Tuesday, September 06, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Sayur Goreng Campur Bersama Cendawan Jeli Hitam aka Telinga Kera (Black Fungus) •*¨*•.¸¸❥



Hmm hakak mulakan dulu ngan intro cendawan ni .. Selain sayur campur boleh jek buat mskan lain seperti lemak cili padi, perencah dlm mee, bahan in Yong Tau Foo dsbgnya. Katanya ada satu kepantangan untuk masak cendawan ini, jangan campur lada hitam or lada sulah/putih nanti rasanya akan jadi pahit.


Cendawan Jeli Hitam atau Telinga Kera (Auricularia auricula-judae) aka Black Fungus ni semakin mendapat tempat di kalangan penggemar cendawan. Ini kerana rasanya yang enak dan juga penanaman yang mudah serta sebagai varieti kepada cendawan yang sedia ada.



Berikut adalah antara kandungan khasiatnya: 
Khasiat Utama :-
  • Merawat gangguan kardiovaskular : 
  • memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid 
  • Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA 
  • Boleh mengurangkan berat badan - ni mmg hakak nk dengo ...heheh
  • Substrat/Media Habuk Kayu Getah Kapas


  • Pemeraman Jangka masa : 25-35 hari 
  • Suhu sesuai : 28-30c
  • Pengeluaran Hasil Jangka masa : 10 - 12 minggu
  • Suhu sesuai : 30-32c Hasil/beg (1kg media) 150-200 gm/beg


  • Catatan:-
    • Mempunyai potensi yang besar untuk berkembang di pasaran tempatan sekiranya diusahakan secara komersil.


    Bahan2 SayurNya :
    ----------------------------------

    • Cendawan Black Fungus/Jeli Hitam/Telinga Kera - hehe goli hati den ! *ahaks*
    • Cendawan Tiram
    • Carot (Lobak Merah)
    • Baby Corn
    • Brocoli
    • Kacang Buncis
    • Cauliflower (Kobis Bunga)
    • Fish Ball/Fish Cake/Tauhu
    • Cili Merah Segar - Or Capsicum Merah/Kuning/Hijau
    ** Boleh jek ubah ikut selera masing bebeh !



    Bahan2 Kisar/TumisNya :
    ----------------------------------

    • 3-5 ulas bawang merah
    • 2-4 ulas bawang putih
    • Sedikit ikan bilis
    ** Tumbukkan or chopped bahan2 ni ...


    Cara2 MembuatNya :
    ---------------------------





  • Potong semua sayuran dan rendam air garam kecuali cendawan tiram ya, hak ni bersih2kan pasir or kotoran dan lalukan air jek ...selawat2 sikit + doa2 pengasih  + doa lembut hati + doa pandai belajo ...heheh
  • Toskan sayur-mayur tadi dan susun cam pic atas ya ...saje nk bg lawa tuk snap pic, no la nk bg senang nk put on the skillet or wok nnt ..




    • Bawang Merah + Bawang Putih + Ikan Bilis ditumbuk, lau nk pedas leh campurkan cili padi bagai ya ...pic mcm atas ..



    • Tuang minyak dlm skillet/wok/pan lepas tu, tumiskan bahan2 tumis tadi ..Alamk da hangus plak pic atas tu ...huhu ..curah sikit air bg penawar ..hehe. NEXT >>>

    • Kita mulakan dengan sayur yang berdaun or berbatang keras dulu (heheh mcm Sains Form 3 jek aku rs) .. sbb takes a long time nak cooked ...Mulakan dengan carrot, brokoli, jeli hitam tu, baby corn and kacang buncis.
    type error ..air masak putih >_<

    • Curahkan air putih jika perlu dan masak seketika, leh tutupkan nak bg cepat empuk, pic mcm bawah ya :-


    • Agak2 sayur2 tu dah empuk, masukkan fish cake/fish ball or tauhu ... Lengkapkan dengan perasa gram & serbuk perasa...ada org masukkan Cukup Rasa or Pasti Sedap ..hah mmg sedap la tu nnt kot ... heheh 




    • Akhir sekali masukkan cendawan tiram dan potongan cili merah segar. Dan terus tutup api ... So, boleh la dihidangkan ... Pic mcm bawah ya :-
     


    • Final pic mcm kat bawah ya, k la ...till next...bubai ...take care ...**muah muahs !!***
     


     


    •*¨*•.¸¸❥¸ End of Sayur Goreng Campur Jeli Hitam •*¨*•.¸¸❥¸
     


    No comments: