Showing posts with label ✿ Masakan Pedas ✿. Show all posts
Showing posts with label ✿ Masakan Pedas ✿. Show all posts

Thursday, August 20, 2020

•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Cara2 Membuat Nugget Crispy Ayam Berempah Yg Ezy Pezy Yumm...



Music: sleigh ride
Musician: Rook1e

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Cara2 Membuat Nugget Crispy Ayam Berempah Yang Ezy Pezy Yummy@RosesLicious .. InsyaAllah •*¨*•.¸¸⊰✿¸
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------

Sumber : My.Rasa
Edited By : callmemissrose@roseslicious


⊰✿ bbrp ketul dada ayam – potong ikut suka

----------------------------------------------------------------
•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Bahan2 Kisar : •*¨*•.¸¸⊰✿¸
-----------------------------------------------------------------

⊰✿ 1 biji bawang besar
⊰✿ 3 ulas bawang putih
⊰✿ 2 inci halia
⊰✿ 2 inci lengkuas
⊰✿ cili kering / serbuk cili – kuantiti cili kering / serbuk cili ikut citarasa masing-masing. Kalau tak nak letak pun tak apa.
⊰✿ 3 batang serai
⊰✿ 1 sudu makan ketumbar
⊰✿ 1/2 sudu makan jintan manis
⊰✿ 3 biji buah keras – tak letak pun tak apa
⊰✿ 2 biji telur ayam
⊰✿ sedikit asam jawa pekat



----------------------------------------------------------------
•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Bahan2 PerapNya : •*¨*•.¸¸⊰✿¸
-----------------------------------------------------------------

⊰✿ 1 sudu makan penuh serbuk kari
⊰✿ 1 sudu makan tepung beras
⊰✿ 1 sudu makan tepung jagung
⊰✿ garam
⊰✿ sedikit daun kari / daun kunyit/ daun pandan
⊰✿ secubit gula - optional
⊰✿ sedikit serbuk perasa



----------------------------------------------------------------
•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Cara2 MembuatNya  : •*¨*•.¸¸⊰✿¸
-----------------------------------------------------------------

⊰✿ Satukan bahan kisar dan blend halus. Sebaiknya jangan masukkan air. Jika perlu, hanya setakat untuk membolehkan mata pengisar berpusing.
⊰✿ Bersihkan ayam dan gaul menggunakan bahan kisar dan bahan perap. Biarkan selama 30 minit. Lagi sedap biarkan satu malam.
⊰✿ Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana dan masukkan ayam. Tutup kuali dengan penutup periuk sewaktu menggoreng.
⊰✿ 2-3 minit sebelum ayam diangkat kena buka tutup periuk. Kaedah ini untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup tapi berjus didalam.
⊰✿ Untuk dapatkan serat yang garing, bila dah siap goreng semua ayam, ambilserdak-serdak yang tinggal dan goreng dengan api sederhana.
⊰✿ Masa tengah goreng tu, kacau-kacauserdak supaya tidak bergumpal atau berketul. Bila dah garing, angkat, tos dan tabur pada ayam goreng tadi.
⊰✿ Nota: Selepas goreng ayam, rehatkan lebih kurang 5-10 minit sebelum dipotong sebab kita taknak ada darah yang keluar lepas ayam dipotong. Selamat mencuba!

⊰✿ Kredit resipi : Murni Rahmat



#ayamgorengberempah
#ayamgoreng
#nuggetayam
#laukpaukmelayu
#laukpaukmalaysia
#pelbagairesepiayam
#resepiayam
#masakanmelayu
#masakantradisional
#callmemissrose
#roseslicious #roselicious
#redroses2u
#ezypezyyummy



Tuesday, April 10, 2018

•*¨*•.¸¸❥¸ Kek Roti Pedas/ Lasagna Roti Pedas (Spicy Bread Cake/ Spicy Bread Lasagna) •*¨*•.¸¸❥¸



semangat buat N3 ni almaklum la dah lama 'rusty blade' in my henpon hahaha ... sy panggil kek roti pedas jek la sbb cakes means 'in-layer' but nak panggil Lasagna Roti pun sokay .. ada jugak N3 tdahulu  Version 1, Version 2 sebelum ni .... Resepi ni mbantu saya sbb byk lebihan roti di rumah hee .. selain Puding Roti boleh la versi spicy ni ... Semoga kita mendapat manfaat bersama ye :-) ..InsyaAllah ...


Kita tengok dulu cara2 membuat INTInya ...

Cara2 Membuat Inti :-
-----------------------------------



saya gunakan ayam kunyit cerita semlm hehehe ... sayang rezeki tlebih .. tp kat beh ni resepi asal from scratch ya ..


:: Bahan2 Untuk INTINya ::
--------------------------------

  • ⊰✿ 250g daging cincang (if bekas besar lebihkan)
  • ⊰✿ 2 sosej (hiris-optional sekadar memeriahkan)
  • ⊰✿ 1 biji bawang holland (dadu)
  • ⊰✿ 3 biji bawang putih (cincang)
  • ⊰✿ 4 sudu sos pasta (sos tomato pon boleh)
  • ⊰✿ 4 sudu sos black pepper
  • ⊰✿ serbuk paprika (optional-den tambah)
  • ⊰✿ mixed herbs (optional-den tambah)
  • ⊰✿ 3 inch carrot (dadu) - blh guna mix vege
  • ⊰✿ 1 batang cili merah (hiris halus)
  • ⊰✿ 1 batang cili hijau (hiris halus)
  • ⊰✿ daun sup (hiris halus)


:: Cara2 Membuat INTINya ::
---------------------------------

  • ⊰✿Panaskan minyak, tumis bawang holland & bawang putih sehingga wangi.
  • ⊰✿Kemudian masukkan carrot, masukkan daging cincang & sosej. Masak sehingga daging empuk.
  • ⊰✿Selepas daging empuk, masukkan sos pasta & sos blackpepper. Gaul sebati.
  • ⊰✿Letak serbuk paprika & mixed herbs. Gaul sebati.
  • ⊰✿Masukkan cili merah, hijau & daun sup.
  • ⊰✿Gaul rata. Masak sekejap. Siap, ketepikan & biar sejuk.







:: Bahan2 Lain ::
----------------------

  • ⊰✿roti gardenia (atau apa2 roti, berapa keping ikut bekas)
  • ⊰✿12 slice cheese (sama mcm roti-ikut bekas)
  • ⊰✿½ cawan mozzarella cheese (parut-optional)
  • ⊰✿100ml susu segar
  • ⊰✿2 biji telur
  • ⊰✿marjerin (untuk gris tray)



:: Cara2 Melapis Roti Lasagna ::
------------------------------------

  • ⊰✿Gris tray dengan majerin - sy guna styrofoam
  • ⊰✿[2]. Kacau telur & susu sehingga sebati. Celupkan roti dan susun roti dlm tray rapat² - in my case kene bg dia bulat ...
  • ⊰✿Kemudian letak inti di atas roti dan ratakan.
  • ⊰✿[5]. Letak slice cheese di atas inti. - sy cut off calories, guna sikit2 jek cheesedale
  • ⊰✿Ulang cara 2-5
  • ⊰✿Layer yg atas sekali tabur mozzarella - sy skip this part
  • ⊰✿Bakar 160-180°c (ikut oven masing²) - 40minit
  • ⊰✿Serve !!









 










⊰✿sekian .. selamat mencuba ... mcm biasa ada quotes 'food for the brain' hehehe ... 

⊰✿ the end ⊰✿

Monday, January 18, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Daging Dendeng BerLada Minang •*¨*•.¸¸❥



N3 ni pasal Dendeng BerLada Minang, menurut Mr. Wiki Dendeng refers to thinly sliced dried meat in Indonesian cuisine. It is preserved through a mixture of sugar and spices and dried through the frying process. It is similar to jerky. Dendeng was originally founded by the Minangkabau people - --  Wikipedia

Saya buat 2 version BerLada dan tidak.. sbb kids nk makan so xleh pedas2 ...So here we goes n Selamat Mencuba ....


Daging Dendeng Berlada Minang Style

:: Bahan2 Utama ::
-------------------------
  • 1 kg daging batang pinang - dihiris nipis
  • 4 biji buah keras
  • 4 helai daun limau purut - dihiris nipis
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan perasa secukupnya
  • Serai - optional
  • Cili Merah Segar - ditumbuk chunky2 sikit ...
  • Cili Padi ditumbuk chunky2 sikit ...

:: Bahan2 Yang Dikisar ::
----------------------------

  • 30 biji cili merah
  • 6 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 2 batang serai

:: Cara2 MenyediakanNya ::
---------------------------------
  • STEP 1 - Sediakan dagingnya dulu. Masukkan daging bersama air ke dalam periuk dan rebuskan hingga daging empuk. Setelah empuk,angkat dan toskan. Korang leh baca & apply tips2 hebat tuk cepatkan empukkan daging ya ...>_< ..one of them is bicarbonat soda ...
  • Selepas direbus, daging tu diperap dengan kicap sebentar ... 
  • STEP 2 - Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap kicap tadi. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Selepas itu, daging boleh diketuk2 nak bg nipis, boleh gunakan lesung batu or anything ... Pic seperti di bawah ya ...










  • STEP 3 - Goreng bawang yang telah dihiris2 kecil ke dalam minyak sehingga garing .. pic seperti di bawah ya ... Angkat dan toskan lebihan minyaknya .... Ketepikan ...

  • STEP 5 - Sementara itu boleh tumbukkan cili merah segar + cili padi .. jangan sampai halus sangat, nak bg cili merah tu mcm besar (chuncky) sikit ...
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali beserta buah keras dan tumiskan hingga naik bau dan garing.



  • STEP 6 - Kemudian,masukkan daging yang telah digoreng tadi dan masak hingga daging empuk dan kering. 













  • STEP 7 - Masukkan bahan perasa serta taburkan hirisan daun limau purut. Boleh diletakkan bumbu iaitu bawang merah kecil @ besar yang telah digoreng ke atasnya ...Boleh masukkan cili merah yg ditumbuk kasar dan tomato segar ...yum ... Lagi terangkat u !!
  • Siap untuk dihidang ...Yum !.. Yum !! ...DapNya !!! ...






