Showing posts with label Pelbagai Nasi. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Nasi. Show all posts

Monday, August 03, 2020

•¨•.¸¸❥¸ © Nasi Goreng Cili Padi Sempoi #pkpp Untuk Sarapan Pagi or Minum Petang Ezy Pezy Yummy CallMeMissRose@RosesLicious •¨•.¸¸❥¸




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 •¨•.¸¸❥¸ © Nasi Goreng Cili Padi Sempoi #pkpp Untuk Sarapan Pagi or Minum Petang •¨•.¸¸❥¸
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------
      /* Bahan-bahan diperlukan :-) */
---------------------------------------------------------
⊰✿ 3-4 biji bawang merah
⊰✿ 2-3 biji bawang putih
 ⊰✿ 10-15 ekor ikan bilis - min lupa letak heee
⊰✿  6-8 tangkai cili padi - ikut suka, kalau xnak pedas, kurangkan cili ye
⊰✿  1 sudu cawan minyak masak
⊰✿  1 biji telur
⊰✿  garam secukup rasa
⊰✿  serbuk perasa
⊰✿  1-3 pinggan nasi putih
⊰✿  1/2 cawan carrot
⊰✿  1/2 cawan kobis bunga (cauliflower)
⊰✿   ayam/daging/seafood - min letak sausage





----------------------------------------------------------------
               /* Cara MenyediakanNya  :-) */
-----------------------------------------------------------------
⊰✿   Tumbukkkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis & cili padi bersama2 secara chunky2. Panaskan kuali. Masukkan se'minimalist' minyak yang mungkin .. ini adalah disebabkan x mau nasi goreng kita nnt terlalu bminyak ... min jaga health hikhik
⊰✿   Tumis hingga kelihatan ia agak garing. Masukkan ayam/daging/seafood jika suka tp dah nama sempoi min x masukkan la ye .. next jgn lupa, carrot & cauliflower, or sayur2an ikut suka kemudian masukkan telur yang telah dikacau sedikit... Masukkan sedikit air jika perlu ...
⊰✿   Masa ni min masukkan garam & serbuk perasa .. tnggu sehingga air kering dan masukkan pula nasi .. nasi tu lau berketul2 tekan2 ngan sudip leper (cth mcm sudip nasi tu) bg dia cerai2 .. kacau rata....
    tunggu biar garing sikit dan walla ... it's doneeeeeee selamat mencuba n semoga bermanfaat ya !!

#stayhome
#staysafe
#normalbaharu 
#pkpp 
#nasigorengsempoi 
#callmemissrose 
#roseslicious #roselicious 
#redroses2u 
#pelbagaisarapanpagi 
#pelbagaiminumpetang 
#kuihmuihtradisional







Monday, June 08, 2020

´•*¨*•.¸¸✿¸ © Pelbagai Versi Nasi Kerabu / Nasi Ulam Ori Kelantan Beserta Lauk Yang Paling Lazat ´•*¨*•.¸¸✿¸

 

n3 ni min refer dr iluminasi.com ya ... n3 this time around, no pictorial step by step sbb renyah nk amik 1 per 1 may be tgk bideo lg senang kot kat youtube... nasi kerabu adalah hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan dan dimakan ngan 'gelfren'nya ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Kelopak bunga telang (clitorea ternatea flowers) yang digunakan dalam masakan ini menghasilkan warna biru nasinya. - tiber min t'pk leh msak ngan ubi bit/beetroot utk dptkan warna merah plak hikhik ...

Kini, ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak menggunakan kunyit kerana kesukaran mdptkan bunga telang. Nasi yang berwarna hitam pula adalah disebabkan oleh penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam.

Nasi kerabu sangat terkenal di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Kini, ia boleh didapati di seluruh negara. Hidangan ini juga biasanya disaji dengan solok lada dan keropok goreng.


