Showing posts with label Pelbagai Masakan Laut. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Masakan Laut. Show all posts

Sunday, August 30, 2020

•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Cara2 Membuat Sambal Tumis Ikan Parang Sempoi Ezy Pezy Yum...




salam gaiss, idea masak yg sempoi ujung minggu ni ya ... slmt hari merdeka yg 63th, syukur alhamdlillah Malaysia still aman damai lagi .. kita doakan pemimpin yg suka mkn duit rakyat tu dibuka pintu hati jgn mkn duit cucu-cicit kita nnt ...bungkus mesia ni hehehe ... #pesananpenaja jek ...


Music: Sunny
Musician: @iksonmusic
Link : https://youtu.be/ZxaLNJaJLbE

 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Cara2 Membuat Sambal Tumis Ikan Parang Sempoi Ezy Pezy Yummy .. InsyaAllah •*¨*•.¸¸⊰✿¸
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

source : warisan bonda
edited by : callmemissrose@roseslicious

-----------------------------
/* Bahan2Nya :-   */
------------------------------

   
⊰✿ 3 - 4 potong ikan parang - boleh gantikan dengan ikan tenggiri/gelama/jenahak or such, seafood pun boleh ..
   
⊰✿ 1 biji bawang besar dipotong bulat
   
⊰✿ 2 sdb air asam jawa
   
⊰✿ garam dan serbuk perasa
   
⊰✿ 3 sdb minyak masak


--------------------------------
/*  Bahan Dikisar :-  */
--------------------------------

    ⊰✿ 10-15 tangkai cili basah or kering
    ⊰✿ 2 biji bawang besar - min skip
    ⊰✿ 2 inci belacan - min skip
    ⊰✿ sdkt minyak tuk menumis
    ⊰✿ sdkt air
•*¨*•.¸¸⊰✿ blend semua bahan sehingga menjadi pes basah


-------------------------------------------
         /* Cara2 MembuatNya :-    */
-------------------------------------------

⊰✿ 1-goreng ikan
•*¨*•.¸¸⊰✿ nak dptkan ikan yg wangi & garing kita goreng ngan daun pandan + daun kunyit + daun limau + daun kari + sedikit perahan limau or kulit limau ya ..
•*¨*•.¸¸⊰✿ dah garing angkat ...
⊰✿ 2-buat cili paste
•*¨*•.¸¸⊰✿ blend cili + minyak + air putih - boleh jek blend sekali ngan bawang & belacan/
•*¨*•.¸¸⊰✿ panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing
⊰✿ 3-combine
•*¨*•.¸¸⊰✿ tumis pes cili smpi garing & terbit minyak, masukkan air asam jawa, leh mskkan air jika perlu. min masukkan sedikit santan nk bg 'kick-off' tp optional la ye ...
•*¨*•.¸¸⊰✿masukkan bawang besar or bahan sampingan lain jika suka ...
•*¨*•.¸¸⊰✿pastu masukkan ikan yg digoreng tadi ...masukkan garam & serbuk perasa and tara ..it's doneeeee


 

#sambaltumis
#sambalikan
#sambal
#masakapahariini
#makanapahariini
#pelbagaiikan
#callmemissrose
#roseslicious #roselicious
#redroses2u
#ezypezyyummy
#laukpaukmelayu
#laukpauk
#makantengahari
#laukpauk



Thursday, May 21, 2020

*¨*•.¸¸❥ HomeMade Pizza Inspired By Bobby Flay (Food Network) Yang Fluffy Gebuzzz *¨*•.¸¸❥






min lau recipe2 cegini mmg suka amik dr omputihnya source la sbb it is where the origin kan, n3 pizza ni min ambil dr pizza dough dr foodnetwork.com courtesy of bobby flay .. yibaaa !! ceq mmg minat gilez kat dia, masak bagussshhhh no ! hehe tp min translate kan jd 'malaylish' supaya senang nak refer gikpun sbb xnak mhilangkan mksd asal, bila da translate tu rasa mcm x pueh, nk refer ori gek ... ok dr find & test-out min, dough tu sgt2 fluffy mkn soknya pun still fluffy ...

