Showing posts with label Pelbagai Mee. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Mee. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Maggi Goreng Sempoi Tuk Minum Petang MyBoboi ..Ce Try ! •*¨*•.¸¸❥

Kali ni resepi orang bujang org cakap ...tp bahan2nya complex plaks sbb tu versi ori tp sy buat sempoi jek sbb cut-off/slash abis nk bg super duper speedy gonzalez ya, myboboi dah hungry + angry huhu :-) .. Kira bahan2 lain, stepz-by-steps (ajau) buat lain ler ni .. Maggi as we ols know mmg x baik tuk kesihantan kan? ..homai !! homai !! ...Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas..Tp cukup sempoi lau nk cepat ...TAPI layan sekali-sekala ok la ..once in the blue moon kata org !


Bahan2Nya :-)
--------------------

  • 1 bungkus mee segera- boleh gantikan dengan mee kuning, mee hoon or sbgnya ..
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji or 1/2 biji bawang besar.
  • sedikit bilis sebagai penambah perasa - optional
  • bebola daging (dibelah 2)
  • udang segar (dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
  • sotong (dipotong bulat)
  • sebiji telur
  • 2 batang sawi
  • kobis
  • tomato(dibelah 4)
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili - optional
  • 2 sudu besar sos tiram - optional
  • 1 sudu besar kicap manis - optional
  • 1 biji cili merah atau hijau (hiris nipis)
  • 2 tangkai daun sup - optional
  • air secukupnya
  • garam secukupnya
  • cili padi - if uols suka
 
Cara2 PenyedianNya - How's To Stepz-By-Stepz :-)
--------------------------------------------------------

  • Maggi mee dicelur dan ditoskan. ketepikan sebentar. Note : sy lalukan air sejuk in order tuk mengelakkan dia melekat2 ...like pasta jugak... pic mcm kat bawah ya ...
  • Tuk sayur plaks leh chopped-up dan basuh + selwat + toskan ..




  • Tumbuk bawang putih, merah, ikan bilis. Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga garing. Masukkan sedikit cili or cili padi jika suka pedas ya. Boleh masukkan sos cili + sos tomato + kicap + sos peberet ... (sy skip sy buat sempi jek - grrr buat lain ajau lain ahaks) ...
  • Masukkan rencah seperti udang, sotong, bebola ikan dsbnya (sy skip jugak, maleh nk letak). Masukkan sayur dan sayur dah layu pecahkan telur ayam dan seterusnya garam ... pic steps mcm kat bawah :-




  • Masukkan sedikit perencah maggi yg telah disertakan ..kalau xnak pun xpe .. Kacau seketika. Masukkan maggi yang ditoskan, kacau seketika ...Tara...dah siap !




  • Boleh taburkan bawang goreng or cili jeruk or anything else ...bubai again !






•*¨*•.¸¸❥  End of Maggi Goreng Sempoi Tuk Minum Petang MyBoboi ...•*¨*•.¸¸❥

Wednesday, August 17, 2016

*¨*•.¸¸❥ Stir Fried Mee Hoon Singapore & Partner - Sambal Kicap JDT *¨*•.¸¸❥


Apsal haku pilih N3 ni hahaha ...dah knp ? .. Sempoi gilez kot ... Belasah je, aku mmg kene theraphy, tulis sst dan sesedua di blog, kalau x minda aku ni MELETUP .. Mee Hoon (atau Bihun) Singapore ni pun dikenali sbg Mee Hoon Goreng Putih or Chinese Style ..x pasti haku la ... kot2 berasal dr Chinese Singapore kot itu yg pasti agaknya, make sense gek ...hehehe .. Ok jom layan ....aku mmg speechless minggu ni ...ntah ler hati x tenang kot ...kena duk beribadat & bertafakur mlm ni hahaha ... Tahajud dan bagai ... tp aku kuat tido ..ce mn tu ? ..Hah jwb sendiri tau ...sok 6feet under pun kene jwb sendiri !! ... sendiri mau ingat aa..


Bahan2 Sempoi :-)
---------------------------

  • 2 - 3-4 bj bwg merah
  • 5-6 bj bwg putih
  • 1sudu kecil lada hitam
  • 2sudu makan udang kering
  • 2inchi halia



Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------

  • Korang tengok pic dan step2 taken base on pic tau ...aku maleh nk explain pjg2 ni ...speechless but mmg blogging is theraphy jiwaku ini sblm berapi :D ...sabau2, mengucap2 ...take a deep breath !! >>




  • 1. Blender lumat bahan yg td.
    2. kopek kulit udang
    3. Rendam bihun bagi lembut(400gm)
    4. Kucai dipotong dalm 4cm (rm1)

    **jika ada lobak.. hiris halus memanjang Mcm kucai. taruk dlm bihun pon lagi sedap. Tuan resepi xde lobak waktu kejadian.