 

---------------------------------------------------------------------------
/*                    Nasi Kerabu Kelantan Versi Kukus                             */
---------------------------------------------------------------------------

Bahan2Nya :-)
-----------------

•    1 1/2 pot beras
•    1 batang serai diketuk
•    1 helai daun limau purut
•    1/2 genggam bunga telang direndam dahulu untuk warnanya (pemilik resepi guna pewarna biru)
•    Secubit garam
 
Cara2 Membuatnya :-)
----------------------------

1. Basuh bersih beras. Toskan.
2. Masukkan air secukupnya untuk masak nasi, serai dan daun limau purut. Jika pakai pewarna, titikkan beberapa titis warna biru.
3. Kacau sebati. Masak seperti biasa. Pemilik resepi menggunakan pengukus.
 
Nota: Perbezaan kukus dan masak menggunakan rice cooker ialah kukus lebih lembut nasinya dan tidak berkerak pada bahagian bawah. Menurut pemilik resepi, beliau lebih suka kukus tidak kira untuk nasi ayam, nasik lemak atau nasi tomato.

-------------------------------------------------------------------------
/*                                             Kuah tumis                                       */
-------------------------------------------------------------------------

Bahan2Nya :-)
-----------------

•    1 cawan santan
•    15 tangkai cili kering
•    2 labu bawang besar
•    7 ulas bawang merah
•    9 ulas bawang putih
•    1 inci halia
Kisar semua bahan di atas
•    2 sudu besar budu
•    1 asam keping
•    1 batang serai diketuk
•    2 sudu besar gula pasir
•    Sedikit gula melaka
•    Garam secukupnya

Cara2 Membuatnya :-)
----------------------------

1. Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
2. Masukkan serai, asam keping, budu, gula melaka dan pasir.
3. Masak sehingga kuah pecah minyak. Perlu kacau selalu.
4. Jika agak pekat, boleh tambah sedikit air.
 
---------------------------------------------------------------------
/*             Sambal Kelapa OR Serunding Ikan                         */
---------------------------------------------------------------------


Bahan2Nya :-)
-----------------

•    1/2 biji kelapa
•    2 ekor isi ikan kembung / sardin
•    2 ulas bawang putih
•    2 ulas bawang merah
•    2 batang serai
•    1 inci halia
•    Sedikit budu
•    Secubit lada hitam ditumbuk halus
•    Garam gula secukup rasa





Cara2 Membuatnya :-)
----------------------------

1. Sangai kelapa sehingga kekuningan.
2. Masukkan serai, bawang merah, bawang putih, halia dan isi ikan kembung yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam terlebih dahulu.
3. Kacau sehingga agak keperangan dan berbau wangi.
4. Masukkan budu dalam anggaran 2 sudu besar.
5. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.

Selepas siap ditumbuk manja, pusing-pusingkan anak lesung tersebut supaya kelapa agak halus


----------------------------------------------------------------
/*                               Solok Lada                                       */
----------------------------------------------------------------

Bahan2Nya :-)
-----------------

•    3 batang cili hijau
•    Sedikit kelapa parut
•    1 ekor isi ikan
•    1 biji kuning telur
•    Garam secukupnya
 
Cara2 Membuatnya :-)
----------------------------

1. Basuh bersih cili dan potong tengah. Buang biji.
2. Kelapa yang telah digaul dengan garam, isi ikan dan telur kuning disumbatkan dalam cili tadi.
3. Kemudian, boleh kukuskan.
 
Bahan2 Lain :-)
-----------------

•    Telur masin
•    Ayam goreng
•    Kobis
•    Kacang panjang
•    Timun
•    Cili rebus + cuka
•    Budu + cili




----------------------------------------------------------------------------------
/*                         Nasi Kerabu Kuning Kelantan Versi Tumis                      */
----------------------------------------------------------------------------------

Sebut sahaja nasi kerabu, kita pasti akan terbayangkan nasi yang berwarna biru digaul bersama kelapa dan ulam. Sebenarnya, terdapat banyak jenis nasi kerabu.
Selain nasi kerabu hitam (panggilan orang Kelantan untuk nasi kerabu), antara yang terkenal ialah nasi kerabu tumis. Bagi sesiapa yang masih belum pernah merasai kelazatan nasi kerabu tumis, anda boleh mencuba resepi ini.
Hidangan ini terdiri daripada nasi kerabu kuning, sambal kelapa, sambal tumis santan, budu masak, sambal lada, ulam-ulam dan keropok.