btw, min guna sukatan 1/2 dr recipes si bobi ni ya, means 3.5 cups jd 2 cups, mauripan min guna 1/2 paket jek ... resepi asal generated 2pcs pizza 7inch, min dpt 2pcs 5inch ... sbb korum x ramai...
ok jom kita start

bahan2nya :-)
----------------

  • 3 1/2 to 4 cawan tepung roti, perlukan lebih byk tuk rolling - substitute all purpose flour
  • 1 sdt gula
  • 1 paket mauripan or any yis kering
  • 2 sdt garam kosher
  • 1 1/2 cawan air suam - 110 F or 47C
  • 2 sdb minyak zaitun/olive, plus 2sdb lagi tuk letak kat bowl

 

method mbuatnya :-)
------------------------

  • satukan tepung roti, gula, mauripan dan garam kosher ke dlm mangkuk mixer. .. semasa mixer 'running' tambahkan air suam sikit2 dan 2 sdb minyak olive sehingga dough menjadi 'bola'... guna tangan pun buleh ...



  • jika doh melekit/lembik, leh tambahkan tepung 1 sd dr semasa ke semasa, jika dough terlalu kering pula tambah air suam 1 sd sikit2... ambil doh dan alihkan ke permukaan yg telah ditabur tepung dan start menguli dan bentukkkan menjadi bola.
 
  • minyakkan mangkuk dgn 2sdb minyak tadi, ambil doh yg diuli tadi, tutup ngan plastic wrap dan rehatkan di dalam suhu bilik selama 1 jam untuk ianya 'double up in sizes'. .. 
 
  • selapas 1 jam uli semula di permukaan yg rata yg telah ditaburkan tepung gandum bahagikan 2 bhgn min dpt pizza mini 5" each ..... cover ke-2nya ngan towel or plastic wrap dan rehatkan selama 10 mins .. slps itu canaikan di atas permukaan rata dan bentukkan bulat .. ready nk buat pizza da ni ..
  • mula2 letakkan sos, min letak paste rendang kelmarin (sellau buat byk paste like rendang, asam pedas, ayam berempah paste n then frozen, next nk masak ezy pezy la), lps tu put sos cili, taburkan daging, timun, udang, cili segar, dan diakhiri ngan cheddar & parmesan.

  • so la ni dah ready to bake bakar pd suhu 150C selama 15 minits, the cheezy will be meltiing and makes me drooling heee ... masa panas potongkan ikut suka  dan boleh la dingap !



Nota :-)
-----------

  • meggunakan tepung roti/bread flour akan memberikan tekstur yg lebih 'crispy' manakala tepung serbaguna/all purpose flour akan memberikan tekstur yg 'chewier' crust.



Resepi Asal Bobby Flay
---------------------------------

Ingredients :-
----------------





3 1/2 to 4 cups bread flour, plus more for rolling
1 teaspoon sugar
1 envelope instant dry yeast
2 teaspoons kosher salt
1 1/2 cups water, 110 degrees F
2 tablespoons olive oil, plus 2 teaspoons

Directions  :-)
-----------------

  1. Combine the bread flour, sugar, yeast and kosher salt in the bowl of a stand mixer and combine. While the mixer is running, add the water and 2 tablespoons of the oil and beat until the dough forms into a ball. If the dough is sticky, add additional flour, 1 tablespoon at a time, until the dough comes together in a solid ball. If the dough is too dry, add additional water, 1 tablespoon at a time. Scrape the dough onto a lightly floured surface and gently knead into a smooth, firm ball.
  2. Grease a large bowl with the remaining 2 teaspoons olive oil, add the dough, cover the bowl with plastic wrap and put it in a warm area to let it double in size, about 1 hour. Turn the dough out onto a lightly floured surface and divide it into 2 equal pieces. Cover each with a clean kitchen towel or plastic wrap and let them rest for 10 minutes.

Cook’s Note  :-)
-------------------

Using bread flour will give you a much crisper crust. If you can't find bread flour, you can substitute it with all-purpose flour which will give you a chewier crust.


Friday, December 23, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Masakan Laut - HomeMade Ala ShellOut •*¨*•.¸¸❥


Versi Sempoi (1) :-
-----------------------
  • 1 - Bahan2 mentah.....siput xdak ??
    Celurkan seafood dan tapis.. sayur pun celur/rebus jugak ...


2 - Bahan tumisan..kicap utk hasilkan warna gelap masakan...

  • *cili kisar ( lebihkan klu nak pedas )
  • *rempah kari daging - kurang dari 1 sudu ok..klau lebih nanti rasa kari pulak
  • *sos tiram


Kicap Lemak Manis ye bkn Kicap Lemak Kari ..hah buat Maharaja Lawak la tu ...dah malas aku nk edit balik !! >_< ... 


