Showing posts with label Pelbagai Biskut. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Biskut. Show all posts

Sunday, June 21, 2020

•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Biskut/Kukis Brownies Kedut Yang Rangup & Mudah Menggunakan Bahan2 Yang Simple •*¨*•.¸¸⊰✿¸


 
min amik resepi 1 ni dari mingguanwanita.com dated april 5, 2019, resepi 2 min amik dr iluminati.com .. resepi 1 dah try 2nd lum cuba gik.. resepi 1 tidak mgunakan baking powder dan beza ke-2nya ialah 1 kedut beribu2 1 lg x brp kedut, menurut pemilik asal resepi ke-2 kalau kedut 1000 tu x jadi, dia nk x brp kedut gittew...tp bg min apa yg penting taste dai la ... if 2-2 taste sedap itu yg terbaik ye x?

--------------------------------------------------------------------
/*        Resepi 1 - Biskut Brownies Rangup Kedut 1000        */
--------------------------------------------------------------------


Bahan2Nya :-)
---------------------------

  • 350 gm dark chocolate
  • 100 gm butter
  • 3 biji telur
  • 200 gm icing ( boleh kurangkan sikit)
  • Esen vanilla
  • 200 gm tepung gandum + 2 sudu besar serbuk koko

Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------

  • 1. Cairkan coklat dan butter. Sementara tu gaulkan gula dan telur guna wisk je. Masukkan esen vanila dan gaul sebati hingga gula hancur.
  • 2. Ayakkan tepung dan serbuk koko..masukkan adunan coklat ke dalam bekas telur tadi, gaul sebati.
  • 3. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan coklat.
  • 4. Sementara tu panaskan oven pada suhu 150 C.
  • 5. Paipkan adunan pada makaron mat, letak kacang almond atau apa yang di sukai atasnya.
  • 6. Bakar pada 140/150C selama 20-30 minit.(Ikut oven masing-masing ye).
Note : min xde macaroon mat, so print pattern bulat2 on the paper and alas ngan parchment paper ya ..

Siap, Selamat mencuba!
MW : Menariknya perkongsian resipi ini, jadikan brownies rangup seperti biskut. Cara nak buat pun mudah sangat dan tak perlukan bahan-bahan yang banyak. Mak-mak mesti cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Noran Nordin



---------------------------------------------------------------------------
/*                Resepi 2 - Brownies Cookies Ezza Delights              */
---------------------------------------------------------------------------
Terdapat dua versi brownies cookies yang boleh dibuat, iaitu jenis chewy (dibakar 12 minit) dan jenis crunchy (dibakar 15 minit).

Nota: Di sini ditunjukkan bahan dan tahap putaran telur dan kelikatannya setelah digaul dengan gula icing dan tahap kepekatan coklat tersebut setelah dimasukkan tepung. 

Bahan2Nya :-)
---------------------------

  • •    185gm dark chocolate (pemilik resepi guna jenama Beryl's)
  • •    40gm buttercup (pemilik resepi guna ini sahaja)
  • •    95gm gula icing (boleh kurang jika tidak suka manis)
  • •    50gm tepung gandum
  • •    2 biji telur 'B (pastikan baru) - penting

Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------

  • 1. Cairkan coklat tadi menggunakan kaedah double boil.
  • 2. Apabila telah larut, masukkan mentega dan kacau keduanya sehingga larut.  Angkat dan biarkan suam seketika.
  • 3. Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur menggunakan hand mixer sehingga nampak buih sedikit. Masukkan gula icing dan putar sebentar.
  • 4. Campurkan adunan telur ke dalam adunan coklat tadi. Pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke sejuk.
  • 5. Masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat dan telur tersebut. Kaup balik dengan lemah lembut, bukannya diputar dan digodek ikut suka hati.
  • 6. Siap dan masuk ke dalam piping bag.
  • 7. Panaskan ketuhar.
  • 8. Atas parchment paper atau silicon mat, pipekan adunan coklat tadi sebesar duit 20 sen lama sehingga habis dan bolehlah dihias dengan badam atau kekacang lain atau kosong sahaja.
  • 9. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' mengikut ketuhar masing-masing selama 15 atau 20 minit.
  • 10. Untuk dapatkan biskut berkeadaan chewy, hanya bakar dalam 10-15 minit. Jika mahu garing, dalam 15-20 minit.
--------------------------------------------
 
