Showing posts with label ╰⊰✿ Petua Kurus ╰⊰✿. Show all posts
Showing posts with label ╰⊰✿ Petua Kurus ╰⊰✿. Show all posts

Tuesday, January 17, 2017

•*¨*•.¸¸❥ 5 Cara Paling Mudah untuk Maintain/Kekal Slim/Kurus •*¨*•.¸¸❥




Sy dpt N3 ni dlm 1 fb which is sy rs simple but it;s good to be true ... so sy share la. Ni ingatan tuk saya dan uols seme la sbb sy pun susah nak maintain slim, chubby jek memanjang .. Sy pernah gemuk ms zaman skool dlm form 4 & 5 gitu la sbb ddk asrama & hormon tgh naik ...bselera memanjang .... tp xpe la kan, the rest is history *ahaks* ...trauma nak ingat ...ngalahkan Freedy's Krueger : Nightmare at the elm street (cite seram xzaman bila la ) huhu ...


Okay, jadi hari ni bukan nak kongsikan cara tuk kuruskan badan tapi cara macam mana nak maintain kuruskan badan. Semua mesti dah tau cara-cara macam nak kuruskan badan kan, tapi apa yang paling penting, macam mana cara nak maintain kurus betul tak? Takkanlah lepas susah-susah kuruskan badan, tak pulak ambil langkah nak maintain kurus, akhirnya naik balik berat badan tu sehingga kalut sebab return gemuk.

Back to our topic, jadi 5 cara mudah kekal kuruskan badan adalah :
1. Jangan tidur siang. Biasanya orang kurus ke, atau gemuk ke, akan mudah naik berat badan apabila anda kerap tidur siang. Tidur siang tu tak salah cuma waktu dan berapa lama anda tidur tu yang jadi masalah. Saya bagi tips mudah, contohilah Rasulullah. Waktu baginda tidur siang adalah sebelum Zohor, lebih kurang pukul 12 tengah hari betul tak? Jadi itulah waktu terbaik untuk tidur. Dan biasanya tidur siang itu dalam 15 ke 20 minit sudah memadai sebab ia bertujuan sekadar untuk merehatkan badan dan minda. Sekiranya anda terlebih-lebih tidur siang, ia akan memberi satu kesan lesu dan lembap pada minda dan tubuh badan kita. Berdasarkan pengalaman saya, berat badan saya akan naik tup-tup lepas beberapa hari tidur siang secara marathon.



Warning, jangan sekali-kali amalkan tidur waktu senja atau petang lepas Asar. Rasulullah melarang kita tidur waktu itu, kerana kesannya bukan saja akan melemahkan badan tapi minda dan otak kita pun akan jadi lembap dan boleh jadi gila.


2. Amalkan minum air kosong suam dan bukan air kosong sejuk. Ini petua saya. Makanlah banyak mana sekalipun, tapi kalau anda amalkan minum air kosong suam, rather than air kosong sejuk tempoh untuk anda kekal kurus tu akan lebih lama, insyaAllah.
Ada juga yang cakap, air kosong sejuk boleh buat perut buncit tapi sebenarnya tak pun. Air kosong sejuk atau suam sebenarnya mempunyai kandungan yang sama iaitu tidak mempunyai kalori langsung. Cuma, berdasarkan pengalaman sendiri juga, saya berjaya mengekalkan berat badan apabila mengamalkan air suam tetapi perkara sebaliknya berlaku bila saya minum air kosong sejuk.
Kalau anda tak percaya, anda cubalah sendiri. :-)





3. Cara ketiga adalah dengan banyak berjalan. Sekiranya tak ada banyak masa untuk keluar berjogging atau brisk walk, apa kata kalau pergi shopping atau ke office tu, pilihlah tangga rather than elevator. Pilih lah berjalan jauh naik tangga atau laluan wheelchair rather than escalator. Dengan cara ini, anda bukan saja boleh membakar kalori yang terpendap dalam badan tu, anda juga boleh membuat otot kaki dan paha anda menjadi lebih kuat.
Amalkan cara ini sebab bagi saya ia paling berkesan untuk mengekalkan berat badan. Tambah pula, kalau tugasan kita memerlukan kita duduk mengadap komputer, terperap dalam bilik. Kalau tak berjalan langsung, silap-silap berat badan yang 45kg tu, boleh jadi 64 kg. Wuh, trauma. Jadi, elok sangatlah kalau kita amalkan berjalan ni on the way nak ke office dan balik ke rumah.