  • 3-Cairkan butter....tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi..masukkan rempah kari dan cili kisar( kurang dari 1 sudu ) masukkan sos BBQ .. masukkan sedikit air rebusan bahan mentah tadi....tumis hingga pecah minyak....
  • 4 - Masukkan seafood dan kacau sebati...( api besar ..fungsi utk elakkan air dari seafood keluar - pastikan jgn smpai hangit lak ) ..bila nmpak seafood dh hmpir msak..sederhanakan api. kacau himgga masak....perasakan dgn garam kicap dan gula..masukkan sayuran..
 

 
Versi Complicated (2)
--------------------------
 

Bahan2Nya :-
-----------------

  • Pilihan makanan laut - ketam,lala,kepah,udang dan sotong (ikut kesukaan masing -masing)
  • Pilihan sayur - brokoli,bunga kobis dan jagung



Bahan2 Tuk Buat Pes :-
--------------------------

  • Cili kering - direbus kemudian dikisar (sukatan ikut banyak mana bahan makanan laut)
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 4 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 peket kecil udang kering - dikisar



Bahan2 Tuk Menumis :-
---------------------------

  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 20 biji cili padi - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam jawa
  • 4 batang daun kari
  • 2 sudu rempah ikan
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 kiub ayam Knorr
  • sedikit minyak dan butter untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air



Cara2 Stepz By Stepz :-
---------------------------

  • Panaskan butter dan minyak,kemudian tumis kan bahan yang telah disediakan tadi
  • Kacau dan biarkan naik bau dan sedikit layu
  • Kemudian masukkan bahan pes tadi,biarkan sehingga naik minyak
  • Kemudian masukkan rempah gaul sebati,biarkan masak sekejap
  • Masukkan pula sos tiram,kiub ayam Knor,kacau sebati
  • Akhir sekali masukkan sedikit air,gula dan garam secukup rasa



Cara2 Memasak Makanan Laut :-
---------------------------------------

  • Masukkan satu senduk pes untuk setiap makanan laut seperti ketam,kemudian lala,akhir sekali sotong,kepah (yang telah di buang kulit) dan udang dalam kuali.Gaul dan masukkan daun kari biarkan masak,kemudian angkat boleh dihidangkan



Cara2 Memasak Sayur :-
-----------------------------

  • Masukkan setiap sayur brokoli,bunga kobis dan jagung secara berasingan di dalam rebusan air yang diletak garam dan minyak.
  • Kemudian toskan.Untuk brokoli dan bunga kobis boleh direndankan dalam air sejuk untuk meranggupkan sayur
  • Akhir sekali dalam penyediaan ala 'Shellout' nie,boleh lah dihidangkan diatas kertas atau ada yang serve atas daun pisang dan boleh tambahkan nasi putih kalau mahu.Mudah aja kan,gerenti puas makan masak sendiri untuk family..Selamat mencuba ya..



Last but not least , happy holidays and happy new year ye !!

•*¨*•.¸¸❥ End of Pelbagai Masakan Laut - HomeMade Ala ShellOut •*¨*•.¸¸❥




Saturday, June 11, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Acar Ikan Masin Talang / Kurau / Merah / Yu •*¨*•.¸¸❥


Banyak sangat versi acar ikan masin ni ...1 thing 4 sure, ianya mmg tahan lama ...boleh up to 1 month. Bulan posa ni mmg penting tuk ada masakan yg tahan lama sbb takut terlelap tuk sahur ..jadi apa yg sempat grab aje la kan ..heheh (mcm ckp diri sendirik jek ngeee)...

Nak beli sebotol kecik aje dah RM18. Ini maybe dalam RM10 dapat agaknya 6 botol! Ini buat konon2nya untuk bersahur. Kalau nak cuba mcm yg saya buat, macam resepi dibawah. Silakan share resepi kalau suka ...Semoga seme yg terlibat mendapat syafaatnya nanti di SANA ...in shaa Allah ..

Ianya bukanlah one my peberet sbb sbg keluarga hang tuah sejati sy mmg x suka lauk-pauk yang manis ... Tapi boleh la if nk buat tuk sedekah jiran2 or sebagai buah tangan rite ...or sbg suka2 nk try masakan baru ....once in the blue moon makan apa salahnya ... sokay jek, sweeetttt ...