-----------------------------------------------------------------------------------
/*                                              Sambal Kelapa                                              */
-----------------------------------------------------------------------------------

Bahan2 A :-)
------------------

•    5-6 ekor ikan selayang
•    8 ulas bawang merah (kecil)
•    1 inci halia
•    5 batang serai
•    1 sudu teh biji lada hitam
•    Gula
•    Garam

Cara2 Membuat2Nya :-)
----------------------------

1. Bakar tawar ikan. Tips: Jika ada pemanggang ajaib, lebih mudah. Jika tiada, boleh juga ikan direbus dan isi ikan digoreng tanpa minyak.
2. Tumbuk bawang merah, halia, serai, lada hitam, gula dan garam bersama ikan.

Bahan2  B :-)
--------------------

•    1 kg kelapa parut (ambil yang muda)
•    4 sudu besar gula
•    1 sudu besar garam

Cara2 Membuat2Nya :-)
----------------------------

Goreng tanpa minyak kelapa parut bersama gula dan garam sehingga keperangan.
Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaulkan sehingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Bahagian ini pemilik resepi gemar tumbuk-tumbuk sambil gaul semua.

-------------------------------- --------------------------------------------------
        /*                         Sambal Tumis Santan                                                */
-----------------------------------------------------------------------------------

Bahan2Nya :-)
---------------------

•    5 ulas bawang merah
•    3 ulas bawang putih
•    1 inci halia
•    5 tangkai cili kering
Kisar bahan di atas sehingga lumat
•    1 kerek gula melaka / nisan
•    2 keping asam keping
•    3 batang serai (dititik)
•    1/2 kg santan
•    1 cawan air
•    Gula
•    Garam

Cara2 Membuat2Nya :-)
----------------------------

Selepas bahan kisar (rujuk di atas) dikisar sehingga lumat, panaskan santai dan air sehingga pecah minyak. Masukkan bahan kisar, serai, asam keping, gula dan garam. Masak sehingga semua sebati dan pecah minyak dengan cantik.


-------------------------------- --------------------------------------------------
        /*                                       Sambal Lada                                                */
-----------------------------------------------------------------------------------

Bahan2Nya :-)
---------------------

•    Cili merah
•    Cili padi
•    Jus limau kasturi
•    Garam
•    Gula

Cara penyediaan:
Kisar atau tumbuk semua bahan.

-------------------------------- --------------------------------------------------
        /*                                         Budu Masak                                                */
-----------------------------------------------------------------------------------

Bahan2Nya :-)
---------------------

Budu masak
Bahan-bahan:
•    Budu
•    Daun limau purut
•    Serai
•    Sedikit jus asam jawa
•    Sedikit gula melaka


Cara2 Membuatnya :-)
----------------------------

Masak semua sekali sehingga mendidih dan tapis.
Ulam-ulam
Anda dicadangkan untuk menggunakan ulam-ulam kampung seperti kacang panjang, daun kesom, pucuk salam, buah petai belalang dan bunga kantan kerana lebih membangkikan selera. Lebih banyak jenis, lebih sedap.
Boleh juga menggunakan timun batang dan kubis yang tidak kurang sedapnya.

----------------------------------------------------------------------------------
/*                                              Nasi Kerabu Kuning                                     */
----------------------------------------------------------------------------------

Bahan2Nya :-)
---------------------

•    1 kg beras (4 cawan)
•    3 batang serai
•    5 helai daun limau purut
•    1 sudu makan gula
•    1 sudu makan garam

Cara2 Membuatnya :-)
----------------------------
1. Serai diketuk dan campurkan semua sekali dengan beras. Tanak seperti tanak nasi biasa.
2. Untuk jadikan warnanya kuning, cuma perlu letak sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit.