4. Next, adalah dengan cara membantu ibu di dapur atau membuat kerja2 rumah (Chores). Haa, ini adalah cara yang paling bagus kerana selain daripada niat kita untuk mengekal dan menurunkan berat badan, kita juga dapat pahala sebab tolong mak dan ahli keluarga. Mak minta tolong angkat kotak, angkatlah. Mak minta tolong alihkan periuk, alihkanlah. Ayah minta tolong tolak almari, tolaklah. Abang minta tolong jahitkan baju, jahitlah (eh, kena-mengena tak?)


Saya syorkan cara ni kerana saya dah cuba jugalah dan ianya berkesan. Dulu saya agak pemalas sikit, almaklumlah budak-budak kan. Sifat pemalas lebih sikit jadi berat badan pun naik, jadi gemuk. Belajar dari kesilapan, jangan lah malas-malas. Tolonglah ibu kita di dapur, tolong ayah di luar, tolong adik-beradik juga. Sebab dengan cara angkat kotak, alihkan periuk, tolak almari dsb, secara tak langsung anda telah membakar kalori dalam badan anda. Jadi, berat badan akan maintain sajalah walau pun anda tak exercise heavy sekalipun.


Kalau xde ibu tu, dah kawin uols la kene rajin2 ke dapur ..sure byk benda nak kemas, susun, reorganised dsbgnya kan??
 


5. Finally, jangan baring selepas makan. Tak kisahlah anda baring tu terus tidur atau baring-baring saja. Amalan buruk ni memang paling bahaya sebab pernah terkena pada saya. Gara-gara suka makan lewat malam masa dekat matrik dulu, makan pukul 11 malam, lepas makan terus tidur. Akhirnya berat badan saya naik sampai 5 kg dalam tempoh 2 bulan. Puas juga nak menurunkan semula.


Okay, cukup 5 cara saja hari ini. Banyak-banyak nanti, pening susah nak buat plaks. Yang penting anda semua istiqamah tau dalam menjaga badan dan kesihatan. Setiap kurniaan Allah diberi pada kita dalam keadaan sebaik-baik kejadian, jadi jangan sia-siakannya.







•*¨*•.¸¸❥ 5 Cara Paling Mudah untuk Maintain/Kekal Slim/Kurus •*¨*•.¸¸❥



Friday, September 11, 2015

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ 5 Cara Bakar 300 Kalori Di Rumah Dengan Cepat╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Nak kurangkan berat badan? Nak kurus sikit demi sikit? Lemak kat perut dah makin mengganas? Kenalah buat aktiviti untuk bakar kalori. Dengan beberapa aktiviti mudah yang biasa kita buat di rumah, mungkin dengan sedikit tambahan masa (macam main bola sepak pulak daa), kita mampu membakar hampir 300 kalori dengan cepat dan mudah.


  • 1. Main lompat tali. Biasa main tali skipping tak? Senang-senang kita boleh bakar 300 kalori dengan main lompat tali selama 30 minit. Caranya, lompat 5 minit, rehat seminit. Lompat lagi 5 minit, rehat seminit. Sambung sampai habis 30 minit. Kalau rajin lagi, hentamlah sejam. Jangan pengsan sudahlah. Takde tali skipping, pakai tali rafia pun boleh! Kalau rajin, buat tiap-tiap hari.