Monday, September 23, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Mac N' Cheese Pedas - Baked n Goreng Version ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


N3 kali ni pasal Macaroni and cheese pedas version baked and goreng version ...Masa2 tengah2 bulan ni la tekak mcm2 buat hal ...terinign nak makn sedap2 je ...hehehe ...Enjoyyy ...

Source : http://djdanchef.blogspot.com dan fauziahsamad.com dan beberapa lagi x ingat dah ...last2 buat version aku gek ...

Info Tentang Makaroni
Untuk yang masih belum tahu, makaroni (macaroni) adalah masakan yang lazim dimakan oleh masyarakat negara Itali. Makaroni termasuk dalam kategori pasta yakni adik beradik kepada spaghetti, fettucine, pellizzoni dan macam-macam lagi kang pening kepala korang pula. Hehe ...boleh refer N3 ni - HERE



╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸Baked Mac N' Cheese ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Source : http://emiliaputeri.blogspot.com


Bahan2Nya :)

  • 125gm Makaroni 200gm daging kisar - guna brand ramly pun boleh ... 
  • Sedikit daging ayam - dipotong halus  
  • 1-2 biji bawang besar - potong dadu, the more the merrier 
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sb serbuk kari daging/pasti sedap knorr or any perisa  
  • 1sb sos cili  
  • 1/2 sb sos tomato  
  • 2 biji telur - optional  
  • 1sb mentega untuk tumis  
  • 1/2 cwn susu segar  
  • Keju Mozarella secukupnya

Bahan2 Sos Putih
:)

  • 200ml susu segar
  • 1sb tepung gandum - anggaran je
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam sedikit butter untuk tumis


Bahan2 Sos Pedas :) 
  • 1-2 cawan daging cincang - guna brand RAMLY pun ok ...
  • 1/2 cawan ayam dicincang halus ...
  • 2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih)
  • 7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • Sedikit cendawan butang
  • 2 batang carrot (dipotong dadu/panjang)
  • 5 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tiram - optional
  • Cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.
  • Rempah2 like type, oregano and parsley - optional
  • Capsicum hijau and merah - optional


Cara-cara

  • Rebus Makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan. Pukul telur dengan susu segar. Masukkan telur + susu tu dalam makaroni dan gaul rata.
  • Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk kari. Tumis seketika.


  • Masukkan daging kisar. Kacau sebati dan tambah garam secukup rasa. Suka hatilah kalau nak tambah lobak merah dan kacang buncis.



  • Apabila daging masak, masukkan makaroni. Kacau rata.



  • Lepas tu sediakan sos putih. panaskan mentega. Masukkan susu segar, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga mendidih.



  • Kemudian, sapu sedikit mentega pada loyang. Letak makaroni tadi.


  • Tuangkan sos putih.   Akhir sekali tabur parutan keju Mozarella. Proses diulangi semula sehingga habis ...
  • Panaskan oven 180 Celcius. Bakar sehingga bahagian atas keju tu berwarna perang.
    Sedap dimakan panas-panas.





╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸Resepi Makaroni Goreng Pedas ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Resepi ini adalah resepi makaroni goreng yang pedas sikit dan telah di'modified' ikut tekak penulisnya, miss rose hehehe >_<




Bahan-Bahan Resepi Makaroni Goreng
  • 1 bungkus daging cincang (ni paling direcommend) - guna brand RAMLY or ayam atau sedikit seafood spt UDANG *
  • 500 gram makaronim- sy gunakan bow tie type ya ...

  • 2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih)
  • 7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • Sedikit cendawan butang
  • 2 batang carrot (dipotong dadu/panjang)
  • 5 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tiram - optional
  • cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.
  • Rempah2 like type, oregano and parsley - optiona
  • Capsicum hijau and merah - optional
  • Air rebusan daging or stok ayam/bilis/udang



:: Cara Memasak / Buat Makaroni Goreng ::
  • Didihkan air terlebih dahulu, masukkan garam. Selepas itu masukkan macaroni sehingga el dante kira2 10 minit ...nak tahu masak or not kene amik 2-3 ketul and tekan ngan sudu. Boleh masukkan minyak zaiton or minyak masak supaya mcm x melekat la nanti ...Setelah masak toskan dlm drainer and lalukan air sejuk bertujuan supaya kenyal and color dia stay the way its like ...
  • Panaskan kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau.
  • Setelah bahan-bahan tadi agak garing, masukkan daging kisar, ayam (atau any seafood pun boleh mcm udang/sotong). Kemudian masukkan sedikit air supaya daging empuk.
  • Bolehlah masukkan cili sos/tomato puree/pes tomato dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar.
  • Masukkan cendawan butang, carrot, capsicum dan rempah-rempah ...the more the merrier
  • Masukkan makaroni. Akhir sekali, hias makaroni goreng dengan cili, daun saderi dan daun bawang.
  • Taraaa ...siap ...

~* End of Mac N' Cheese Pedas - Baked n Goreng Version *~