Sumber Rujukan :
--------------------------

1. Wan Muhammad Hafiz Satar [1, 2] 
2. Azzuliza Sukirman [1, 2]
3. Wikipedia Nasi Kerabu



Tuesday, June 02, 2020

•*¨*•.¸¸❥¸ © Nasi Goreng Sempoi #pkpb Untuk Sarapan Pagi or Minum Petang •*¨*•.¸¸❥¸



nasi goreng sempoi utk beginner, students or org bujang yg suai tuk bf or high tea or dinner .. bahan2 apa yg avlb di sekitar kawasan jek kekdanya gittew ... there is a beauty in simplicity ...cewah ! falsampah bagai .. oh ya, min menggunakan cili padi ya, so colorless sikit la ng nya ye ... leh sub cili padi ngan cili biasa if x suka, or boleh buat nagi goreng usa yg putih tu ...


Bahan-bahan diperlukan :-)
--------------------------

  • 3-4 biji bawang merah
  • 2-3 biji bawang putih
  • 10-15 ekor ikan bilis
  • 6-8 tangkai cili padi - ikut suka, kalau xnak pedas, kurangkan cili ye
  • 1 sudu cawan minyak masak
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa
  • 1-3 pinggan nasi putih
  • 1/2 cawan carrot
  • 1/2 cawan kobis bunga (cauliflower)
  • ayam/daging/seafood - optional





Cara menyediakan dan memasak :-)
--------------------------------

  • Tumbukkkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis & cili padi bersama2 secara chunky2. Panaskan kuali. Masukkan seminimalist minyak yang mungkin .. ini adalah disebabkan x mau nasi goreng kita nnt terlalu bminyak ... min jaga health hikhik 


  • Tumis hingga kelihatan ia agak garing. Masukkan ayam/daging/seafood jika suka tp dah nama sempoi min x masukkan la ye .. next jgn lupa, carrot & cauliflower, or sayur2an ikut suka kemudian masukkan telur yang telah dikacau sedikit. 

(teluq ni kotoq sket ..min tpakse edjuss ..hikhik)

  • Masukkan sedikit air jika perlu ...


  • Masa ni min masukkan garam & serbuk perasa .. tnggu sehingga air kering dan masukkan pula nasi .. nasi tu lau berketul2 tekan2 ngan sudip leper (cth mcm sudip nasi tu) bg dia cerai2 .. kacau rata....




  • tunggu biar garing sikit dan walla ... it's doneeeeeee selamat mencuba n semoga bermanfaat ya !!