  • 2. Menari/senaman aerobik. Tak tahu nak mulakan senaman kuruskan badan? Senaman bakar kalori? Sila guna youtube. Berlambak video aerobik asas yang ada. Cari tarian/senaman aerobik bawah 40 minit untuk bakar 300 kalori. Cuba dulu ikut rentak cikgu aerobik tu. Mula-mula memang payah nak ikut, maklumlah macam-macam gaya kena buat. Badan pun keras semacam, cuba dulu. Pasti badan berpeluh-peluh dibuatnya!



  • 3. Buat-buat rajin susun perabot rumah. Ok, yang ni bukan tiap-tiap hari nak kena buat, tapi dah kalau ada ‘penyakit’ suka susun perabot, silakanlah. 300 kalori boleh dibakar dengan cepat bila kita buat aktiviti alih dan susun perabot ni. Biasanya ia akan ambil masa kurang sejam. Kalau mainan anak-anak bersepah, itu pun boleh dijadikan aktiviti bakar kalori juga,kan?





  • 4. Main naik turun tangga. Nak lagi best, sengajakan diri anda tertinggal barang kat tingkat atas (kalau rumah dua tingkatlah). Buatlah kerja naik turun tangga ni selama lebih kurang 30 minit untuk bakar 300 kalori. Nak lagi bagus, habis main naik turun, mop terus tangga tu sekali. Bakar lagi beberapa ratus kalori. Oh, indahnya!





  • 5. Ubah gaya tengok tv. Kalau sebelum ni, pantang jumpa tv kita terus baring tak bangun-bangun. Cuba kita ubah dengan bangun setiap kali iklan. Iklan kat tv memang banyak, kan? Jadikan rutin untuk sentiasa bergerak. Jangan amalkan makan jajan/cekedis waktu tengok tv. Boleh?

Sekian dulu tentang 5 cara mudah dan cepat untuk anda bakar 300 kalori hanya dengan melakukan aktiviti di rumah.





Thursday, November 01, 2012

✿•*¨`*•.¸ Tips Tampil Langsing Dengan Busana Yang Tepat ¸.•´*¨`*•✿


N3 kali ini saya ambil dari Ehow bagaimana tampil lansing/slim dengan Busana yang sesuai misalnya Busana Muslimah ?? nampak anggun dan sopan gitu ...



1. Motif Garis Horizontal

Jika anda fikir garisan horizontal(melintang) dapat memberi ilusi slim, anda sebenarnya salah. Seorang Ilmuwan dari abad 19, Hermann von Helmholtz mengatakan motif horizontal sebenarnya membuat orang tampak lebih kurus. Sedangkan yang horizontal/melintang line membuatkan pemakainya tampil 60% lebih lebar. (huh yeke??)




2. Suai Padan Warna

Bagi anda yang memiliki tubuh plus size, tidak la bermaksud anda kena selalu memilih busana serba hitam. Suai padan warna tetap boleh dilakukan, asalkan propotionnya tepat. Kenakan busana berwarna terang pada bahagian yang menurut anda paling langsing. Hal ini bertujuan untuk divert sudut pandanan orang lain tertuju pada bahagian tubuh yang ramping. La ni kan color blocking trend ..may b leh try ikut kesesuaian ...



 

3. Hindari Complicated N' Detail

Detail yang complicated pada pakaian akan menambah volume pada tubuh. Detail busana seperti kerut, lipit atau puffy (kembung) sebaiknya dihindari. Pilih busana yang potongannya 'clean' dan sederhana, agar silouette tubuh terlihat lebih kecil.



4. Potongan Dada Lebar dan Dalam

Potongan dada yang lebih lebar atau dalam (misalnya v-neck) akan membuat tubuh terlihat lebih langsing. Potongan dada itu membuat lingkar tubuh terlihat lebih ramping.

 


5. Hindari  Baggy

Busana baggy akan menambahkan volume, bukan pilihan yang tepat untuk tampil lebih langsing kerana akan memberi kesan pinggul dan paha lebih besar. Bagi Anda yang memiliki paha besar, sebaiknya pilih busana berpotongan lurus atau boot-cut.

