Showing posts with label ❤ Decor ❤. Show all posts
Showing posts with label ❤ Decor ❤. Show all posts

Tuesday, February 07, 2017

´•*¨*•.¸¸❥ How to Make Your Own Fancy Clear Stickers -> Murah Lagi Menjimatkan DIY Transparent Labels ´•*¨*•.¸¸❥


Ok ni mcm segment DIY aje la kan?? wah ada 1 lagi tajuk for my blog !!, bukan apa ari tu opismet tnmpk n tanya mcm mana miss rose buat sticker or label kat #myboboiyot SCHOOL BOOKS ! ...so here we goes, tp b4 that, miss rose nk bg link youtube so tat senang nak uols faham la kan ?? sometimes minda kita ni payah nk terima apa yg dibaca, tengok or dengar lagi 'cepat tangkap' gittew ..just CLICK HERE jek sure terang lg bersuluh nnt ..Oh ya sy mmg labeling his books ever since tahu buat ni sbb handwritten ngalahkan pakar surgeon so mmg 'mata rosakku' nnt tgk tulisan miss rose yg blur-blury ....*ahaks* ...lg pun label ni mmg water-resistant, jimat duit and boleh buat as fancy as we wants to ...x caya leh check out bawah !!

Step 1 - bahan2 ialah printer (black or color), gunting, selotep and tools nak dilekatkan label such as kitchen jars/books/etc ... So, buat fonts and label yg uols suka, senget or terbalik pun will do, lepas tu PRINT IT OUT !! ..Then selotepkan kat fonts/label tu ... 

if selotep/pita pelekat tu x ckp besau uols leh 'overlapped'kan ...np, sure jadi in shaa Allah, nk buat kerawang bagai silakan, np ... Pic kat bawah sbg guideline ya ! ...sila abaikan gunting 'naga' (beli kat kedai 2 hinggit) ku itu, itu gunting terbest di alaf ini tau ...tajam memanjang sepjg zaman ...kalis tumpul gittew !!



Step 2 - Selotepkan fonts/label tersebut, amik la any tools mcm gunting/pensel/senduk nasi tekan2 sikit so that the 'printer karbon' will stick to the selotep, err fahamkan apa yg miss rose maksudkan ya ?? .. Selepas tu direndam dlm air paip selama 1-2 minits or so ..(refer pic bawah ya tuk idea sampingan), simpulan/gulungan cinta tu mmg terjadi ngan naturalnya ... bkn salah hakak uols ! ..


 Step 3 - selepas proses rendaman sila scrap off/tanggalkan kertas tadi ...buat as neat as can be, make sure all kertas terlekat dibuangkan ... mcm pic yg #mybambam buat ni ya ...


 Step 4 - lepas buang tu boleh keringkan kat atas meja or tampalkan kat tuala bersih, or just stick kat any surface nk bg dry out ...mcm kat video atas tu dia just tmpl kat tepi mangkuk ayun dia jek hehe !
 Step 5 - lepas keringkan lekat la kat any tools/utensils/books yg kita suka, amazingly dia akan terlekat itself tau ...x caya ce try ! ... Mcm pic bawah my son put kat books dia ...ni kira mcm kids project pun sokay sbb dia org excited nk buat tau + main air ! eleh mcm la cantik pun ! huhu ...just give him moral support la kan ... itukan tugas kita as MITHALI mom in the whole world kan ?? kan ?? kan ??



 boleh lekatkan kat any surface yg disukai, paling glamer kitchen utensils or jars/jugs/mugs la .... miss rose mmg teramat suka bebenor bab label2 ni ... all my jar dah dilabelkan !, lepas tu jiwa kacau je bila label tu tpusing2, mesti label tu put kat depan so that senang baca ! ... huhu ...mmg la apa yg dilabel bkn brg yg dimasukkan pung !! **ahaks** ... lain label lain barang ...boleh ?? ..boleh je ! **sm;)e**

NOTE : dr segi ketahanan jangka masa pjg insyaAllah la ye ..unless kalau species terminator seme la tkoyak rabak ye ... ok ?


 
boleh juga letakkan kay DoorGift idaman, lau x byk la ..if byk maunya 'tercabut/loose' tgn ..heheh,masa ni miss rose buat tuk Majlis Doa Kesyukuran ayang uchuk boboi saya tu ... if byk sgt gi jek kedai printing and tempah sticker **wink** .... just nk bg uols idea jek la ... mana tau leh kopipes kan ..kan ...