min ucapkan selamat menyambut hari gawai & tadau keamaatan pd rakyat malaysia yg merayakannya #stayhome #staysafe #normalbaharu... adiosss ....



 ~~~~@@@@~~~~


Sunday, May 17, 2020

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ © Nasi Arab Maglubah Simple Yang Paling Menyelerakan ..Insyaallah ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


 

min nk cite pasal nasi arab ari ni, mana tau nk buat menu berbuka posa kan, nasi arab ni byk pesen, antara yang popular ialan maglubah kabsah dan mandy. .. dlm byk2 n3 ni la n3 paling byk min buat rujukan smpi dah x tau mn 1 dah .. tp min ada rujuk saji, keluarga, pesbok lagi, azlitamasam manis, azie kitchen, resepiwan, sirap limau dll sbb nk cr buat yg paling sempoi, ezy pezy yet delish ..

maqlubah (bermaksud ‘TERBALIK’ dalam bahasa Arab) kekdahnya bila dah masak akan di maglubkan (diterbalkkan/ditelangkupkan) ke dalam dulang, hah tu jek ponnnnnn ... 

nasi arab maqlubah mempunyai rasa yang hampir sama dengan nasi kabsah. Ia boleh dimasak dengan daging ayam atau kambing ..(katanya lebih enak dr ayam)

katanya lagi, gunakan daging kambing New Zealand, kambing Australia yang dikatakan kurang enak. Namun, ia terpulang kepada citarasa masing-masing.... pulak dah !


antara rempah2 nasi arab di pasaran



dinasihatkan supaya menggunakan beras basmathi... sukatan yang dicadangkan untuk beras dan air ialah 1:2 (ada min bc 1:11/2). .. cara masak nasik2 arab ni semua lebih kurang sama je, mandy biasanya takda sayuran, yang ada tu kabsah & maglubah.. yang membezakan rasa rempah je la.. :)

nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream ..
wallahualam ..  ok jom kita start ..



Nasi Arab Maqlubah

bahan2nya :-)
--------------------

3 sudu besar REMPAH MAQLUBAH 
400 gram beras 
1 ekor ayam ( boleh dipotong 4)
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
7 biji terung
2 biji kentang XL
8 - 1 btg cili hijau
2 biji tomato (lebih pun boleh)
3 sudu besar minyak sapi
garam


cara2 membuatnya :-)
---------------------------------
1) rendam beras 15 - 30  minit, basuh dan toskan.
2) goreng terung dan kentang (boleh tambah bunga kobis jika suka).
3) hiris bawang besar, tomato (hiris bulat). ..cili hijau tak dihiris.
4) panaskan kuali, kemudian masukkan minyak sapi/minyak masak (miyak sapi lebih enak).
5) goreng kayu manis, cengkih, pelaga, bawang putih, 1 biji bawang besar.
6) masukkan ayam ke dalam kuali bersama bawang yang sedang digoreng tadi.
( AYAM BOLEH DIPOTONG 4 ATAU LEBIH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGGORENG)
7) taburkan 1/2 daripada serbuk rempah nasi maqlubah ke dalam kuali. Biarkan sebentar kemudian balikkan ayam (untuk dapatkan stok ayam). Jangan goreng terlalu lama.
8- keluarkan ayam, taburkan 1/2 daripada baki serbuk nasi maqlubah, bwg putih yang ditumbuk dan 3/4 sudu kecil garam halal gel dan 1 sudu minyak sapi/minyak masak.
9) bakar ayam dalam oven selama 1 jam, suhu 190 darjah. Selepas 1/2 jam balikkan.
-BOLEH GRIL ATAS ARANG /GRIL ELEKTRIK, GORENG DAN GOLEK
10) masukkan 2 cwn setengah air ( 500ml) ke dalam periuk tadi. Didihkan. (Air mestilah mendidih sebelum dituang ke atas beras supaya nasi lebih kembang dan gembur).
11) di dalam rice cooker susunkan bawang besar, tomato, kentang goreng, terung goreng.

12) masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan di atas bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng tadi. Masukkan 2 sudu kecil garam halal gel
13) Tuangkan air rebusan rempah/ayam tadi. kemudian on kan suiz rice cooker. tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian tutup balik biarkan sampai 100% masak.
14) Cara tuang nasi maqlubah ialah letakkan dulang mengadap dan atas rice cooker, sebelum rice cooker diterbalikkan. (Itulah asal usul nama maqlubah, yang bermaksud sesuatu yang diterbalikkan).  cara mhidang ialah put ayam di atas nasi, makan dengan salatah harrah (salad) dan solsoh harrah (sos).


source : google


bahan2 salatah :-)
---------------------------

    Timun/zucchini (1 batang)
•   Lobak merah (1 batang)
•    Bawang Holland (1 biji)
•   Gula
•   Cili merah - dihiris
•    Garam
•   Minyak zaitun
•    Cuka
•   Lemon


cara2 membuatnya :-)
---------------------------------

1.    Potong dadu timun, lobak merah dan bawang Holland.
2.    Gaulkan semua bahan dan perahkan sedikit lemon.