 

6. Kenakan High Heels
Tidak diragukan lagi, high heels akan membuat kaki terlihat lebih 'jinjang'. Bagi anda yang belum terbiasa memakai heels, mulakan dengan ukuran 3 - 5 cm.



Demikian
Tips Tampil Langsing dengan Busana Yang Tepat semoga bermanfaat buat anda semuanya.

Wednesday, October 24, 2012

¨*•.¸¸ஐ❤ ¸¸.•*¨*• Tips 'Maintain' Ramping .. Ketahui Caranya •*¨*•.¸¸ஐ❤ ¸¸.•*¨*•

Untuk sentiasa ramping bukanlah satu perkara yang mudah bagi anda yang mempunyai masalah berat badan yang tidak menentu. Namun begitu, jangalah anda risau. Bak kata pepatah Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”... InsyaAllah ...

Ada juga cara untuk membantu anda agar tetap kelihatan ramping. Jadikan cara tersebut sebagai rutin harian anda.
1. Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan. Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membakar lemak badan terutama di bahagian kaki anda. Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan latihan naik turun tangga. Untuk memastikan anda ‘maintain’ badan yang ramping, latihan perlulah dijalankan secara konsisten.


Health Walking

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan, malah juga dapat menurunkan kadar kolesterol badan dan mencegah barah payudara. Amalkan tabiat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Ramai ‘model’ mengamalkan diet buahan untuk sentiasa ramping.




3. Minum segelas air kosong sebelum makan akan memberikan anda rasa kenyang sekali gus menghindarkan rasa lapar yang berlebihan. Biasakan diri dengan meminum air kosong sebanyak 8 gelas atau lebih tiap-tiap hari.




4. Lakukan senaman yang sesuai mengikut bahagian badan setiap kali anda bangun dari tidur pada waktu pagi:
  • a.   Perut
Senaman ramping i – Duduk dengan mengangkat kedua-dua lutut. Secara perlahan-lahan, gerakkkan badan ke belakang sehingga merasa renggang. Kekalkan posisi ini sehingga perut terasa dan kemudian kembali ke posisi tadi.Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.
  • b.   Lengan
Senaman ramping ii -Semasa anda berdiri, pegang beban yang seberat sekilogram dengan tangan kanan.Naikkan tangan kanan secara lurus ke atas.Kemudian, pegang pangkal lengan kanan di bawah ketiak dengan tangan kiri demi membantu menampung beban itu.Selepas itu, bengkokkan siku dengan beban mengarah ke kepala. Lakukan proses ini sebanyak lima kali untuk setiap tangan.
  • c.   Kaki
Senaman ramping iii -Berbaring secara mengiring ke kanan.Tahan kepala dengan tangan kanan.Kemudian angkat kaki kiri ke atas sehingga kira-kira 45® dan turunkannya semula. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali ke kanan dan lima kali ke kiri.




5. Membataskan diri daripada mengambil makanan berlemak atau bergoreng. Biasakan diri dengan makanan yang dikukus dan direbus. Amat jarang sekali mereka yang berbadan ramping mengamalkan pemakanan yang bergoreng.

6.  Mengambil sarapan setiap hari. Bagi anda yang tidak bersarapan, anda akan cepat lapar dan seterusnya mendorong anda mengambil makanan dengan banyak pada waktu tengah hari. Untuk menjadi ramping bukanlah bererti anda tidak perlu makan. Hal ini akan memburukan lagi keadaan sekiranya diamalkan. Pastikan anda makan dengan konsisten bagi memulihkan tenaga.







7.  Biasakan diri makan banyak kali tapi dengan jumlah yang sikit. Jangan biarkan diri makan sekali sahaja tetapi dalam jumlah yang banyak. Makan hanya bila lapar dan ketika sebelum kenyang.