Cara2 MenggorengNya :-
-----------------------------------------

  • 1.dah siap blend
  • 2.tumis dgn myk sehingga jadi keemasan/brown
  • 3. Perasakan. Gula +garam+serbuk perasa
  • 4.masukkan udang
  • 5.masukkan bihun yg dh di toskan
  • 6.masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.

5 - Makan dengan sambal kicap tau. Adoii menambah2 jadinya.So kicapnya kat bawah n ya ... lepsas tu korang tgk N3 aku psl sambal smpi lebam ... kisah api lg ...mak aiii ...


Sambal Kicap JDT Style


Version 1 :
----------------
Bahan-Bahan

  • Cili Api/Padi 4-5 biji
  • Cili Hijau 5-6 biji
  • Bawang Putih 4 ulas
  • Kicap
  • Sedikit Garam dan Gula


Cara2 MembuatNya :-)
------------------------------------

  • 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris ya ...)

  •  2 - strained dan toskan minyak ...accessive oil woo ! ..takut mak ...HBP plaks nnt ...


  • 3 - Cili padi ni pun korang goreng jek ..jgn degil :-)

  •  4 -  Masukkan yang dah digoreng dalam blender or food processor ...mmg heaven alat ni lau ada ...akan kudapatkan juamu ...tgk +Lazada Malaysia  MYR109 jek ...tp xde blender, cap ayam ngee .... Lately aku rs aku perlukan FP ver badly ni compare batu lesung ku itu ..huhu



  •  5 - Maukkan kicap sesuka hati mak bapak korang ...technically masuk kicap masin sbb pas ni  bubuh gula pasir plaks ...seimbangkan rasa ...



  • 6 - Ok dah jadi ...leh la makan ngan pepe korang suka ...hirup gitu pun cun jugak hee  ...make sense la woii !
Oh ya hak ni versi tdahulu ...korang pilih la ..aku rs sama jek ...cuma yg ni x digoreng kot ...

Sambal Kicap Terangkat


:: Bahan2Nya ::
------------------
  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.



korang pernah tgk cili padi ni ? wp pepel dan cun rsnya mmg pedas gilez, 'berasap' telinga ..ngalahkan pedas cili padi yg biasa tu k ... dun under estimate tau ! cun tp garang mcm k. ros upin ipin ..







Senarai Sambal2 Dalam MyBlogKu ini - Just click on the below link :-
---------------------------------------------------------------------------------------
 


Monday, August 08, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Laksa Utara Penang Ngan Pictorial Step By Step •*¨*•.¸¸❥


LAKSA UTARA SEDAP (TUTORIAL BERGAMBAR)
Memandangkan sis Ana ni sgt rajin buat resepi bergambar..so sy nk share dgn korang..rugi tak cubaaa.... SENANG je buat laksa ni ekceli.... Sila like pesbok Ana Mariana Ismail ya  .. Jazakhallahu khairan >_<

credit : FB Ana Mariana Ismail via Resipi Biskut Raya Mak Kata



  • pic 1 - Mula2 rendam laksa sampai kembang pastu rebus lak ngn telur skali sng jimat msa & gas kan..xyah rebus lma laksa tu sbb dh rendam dulu.
  • P/s > Kalau nk buat cara ni make sure korang basuh telur tu bersih2 eh..kalau tak tercomar le hehe ...selawat + doa2 sikit ..in shaa Allah xde la najis mutawasita tu ...hehe
  • Pesanan admin : Kalo korang rasa cara ni masih xbersih..kotor atau sebagainya..gunalah cara masing2..xyahla nk kecam sape2 ye..sekian, terima kasih >-<



  • pic2 - Ikan ni siang,cuci bersih2 pastu rebus sampai lembut isi dia pastu toskan.Air rebusan tu jgn buang yer guna utk buat kuah dia nti.Msa rebus ni masukkan asam keping 4,5 keping utk elakkan rsa hanyir ikan..
  • Info : Kalau mak admin slalu guna ikan sardin (pantai timur panggil ikan selayang,org Sabah panggil ikan basung) mcm dlm gmbr ni..ade jugak org buat guna ikan kembung(termenung) atau ade jugak yg guna belut hahaha..ikutla korang nk guna ikan ape
 

  • pic3 - Pastu asingkan isi ikan blend sampai hancur..