(yg ni sticker kat put kat blkg ..hehe tp amik pic kat depan ... depan cantik ma !)



yang 'berkat' ni saje letak sbg tanda mengingati majlis doa kesyukuran ari tu ... kene dokumenkan otherwise kita xde 'historical document' nnt * hehe *.."reminisces about the past" kt omputih, hah gittew ! ... Last but not least (cliche tol :D) Selamat mencuba ! dan semoga bermanfaat hendaknya ! Ok bai ...


*** the end ***

Friday, February 12, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Tips2 dan Panduan MenCipta Ruang Dalaman Hiasan Rumah •*¨*•.¸¸❥



Apakah yang anda nampak apabila kita bercakap tentang hiasan dalaman? Sofa yang cantik dan selesa? Kabinet dapur? Langsir beropol tiga lapisan? Siling plaster? Lantai kayu berlamina? Warna dinding ruang tamu? Semuanya sekali!


Apabila anda berpindah ke rumah baru, ia hanya memberikan anda ruang-ruang berdinding, bersiling dan berlantai untuk anda isikan dengan benda-benda yang menjadi keperluan kehidupan anda, dan keluarga anda tentunya.


Tatarias dalam rumah mencerminkan citarasa, keperibadian dan kemampuan pemilik. Oleh itu apabila anda berpeluang melengkapkan dan menyempurnakan rumah anda, fikirkan semuanya sekaligus terlebih dulu.


Fikir tentang konsep atau tema asas, tentang pengisian ruang-ruang, tentang warna-warna yang sesuai dan sebagainya.


Tidak apa kalau anda tidak mampu mengadakan segalanya dalam satu masa, yang penting anda boleh mengelak dari menjadikan rumah anda itu bahan uji bakat mendekorasi. Akhirnya buat itu tak kena, buat ini tak jadi.


Miliki idea yang jelas tentang pembinaan dan hiasan dalaman rumah anda.
Pembinaan dalaman bermaksud apa-apa saja struktur atau kemudahan yang anda bina di dalam rumah anda selain dari dinding, lantai dan siling yang sedia ada. Ia boleh jadi kabinet, almari pakaian, sekatan dan sebagainya.


Hiasan dalaman pula adalah perkara-perkara yang memberi warna, tekstur dan estetika kepada ruang-ruang dalam rumah anda. Ia boleh jadi cat atau kertas dinding, lukisan atau foto yang dipamerkan, langsir, sofa dan lain-lain benda mudah-alih.



Kombinasi yang kreatif serta bijak antara pembinaan dalaman dan hiasan dalaman akan menyempurnakan segalanya. Penyesuaian dan susunatur amat penting.
Kalau pakaian perlu sedondon. Bunga perlu digubah. Rumah anda pun sama.


Jika anda melihat sesuatu dan berkenan di mata, lihatlah ia dengan latarbelakang rumah anda. Ia mungkin cantik di bilik pameran itu, tetapi belum tentu ia sesuatu yang anda perlukan.
Elakkan membeli, memilih atau membina secara rambang jika mahu menjadikan dalaman rumah anda benar-benar menarik dan mendalam.



Artikel Oleh: Nazli Kimin


Friday, January 22, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Tips & Petua Untuk Pemilihan Bilik Tidur Utama •*¨*•.¸¸❥

KAMAR tidur adalah ruang privasi atau persendirian. Lokasi kamar tidur biasanya terletak jauh dari ruang sosial yang lain, fungsinya supaya pengguna ruang tamu tidak diganggu oleh aktiviti di ruang sosial.

Bilik tidur ada beberapa jenis mengikut kegunaannya iaitu bilik tidur utama yang digunakan oleh pemilik rumah, bilik kedua terdiri dari bilik anak bujang atau bilik tidur kanak-kanak dan bilik tidur tetamu. Semua bilik tidur itu memerlukan beberapa keperluan bagi menjadikan bilik tidur berfungsi dengan baik.

Kamar tidur boleh dikatakan sebagai penawar jiwa dan raga kerana inilah satu-satunya ruang privasi pemilik rumah beristirehat selain ruang untuk menukar pakaian dan tempat menghias diri. Selain itu, ia juga diguna untuk berbincang secara privasi dan membaca.