8. Tidur mencukupi adalah baik untuk tubuh. Penelitian yang dilakukan di The University of Chicago membuktikan bahawa tidur dapat mempercepat metabolisme badan sebanyak 40%. Hal ini adalah salah satu perkara yang diamalkan pada mereka yang berbadan ramping.


9.  Biasakan diri dengan minum teh hijau sekurang-kurang tiga cawan sehari. Hasil kajian yang dilakukan oleh The University of Swizerland mendapati bahawa the hijau dapat membantu membakar kalori di dalam badan. Ramai ‘amoi’ atau gadis cina mengamalkan meminum teh bagi kekal ramping dan berseri.




10. Ringankan tangan anda dengan membersihkan rumah setiap pagi. Aktiviti ini dapat membantu membakar kalori dalam  badan.


11. Elakkan makan baki lauk-pauk yang tidak dapat dihabiskan. Mungkin anda ingin berjimat tetapi perut anda bukan tong  sampah. Makanlah ketika anda benar-benar lapar sahaja dan berhentilah makan sesudah kenyang. Jika anda rasa sayang untuk membuang makanan yang berlebihan, simpannya saja dalam peti sejuk untuk keesokan hari.


12. Amalkan tabiat memberus gigi setiap kali selepas makan. Ini dapat membantutkan tabiat mengunyah makanan yang bukan didorong oleh rasa lapar. Anda tentu rasa malas hendak makan  kerana perlu memberus gigi setiap kali selepas makan. Di samping ramping, mulut juga akan menjadi bersih.



Wednesday, October 17, 2012

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Tips Ramping Secara SemulaJadi ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


 
Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan or chubby, korang dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.




*JANGAN BERLAPAR *
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari
apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak
membakar kalori pada tahap yang sama lagi.



*AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN *
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.



*MINUM 8 GELAS AIR SEHARI *
Air mengurangkan selera makan korang secara semulajadi dan membantu
badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan
yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan
banyak.



benefits of drinking water


*ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS *
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh.



*KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM *
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini
bermakna korang kurang berat yang disebabkan air.



*AMBIL SARAPAN PAGI *
Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan
pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi
lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula
di dalam darah
. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.



*MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN *
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana
apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat
menunjukan kepuasan.



*KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL *
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana
dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
- Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya
sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

- Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi
korang atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut
akan membantutkan selera korang.

- Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji
sawi, didapati boleh membakar kalori.


- Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.

- Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh
adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi
karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

- Simpan Satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali korang makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korang makan, dan perasaan korang ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korang peka kepada keinginan makan korang. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana korang boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korang kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet korang. Mulakan diari makanan korang dan rajin-rajinlah membuat catatan.

- Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya
dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka
menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan
segar. Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan memilih makanan apa
yang boleh menyihatkan tubuh badan.

- Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang (hw about carbon??? ) atau mengukus. Khusus untuk sayuran, korang boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.



- Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh korang ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang habiskan!

- Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi korang menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korang baru saja terisi.

- Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus korang kunjungi paling akhir sekali jika memang
benar-benar memerlukannya.

- Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

- Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.




*BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANSING*

1. Jalan cepat. (brisk walk org panggil) Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
NOTE : secara tepatnya kita kene berjalan 10K steps/per day to classified as an 'active' person ..Check this out !!


What Should Your Step Count Goal Be?

Dr. Catrine Tudor-Locke recommends the following based on research:
Classification of pedometer-determined physical activity in healthy adults:

1) Under 5000 steps/day may be used as a "sedentary lifestyle index"
2) 5,000-7,499 steps/day is typical of daily activity excluding sports/exercise and might be considered "low active."
3) 7,500-9,999 likely includes some exercise or walking (and/or a job that requires more walking) and might be considered "somewhat active."
4) 10,000 steps/day indicates the point that should be used to classify individuals as "active".
5) Individuals who take more than 12,500 steps/day are likely to be classified as "highly active". 






2. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.

3. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.


4. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.