/*          Nota           :        */
-------------------------------------------

  • ➡ Apabila mengembang, di sini anda dapat lihat ianya mula berkaki dan retak. Paling mengujakan apabila tengok ianya menjadi.
  • ➡ Adakalanya masa rekahan seperti kedut seribu. Pemilik resepi tidak suka sebegitu dan anggap ianya tidak menjadi kerana tidak cantik.
  •  ------------------------
     
    /*          Tips  :        */
    -----------------------
  • ➡ Untuk hasil yang amat rangup, tambah cream of tar tar.
  • ➡ Tambah tepung dan serbuk penaik. Cadangan: 2x tepung dan sesudu teh serbuk penaik. Guna tepung superfine.
  • ➡ Kurangkan cooking chocolate. Contohnya, jika resepi menggunakan 200grm, anda guna 150grm.
  • ➡ Ia sama sahaja seperti buat biskut biasa, bezanya lembik sedikit dan double boil mentega dan cooking chocolate.
  • ➡ Jika mahu tahu biskut tersebut sudah masak, atasnya akan berkilat dan pecah berkedut-kedut.
  • ➡ Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam loyang kerana ketika ini biskut masih lembut. Setelah siap, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
  • ➡ Jika menggunakan dark chocolate beryl's, hasilnya gelap sedikit. Jika menggunakan milk chocolate beryl's, hasilnya cerah sedikit..

Jika buat pertama kali tidak menjadi, cuba lagi sehingga berjaya.

Sumber :
---------------

1. Ezza Wati
2. Dyana Afiq Alfiy
3. Intai Dapur (intaidapur.blogspot.com)
4. Cuba Try Masak (cubatrymasak.blogspot.com)

Tuesday, March 24, 2020

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ HomeMade Bepang/Bipang Kacang Tanah (Peanuts Cookies) ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


musim2 covid-19 miss rose mcm gajin plaks memasak2 ni .. tp yg sempoi2 jek la plus melaka ni catuan air, kat my sinki tu mmg xde air nak masak complicated ni susahnya lahai ... tgk dlm freezer nampak tepung florenta & kacang ..so terhappen la cookies ni ... n3 ni nak buat bipang or bepang kacang ngan cara yang paling sempoi ngan 3 bahan aje - florentine, bijan & kacang ..lau xnak letak bijan pun boleh ... sokay

.: Bahan2Nya :.
-------------------

  • ~* 200gm tepung florenta
  • ~* 200gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
  • ~* 20gm bijan hitam
  •  
  • ~* ~* * kacang tanah digoreng tanpa minyak dahulu ya ..  measurement ni ikut suka, sy agak2 aje...



.: Cara2 Membuatnya :.
----------------------------

  • ~* alaskan dulang ngan parchment per, oleskan  mnyak xnak bg melekat nanti, lepas tu gaul je semua bahan .. sonang jek ... lepas tu ratakan dengan goyang2kan dulang tu or amik sudu dan ratakan ..taburkan florenta once again bg cover up the spaces and then tabur bijan hitam at the end ...




  •  ~* Sediakan loyang 14x14" (oven aku kecik jadi buat 2 loyang 14x6"). Alaskan dengan kertas baking yang warna putih...atau sebarang loyang, sy xde specific ukuran ...pakai je loyang my mum yg available di dapur (gambar mcm ateh ..heheh).

  • ~* Panaskan oven 155°C 10 mins before - depeds pada oven memasing ya.
  • ~* Bakar selama 5-10 minit oven sy kecik, so sy buat api atas-bawah, suhu 150°C 10 minits ..uols tgk kesesuain oven ok ??

  • ~* Keluarkan bila dah masak. Potong dengan gunakan pemotong piza or pisau biasa semasa panas.(sejuk sikit je dia terus keras jadi kena buat cepat)
  • ~* Dah sejuk boleh simpan dalam balang.


