahaya  semula jadi  sekali gus 
menjadikan ruang lebih luas dan terbuka.
Binaan ruang penyimpanan, rak dan para menjamin kekemasan susun atur  kelengkapan bilik mandi. 
 
7. Perabot pangsapuri sempit 
Kunjungi
 pangsapuri contoh yang di tata hias bagi mendapatkan  gambaran  jelas 
mengenai ukuran dan jenis perabot patut dipilih.  Kebanyakan  perabot 
yang ditonjolkan menawarkan ukuran serasi ruang,  direka bentuk  
menghiasi penjuru dinding dan sesetengahnya dilengkapi  ruang 
penyimpanan  pintar iaitu barang ditempatkan di laci atau rak  simpanan 
tersembunyi.
8. Cermin dinding 
Cermin 
hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di   tempat 
strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi  mendapatkan  
pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di  ruang yang  
memuatkan himpunan karya seni.
9. Dinding berwarna 
Menggunakan
 tema warna sama bagi dua ruang berbeza mampu menghapuskan   sempadan 
ruang. Namun, cara ini hanya boleh dicuba di bilik berkembar.   Hindari 
penggunaan warna gelap dan kertas dinding bercorak sarat jika   tidak 
mahu ruang kecil tambah terhimpit.
10. Teknik terbaik menjimat ruang 
Kabinet
 buku siap dibina berkembar rak penyimpanan di bawahnya antara   kaedah 
terbaik menjimat ruang. Kalau boleh bina sekali rak tambahan  yang  
boleh menempatkan set televisyen dan stereo.
 
 
3 comments:
Tips yg berguna.. ;)
Design yg last tu...mmg best...terpikat plak tgk....tw sharin yer....
Anyway...ada masa free...jom lawat blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com
Tumpg link
Dptkn 70 formula rezeki
http://bit.ly/kuasarezeki
Post a Comment