Hasil air tangan dari Ereen Hadi
Sumber : CMG@TiffinBiru
DiEdit Version : Miss Rose@Redroses2u.Net

Bahan2Nya :-)
--------------------
  • 200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau, ikan merah, ikan yu dsbgnya)
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
  • 3 camca besar cuka makan (JALEN)
  • 1 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
  • 2 tangkai daun kari, dilurutkan - optional
  • 1/2 cawan lobak asin  - optional
  • 1/2 cawan kismis - optional
  • Lobak Asin - yg mcm jeruk tu
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air
  • *** Lau suka boleh juga digunakan buah2an jeruk

Bahan2 Yang Dikisar Halus :-)
---------------------------------
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar 
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan2 Rempah :-)
------------------------
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 3/4 camca teh halba
  • 1 camca teh biji sawi
** semua bahan kisar kering digoreng tanpa minyak terlebih dahulu hingga harum kemudian kisar kering hingga halus


Cara2 MembuatNya :-)
----------------------------

  • Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. 



  •  Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.

  • Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. 
  • Masukkan juga lobak asin dan kismis atau buah2an jeruk pilihan uols ...

  • Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.



 Tips Menghasilkan Acar Ikan Masin Tahan Lama :-
------------------------------------------------------------------------

  • *** Acar akan lebih sedap selepas beberapa hari disimpan selepas dimasak kerana semua bahan akan sebati.
  • Jika perlu..panaskan semula selepas beberapa hari & biarkan  betul-betul sejuk baru dimasukkan dalam bekas bertutup.
  • *** Insha Allah boleh dan anda kenalah tumis rempah dia dengan minyak yang lebih sedikit. Bila dh sejuk, masukkan ke dalam botol, pastikan ia tenggelam sedikit dalam minyak yang anda guna untuk menumis rempah.
  • Kalau nak makan cecok isi saja lah, jangan dikaut sekali dengan minyak acar .. our health our wealth kannnnnn ???
  • *** Satu lagi acar ikan masin ni sedikit manis, yang ni terpulang pada citarasa anda, kalau suka manis, letak lebih sikit gula, lau suka manis2 buah boleh kurangkan gula.
  • *** Macam tu juga dengan garam, jangan lambak banyak2 terus, letak sikit dulu, kemudian rasa, kalau perlu baru tambah lagi...



•*¨*•.¸¸❥ Acar Ikan Masin Talang/Kurau/Merah/Yu •*¨*•.¸¸❥




Tuesday, April 12, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Kerabu Maggi Ala2 Hadyai .. Yummy Yummy Yummy Goes to My Tummy >_< •*¨*•.¸¸❥


Dah lama x tulis blog ..maka resah gelisah berduka lara la jiwa ku ini ...cewah ! ..Dah kenapa kan ? heheh just dah lama x 'theraphy' jiwa ... so mmg rs ada 'under the weather' jek ..hehehe .Juga dikenlai sebagai Kerabu Maggi Siam or Kerabu Maggi Thailand ......

Sumber : Masak Hari Ini Amy Aziz Mohamed

Tak pasai2 teringin sgt kerabu maggi ni. Teringt masa mkn kat Floating Market Hatyai..ok, sendiri bagi 5 bintang wpun buat sendiri. Mmg sedap mcm mkn kat siam. Bahan2nya..tuan resepi dari group MAHN kata wajib guna maggi brand yg mcm tu. Kalau tak bkn kerabu maggi namanya.. ok, i follow. Tqsm penyumbang resepi.



Maggi yang digunakan ialah Halal Serda Instant Noodles That Tom Yam - Shrimps Flavour, pic mcm kat bawah ya :-







pic2
-----
Udang kecik, udang besaq & sutun dicelur. Ada juga yg campurkan fish ball, crab stick .. so boleh suaikan ikut palette uols ...





pic3
------
Air celur seafood tadi guna utk celur maggi pulak. Sbb kita nak maggi tu terasa manis seafood tu.





pic4
---------
Masukkan perencah maggi. Kalau tak tahan pedas jgn la boh semua perencah tu..ya ampun blh berasap mulut, telinga weiiii




pic5
--------
Daun ketumbar, buah tomato, bawang besar, cili padi & limau nipis. Potong la mcmana pun takpe..






pic6
------
Campur semua bahan2 tu



pic7
----------
Boh air limau 1,2 biji + sos sotong 2, 3 sudu teh + gula secoet. Tu utk 3 peket maggi. Godek2 bg rata & mesra.





pic8
------
Taarraaaaa...nyum nyummm😋 ...yummy yummy yummy goes to my tummy >_<





%% selamat mencuba uols %%