Kamar tidur adalah ruang untuk memulakan hari kita, jika hendak memulakan hari yang ceria maka kamar tidur mestilah kita ceriakan dulu. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan merancang kamar tidur dengan baik dari segi kedudukan, susun atur, pemilihan bahan, skima warna dan aksesori dalamannya.

Jika kita lakukan dengan baik kita akan berasa lebih lega dan nyaman di dalamnya dan ini tentu sekali akan menceriakan ruang kamar tidur dan hari kita.



Lokasi kamar tidur utama
------------------------------

  • Bagi golongan muda yang masih kuat dan bertenaga, lokasi kamar tidur tidaklah menjadi isu utama dalam rumah yang mereka diami terutama jika rumah yang mereka miliki itu sebuah rumah teres dua tingkat sederhana.
  • Pihak pemaju sudah menentukan kamar tidur utama berada di tingkat atas kerana tingkat bawah hanya cukup untuk ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik utiliti. Bagi pemilik yang sudah berusia lokasi kamar tidur utama ini adalah perkara pokok yang harus diambil kira.
  • Rata-rata mereka mahukan kamar tidur berada di tingkat bawah kerana mudah untuk keluar masuk tanpa terpaksa memanjat tangga yang tinggi apabila tua atau sakit.
  • Lebih baik lagi jika kamar tidur berhampiran dapur kerana mudah untuk mengambil minuman apabila dahaga. Maklum sajalah apabila sudah pencen, anak pun sudah dewasa dan kebanyakan mereka tidak tinggal bersama lagi kerana inginkan kebebasan atau sudah berumahtangga.
  • Jadi, semuanya kena buat sendiri. Sememangnya bilik air juga haruslah bercantum dengan kamar tidur ini untuk kemudahan ke tandas. Alangkah indahnya jika kamar juga mempunyai tingkap atau pintu berkaca yang menghadap sebuah taman hijau kecil untuk menyejukkan suasana dan menyamankan pengaliran udara.
  • Ini akan membantu mengurangkan tekanan jiwa mereka yang terpaksa duduk di dalam kamar tidur untuk jangka masa lama kerana sakit. Bunyi desiran air mengalir juga akan membantu sebagai terapi jika diintegrasikan ke dalam taman berkenaan.


Aksesori kamar tidur utama
--------------------------------

  • Apabila kita sakit dan tidak dapat keluar dari kamar tidur, kita pasti akan berasa bosan dan ini boleh menyebabkan tekanan jiwa yang tinggi dan melambatkan proses pemulihan.
  • Corak dan warna juga memainkan peranan dalam membina mood bilik tidur. Selain mempunyai  pemandangan luar yang redup dan nyaman, kita juga memerlukan kelengkapan lain seperti TV.
  • Jika barangan ini menjadi keperluan, eloklah disediakan perabot yang sesuai untuk aksesori sama ada pasang siap atau ditempah dan tentu sekali ia ditempatkan bertentangan kaki katil supaya kita boleh berehat sambil menonton rancangan kegemaran.
  • Biasanya, di bahagian kiri dan kanan katil, kita akan meletakkan meja sisi yang dihiasi lampu meja di atasnya untuk membaca sebelum tidur. Meja sisi ini haruslah cukup lebar bukan hanya untuk menempatkan lampu, tetapi alat lain seperti telefon bilik, alat kawalan jauh dan paling penting ialah makanan dan minuman ketika sakit.
  • Ramai sering lupa apabila sakit, kita sudah tidak larat lagi untuk bangun ke dapur. Semua keperluan harus berada berhampiran kita, maka perabot yang kita pilih juga haruslah menyediakan ruang mencukupi untuk keperluan itu.
  • Bagi makcik dan pakcik yang sudah biasa dengan tandas cangkung pula haruslah mencuba menggunakan tandas duduk. Hasil soal selidik yang dijalankan secara tidak formal, golongan tua lebih suka menggunakan tandas duduk kerana tidak meletihkan otot badan ketika ke tandas.
  • Mungkin pada peringkat permulaan berasa agak kekok, tetapi percayalah kalau kita sudah tua dan uzur, tandas duduk lebih kurang membebankan. Jadi, apabila kita merancang untuk memilih aksesori tertentu, kita haruslah memikirkan keadaan yang esktrim sekali iaitu aksesori penyeri tingkap.
  • Sebaiknya, kita haruslah menggunakan langsir dua lapis dengan satu lapisan yang jarang dan satu lapisan lagi tidak telus cahaya. Ini kerana ada masanya apabila kita sakit, cahaya matahari menjadi masalah utama apabila terlalu terang dan silau.
  • Jadi, kita haruslah menyediakan aksesori tingkap yang dapat menapis cahaya matahari ini dan pada waktu yang lain memberi kita peluang menikmati pemandangan di luar dengan keadaan lebih terkawal.