Sunday, October 14, 2012

Bagaimana Kelihatan Ramping WalauPun Chubby (Berisi)

Sedikit perkongsiaan bagi yang ingin kelihatan kurus walaupun badan sedikit berisi (chubby ler, mcm mak2 budaknya body...susah nak jadik mc ms anak dara dulu)...
  • Elakkan memakai pakaian yang licin kainnya. Fabrik licin menyebabkan badan kelihatan lebih besar.
  • Elakkan memakai baju berbelang melintang, pakailah pakaian yang menegak belangnya. Ilusi mampu membuat badan kelihatan lebih kurus.


orang berisi xleh pakai belang melintang, pakai line memanjang utk create illusion kurus ..

  • Pilihlah baju yang bercorak bunga kecil supaya akan nampak lebih kurus. Kalau pakai baju yang bercorak/ berbunga besar akan jadi sebaliknya.
  • Jangan pakai pakaian terlalu besar, dan jangan pakai pakaian terlalu sendat. Terlalu besar akan buat diri nampak lebih besar dan terlalu sendat pula akan menampakkan segala lemak pada badan yang mahu disorok.


  • Kalau jenis badan yang berisi kat peha tu, pakailah baju yang agak labuh menutup punggung dan peha. Seeloknya baju tu bercekak kat pinggang untuk mengalihkan perhatian mata orang yang melihat.
  • Kalau jenis badan berisi kat pinggang pula, pilihlah baju yang tidak bercekak supaya lemak2 kat pinggang dapat ditutup dengan jayanya. Boleh alihkan perhatian dengan memakai jeans berpoket dan sebagainya.
  • Untuk yang tak bertudung (non muslim), pilihlah leher baju yang berbentuk V kerana ianya akan menampakkan diri kelihatan lebih kurus.

ni over V plaks ...gambar sekadar hiasan ...


  • Pilihlah pakaian yang berwarna gelap, selalu orang akan pilih hitam. Warna gelap mampu membuat seseorang kelihatan lebih kecil daripada saiz asal. Tapi janganlah pakai fully hitam, macam orang berkabung pulak dah. Boleh match dengan warna lain yang ceria. Macam trend la ni, color blocking ..
  • Pakai bengkung supaya lemak dapat disembunyikan selain fungsi bengkung membentuk kontur tubuh badan - tp pakai bengkong bukan leh kena sakit tulang belakang ke mcm pakai heels jugak ....

Kalau ada tambahan lagi bolehlah kongsikan bersama... Kebanyakan point aku ni berdasarkan apa yang aku pernah baca dan tahu.


Friday, October 05, 2012

⋰˚☆✿•*¨*•.¸¸❥¸12 Things You Never Knew Could Make You Fat ...⋰˚☆✿•*¨*•.¸¸❥¸



1 - Stress

Exposure to stress is inevitable. But your anxiety could be a reason why you find it hard to lose weight. Some of us are prone to reach for comfort food, as soon as we become tense or worried – particularly at the first signs of stress. This leads to stress-induced eating and weight gain.

Also when we're stressed, our body releases a natural, stress-related hormone called cortisol, which can be responsible for storing fat – particularly abdominal fat.


Turn things around
: meditation is one of the best ways to calm the mind – and the good news is that anyone can do it. 






2-Sleep

Those who are well-rested are more likely to lead an active lifestyle and therefore maintain a healthy body weight. Sleep deprivation slows down the body's metabolism the next morning – meaning less calories are burnt off. Feeling tired may also make you turn to sugar for a short-lived energy boost.

Turn things around
: make sure you're getting around 7 to 8 hours of sleep a night to feel refreshed. 




© Getty - portion control- things that make you fat

3-Portion control

Avoid double or large helpings at dinner. There is a delay in the time it takes for your stomach to tell the brain it's full. If you bolt down your food, chances are you haven't given your brain time to react to these signals.

Turn things around
: if you tend to cook too much, save the leftovers for another meal. 