  • pic4 - Masukkan dlm air rebusan ikan td ok ...


  • pic5 - Tulang ikan td pn kita blend jgk sampai hancur utk amik rsa manis ikan tu kt kuah laksa kita.
  • pic6 - Pastu tapiskan amik airnya saja ok..tulang tu buang la kang jenuh mkn laksa dok tercekik tulang lak x dpt den nk nolong..hihihi



  • pic7 - Cili kering blend ngn bwg besar ngn SEDIKIT belacan (dlm 1 inchi lebih) ok..byk2 nti resdung plak kannn tp bwg besar tu byk xpe lg manis kuah .Sapa2 suka pedas blh tambah cili padi skit.Serai sebatang diketuk,bunga kantan belah 2,asam keping 4,5 keping cmtu ckup la sbb blh amik asam keping yg kita rebus laksa ngn ikan td.Pastu daun kesum skit ok...
  • Info : Setengah org tak letak serai..cara masing2..mak admin pun xletak..tp kalau letak pn ok...cuba je..jgn derhaka resepi tuan yg bagi hahaha



  • pic8 - Cili+bwg+belacan yg kita blend td,serai, bunga kantan,asam keping masukkan jer skali ngn isi ikan blend td pastu trus didihkan..
  • pic9 - Bila kuah dh mendidih msk elok masukkan daun kesum pastu perasakan ngn garam secukup rsa.Klau suka blh masukkan sedikit ajinomoto @kiub ikan bilis ok.Pastu rsa la sesedap selera ank tekak msg2 ok.Kuah tu klau rsa pekat sgt tambah la air skit kan..



  • pic10 -  Bila dh mendidih rsa pn dh sedap ttup la api siap la.Kan sng jer...



  • pic11 -  Ok ni laksa yg kita rebus & toskan td blh la amik dh letak lam mangkuk nk mkn kan...


  • pic12 - Ok ni bhn2 sampingan utk mkn ngn laksa..potong daun salad,timun,bwg besar,cili padi,limau,telur ngn nenas.Yg ni optional je ikut suka korang la nak mkn ngn apa yg korang suka.Tekak msg2 kan...











Tuesday, April 12, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Kerabu Maggi Ala2 Hadyai .. Yummy Yummy Yummy Goes to My Tummy >_< •*¨*•.¸¸❥


Dah lama x tulis blog ..maka resah gelisah berduka lara la jiwa ku ini ...cewah ! ..Dah kenapa kan ? heheh just dah lama x 'theraphy' jiwa ... so mmg rs ada 'under the weather' jek ..hehehe .Juga dikenlai sebagai Kerabu Maggi Siam or Kerabu Maggi Thailand ......

Sumber : Masak Hari Ini Amy Aziz Mohamed

Tak pasai2 teringin sgt kerabu maggi ni. Teringt masa mkn kat Floating Market Hatyai..ok, sendiri bagi 5 bintang wpun buat sendiri. Mmg sedap mcm mkn kat siam. Bahan2nya..tuan resepi dari group MAHN kata wajib guna maggi brand yg mcm tu. Kalau tak bkn kerabu maggi namanya.. ok, i follow. Tqsm penyumbang resepi.



Maggi yang digunakan ialah Halal Serda Instant Noodles That Tom Yam - Shrimps Flavour, pic mcm kat bawah ya :-







pic2
-----
Udang kecik, udang besaq & sutun dicelur. Ada juga yg campurkan fish ball, crab stick .. so boleh suaikan ikut palette uols ...





pic3
------
Air celur seafood tadi guna utk celur maggi pulak. Sbb kita nak maggi tu terasa manis seafood tu.





pic4
---------
Masukkan perencah maggi. Kalau tak tahan pedas jgn la boh semua perencah tu..ya ampun blh berasap mulut, telinga weiiii




pic5
--------
Daun ketumbar, buah tomato, bawang besar, cili padi & limau nipis. Potong la mcmana pun takpe..






pic6
------
Campur semua bahan2 tu



pic7
----------
Boh air limau 1,2 biji + sos sotong 2, 3 sudu teh + gula secoet. Tu utk 3 peket maggi. Godek2 bg rata & mesra.





pic8
------
Taarraaaaa...nyum nyummm😋 ...yummy yummy yummy goes to my tummy >_<





%% selamat mencuba uols %%