Pengaliran udara semula jadi
----------------------------------

  • Apabila kita sakit atau tua, udara semula jadi yang nyaman adalah paling baik untuk tubuh kita. Udara dari pendingin hawa adalah udara yang dikitar semula berulang kali dan tidak begitu menyihatkan walaupun menyamankan kerana suhu rendah.
  • Paling ideal untuk tubuh kita adalah yang mengalir bebas dengan rongga ventilasi yang membolehkan udara masuk dan keluar dengan sendirinya tanpa menggunakan kaedah mekanikal atau elektrikal.
  • Ini memerlukan sentuhan seorang arkitek yang bijak dalam soal reka bentuk efektif dan jarang sekali kita temui keadaan ini kerana mereka lebih mementingkan estetik daripada fungsi.
  • Maka, tugas juru reka dalaman adalah untuk memulihkan keadaan ini supaya penghuni rumah berkenaan dapat menikmati pengudaraan yang efektif tanpa pendingin hawa. Namun, pemilik rumah juga harus sedar akan kepentingan ini kerana ramai juga pemilik rumah hanya mencari jalan mudah dengan memasang pendingin hawa.
  • Bagaimanapun, tidak salah untuk memasang alat itu kerana kita mempunyai alternatif sama ada hendak dihidupkan atau dimatikan pada waktu tertentu.


Kamar terancang penghuni riang
-----------------------------------------

  • Persekitaran kita haruslah mampu membantu dari segi mental, fizikal dan spiritual. Kerana itu ia harus dirancang dan direka dengan mengambil kira aspek rasional dan bukan mengikut kehendak trend atau emosi semata-mata.
  • Skema warna bagi kamar tidur haruslah dipilih dengan bijak kerana kita harus memikirkan juga keadaan tertentu yang kritikal seperti hari tua atau sakit. 
  • Jika sesuatu warna itu lebih menimbulkan tekanan emosi dan mental dari sudut kesihatan, mengapa harus kita ikut orang lain semata-mata kerana tren atau fesyen. Ingatlah – ini rumah, bukan ruang komersial.
Berita Harian





•*¨*•.¸¸❥ End of Tips & Petua Untuk Pemilihan BIlik Tidur Utama •*¨*•.¸¸❥ 

Tuesday, January 19, 2016

*¨*•.¸¸❥ Elemen-Elemen Penting Di Dalam Membuat Kabinet Dapur / Kitchen Kabinet *¨*•.¸¸❥

Dah lama miss rose x buat N3 pasal decor-mendecor ni ...so guys, here we goes, tips tuk kitchen cabinet this time plaks ... ...So bagi sesiapa yg tengah plan buat kitchen this is a tips, dah buat pun leh baca ....Salam Sayang ya dr miss rose


Apabila mahu membina atau mengubahsuai ruang dapur, ada 3 ruang utama yang anda perlu berikan perhatian terlebih dulu.




 

  • 1.  Ruang memasak
    ------------------------
Ruang memasak bermaksud dapur. Dapur jenis letak (hob) dengan 2 atau tiga tungku yang popular digunakan bagi kegunaan rumahtangga pada hari ini mempunyai saiz yang standard, iaitu lebih kurang 2.5 kaki lebar. Jika anda melengkapkan ruang memasak anda dengan penyedut atau hood, maka saiznya terpulang kepada jenis hood yang anda beli. Bagi slim hood ada yang bersaiz 2.5 kaki lebar tetapi bagi unit bercerobong atau chimney saiz yang normal adalah 3 kaki lebar.