© NatMags - Smoothies and fruit juices - things that make you fat

4-Smoothies and fruit juices

It's suddenly become easier for you to get your five-a-day. But don't make the mistake of thinking they don't contribute to weight gain. The natural sugars and, in some cases, hidden ingredients, mean that these drinks can still be full of calories.

Turn things around
: make sure you count them in your daily calorie allowance. You may be better off eating a whole piece of fruit instead




© Getty - coffee - things that make you fat

5-Coffee

Although caffeine is commonly used to assist weight loss – with frequent consumption it can be very calorific. A large latte can contain as many as 300 calories, and if you make it a mocha, it could be as many as 600 – or a third of your daily calorie allowance.

Turn things around
: make it a skinny, or order a black coffee. 



6-Allergies

Many allergy sufferers find that the use of antihistamines increases their appetite. Some antihistamines are so effective at increasing hunger that they're prescribed to anorexic patients as an appetite stimulant. --- ooo baru tahuuuuu ....

Turn things around
: try and limit your intake of antihistamines. Or try a natural approach to your allergies.









7-Sluggish liver (sluggish is 'lembap') - just ignore this line for muslim k ..

Your liver is the major organ, which maintains your metabolic rate, gets rid of toxins and turns fat's into energy. But if it's overloaded with toxins, such as drinking alcohol,(haram k !) it will not be able to process fat effectively and help burn calories.

Turn things around
: avoid excessive alcohol intake and make sure you have a balanced diet.




8-Television

Leading a sedentary lifestyle can contribute to weight gain. In the UK, on average, people watch three hours of television each night. So, it doesn't matter how healthy your diet is if you don't move.

Also eating in front of the TV increases your meal intake because you're not concentrating on what you're eating. Studies have also shown that when you watch TV you spend less energy than when you rest.



Turn things around
: hit the gym instead of the sofa or take an evening stroll. 




9-Ready-made lunches

Ready-made food can be high in calories and fat, making it harder to eat healthily and keep those pounds off.

Turn things around
: making your own lunch means you know exactly what's in it.

Avoid


• Mayonnaise: it can turn a low-fat tuna sandwich into a lunch laden with unhealthy fats and calories.

• Triple sandwich packs: you simply don't need this many calories in one sitting.
• Cheese: it might make for a delicious sandwich, but even small amounts will hike up your calorie and fat intake.
• If you can't say no to butter, use sparingly. (means 'berhati2')




10-Tap water ..SURPRISE !!

Around 10 per cent of UK tap water is fluoridated, and although it's good for your teeth – it's not so good for your waistline. ---Ohhhh tidakkkkk ....betul ke ni eh ???

Fluoride can cause individuals to gain weight because it makes it difficult for the body to absorb iodine.


Iodine supports thyroid function and when we're not able to get enough of it, our metabolism is slowed down.


Turn things around
: find out whether you live in a fluoridated area, ask your water company. If you do, switch to mineral water and see if this has an effect on your weight.








11-Crash dieting or fasting

Claire MacEvilly, a nutritionist at the MRC Human Nutrition Research Centre in Cambridge, explains: 'Losing weight over the long term burns off fat. Crash dieting or fasting not only removes fat but also lean muscle and tissue.'

The loss of lean muscle causes a fall in your basal metabolic rate – the amount of calories your body needs on a daily basis. As a result, your body will need fewer calories than it did before, making weight gain likely once you stop dieting.


Turn things around
: adopt new healthy eating habits, introduce changes gradually over a long period of time – the body likes slow changes in terms of food and exercise – and increase your activity levels.






12-Your relationship

All those romantic dinners, the nights spent on the sofa cuddling up, the takeouts, and the general comfort that being in a relationship provides, can help you pile on the pounds. .. xleh ber'manja2' la heheh ...

Turn things around
: if you can get your partner to hit the gym with you, you'll have an instant workout buddy. If they're not into it, be sure to carve out time each week that you can devote to some kind of exercise