Selain dari saiz dapur – hob/hood – itu sendiri, anda perlu peruntukan sedikit ruang di kedua-dua sisinya bagi pelbagai aspek praktikal.  Jarak yang diperlukan sekurang-kurangnya dalam 1 – 2 kaki bagi setiap sisi. Maka, untuk ruang memasak, anda perlu peruntukkan dalam 5 – 7 kaki lebar.







  • 2.  Ruang membasuh
    -------------------------
Ruang membasuh bermaksud sinki. Pastikan anda memilih sinki yang sesuai dengan saiz dapur anda. Selain dari saiz sinki itu sendiri, seperti ruang memasak, ia juga perlu ruang tambahan di kedua-dua sisinya. Paling minima, tambah 1 kaki ruang tambahan di kedua-dua belah sisi sinki. Oleh itu, jika sinki yang anda pilih bersaiz 3 kaki lebar, maka pada keseluruhannya anda memerlukan ruang membasuh sekurang-kurangnya 5 kaki lebar.




  • 3.  Ruang perkakasan elektrik
    --------------------------------------

Anda perlu menyediakan ruang untuk pelbagai perkakasan elektrik bagi kegunaan dapur. Ia adalah seperti periuk nasi, cerek air, pembakar roti, blender, penapis air  dan sebagainya. Kebanyakan perkakasan ini perlu diberi ruang yang kekal. Oleh itu, bayangkan perkakasan apa yang anda perlukan dan tentukan ruang yang diperlukan oleh semua perkakasan berkenaan. Pada dasarnya anda wajib memperuntukkan sekurang-kurangnya 2-3 kaki lebar bagi perkakasan elektrik – lebih luas lebih baik.



Selepas  menetapkan peruntukan bagi 3 ruang di atas, maka barulah anda boleh bayangkan susunatur dapur anda secara keseluruhannya. Perhatikan, ketiga-tiga ruang yang saya sebut di atas merupakan ruang “table top”.  Walaupun peti sejuk misalnya, memerlukan peruntukan ruang yang khusus, tetapi ia tidak tidak memerlukan table top. Oleh itu anda pasti dapat mencari ruang yang sesuai untuknya.

 

Sebagai tambahan, ini satu lagi nasihat relevan. Pastikan bagi setiap kawasan yang telah anda peruntukan kegunaannya, lengkapkan ia dengan pendawaian elektrik atau plug kuasa yang diperlukan dan secukupnya. Dengan kata lain, pastikan anda sediakan pendawaian atau plug kuasa untuk hood, stesen perkakasan elektrik, peti sejuk, oven dan sebagainya. Jangan tunggu selepas semua kerja pengubahsuaian ruang anda siap baru anda terfikir tentang semua perkara ini.








Artikel Oleh Nazli Kimin

Thursday, August 13, 2015

•*¨*•.¸¸❥ 49 Idea Ruang Tamu (Living Room) Kiut-Miut aka Kecil •*¨*•.¸¸❥

Idea ni sy amik dari www.pelanbanglo.com ...x dpt dipastikan ada 49 (knp x 50 ye?? konpius mokcik !! ) ke tak hehehe ...jus nak kipidap with a same title hehehe ...just enjoy ..mana tahu uols dpt some idea kan ..kan .. ...Oh ya, Click on every pic for LARGER view okies ??

Ruang tamu anda SEMPIT & KECIL? Jangan risau, MyPelanBanglo & www.pelanbanglo.com kongsikan idea & images daripada internet hasil shopping kami untuk dikongsi bersama anda.

Pemilihan perabut amat penting terutama jika ruang tamu rumah anda kecil & sempit. Jgn beli perabut yg besar jika ruang tamu kecil, Jika nak beli yg besar ...belilah satu shj seperti contoh yg kami berikan ini. Semoga membantu anda.

JOM KONGSIKAN dgn sahabat anda. Pilih yg mana ruang tamu idaman anda? Jom PILIH.....

Anda yg nak bina rumah di KG untuk ibubapa sedang cari pelan rumah boleh KLIK www.pelanbanglo.com sekarang.

admin MyPelanBanglo














































Living Room saya ni kecil aje ...tp kerana ada 'mirror2 on the wall' dan pemilihan sofa yang JITU lagi TEPAT  heheh so nampak besar ...insyaAllah ...kita usaha je >_< (susah da nk cr SOFA mcm ni ..huhu :-)


~* End Of Idea Living Room Kecil *~