Manfaat Kacang Tanah Bagi Kesehatan ::-
---------------------------------------------------


Manfaat kacang bagi kesehatan banyak didapatkan dalam berbagai cara. Memakan minimal 2 senduk makan (huh senduk nasi tu ke ??) kacang setiap minggu untuk menjaga berbagai penyakit berbahaya pergi dan menjaga kesehatan. Berikut ini beberapa manfaat kacang tanah untuk kesehatan ((stylecraze.com, 29 Amazing Benefits Of Peanuts For Skin, Hair And Health, diakses 26 November 2014)) :

~*
1. Baik bagi ibu hamil


Asam folat pada kacang-kacangan perlu dikonsumsi bagi wanita hamil, apalagi diawal-awal kehamilan. Kandungan tersebut, memberikan pencegahan terhadap bayi lahir dalam kondisi cacat. Bagi wanita hamil mengkonsumsi berbagai jenis kacang-kacangan, diperlukan juga untuk perkembangan bayi seperti kandungan pada manfaat kacang merah dan manfaat kacang hijau.

~* 2. Mengurangi rasa depresi
Pada manfaat kacang tanah juga terdapat kandungan asam amino esensial dengan kandungan tryptophan yang dapat merangsang sorotonin mengendalikan mood tetap baik. Efek tryptophan menjadi anti depressant dan jika dikombinasikan dengan manfaat coklat, akan menjadi kolaborasi yang dapat memberi perasaan yang tenang dan menyenangkan.

~* 3. Batu Empedu
Setiap satu ons kacang tanah atau dua sendok makan selai kacang setiap minggu dapat menurunkan resiko dari batu empedu atau penyakit kandung empedu hingga 25%.

~* 4. Kanser Usus Besar
Kacang bisa mengurangi resiko kanker usus terutama pada wanita. Makan setidaknya 2 sendok selai kacang dua kali seminggu dapat mengurangi risiko kanker usus besar pada wanita hingga 58% dan pada pria hingga 27%.

~* 5. Menjaga Berat Badan
Wanita yang makan kacang atau selai kacang setidaknya dua kali seminggu cenderung rentan terhadap obesitas daripada mereka yang tidak. Memakan selai kacang setiap pagi dengan irisan roti, akan memberikan kesempatan untuk lebih sedikit mengalami kenaikan berat badan.

~* 6. Mencegah Penyakit Jantung
Konsumsi kacang tanah secara teratur dan dalam jumlah yang dianjurkan, sangat membantu menjaga kesehatan jantung. Pada kacang tanah terdapat asam oleat yang baik bagi jantung, yang menurunkan resiko kardiovaskuler yang menjadikan terjadinya penyakit jantung koroner. Optimalkan dengan tidak menggoreng kacangnya, sajikan dengan direbus atau dikukus.

 

 

Manfaat Kacang Tanah Bagi Kecantikan ::
-------------------------------------------------

Selain memuaskan rasa lapar, memaka kacang juga membuat kulit halus, lembut dan tampak lebih muda. Beberapa manfaat dari kacang untuk kulit antara lain:
  1. Asid lemak yang ada dalam kacang dapat mengurangi pembengkakan dan kemerahan kulit. Kacang mengandung Vitamin E, zink dan magnesium, yang menjaga kulit bersinar dari dalam dan menekan bakteri yang menyebabkan jerawat. Kandungan protein dalam kacang juga membantu regenerasi/pembaikpulih sel.
  2. Kacang tanah mengandung sejumlah asid lemak yang diyakini penting untuk sel-sel saraf otak. Sel otak ini akan membantu mengawal stres dan perubahan hati, untuk mencegah berbagai gangguan kulit seperti kedut, garis halus dan kusam.
  3. Serat dalam kacang-kacangan sangat penting untuk mengeluarkan toksid. Toksin dalam tubuh menyebabkan kulit yang kusam dan minyak berlebih. Makan kacang secara teratur membantu membuang kelebihan toksin pada tubuh untuk membuat kulit yang sehat.
  4. Kacang mengandung berbagai nutrisi yang bermanfaat untuk menjaga kesehatan rambut. Kacang tanah berisi asam lemak omega 3 yang tinggi, untuk memperkuat folikel kesehatan kulit kepala dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
  5. Kacang merupakan sumber arginin, yaitu asid amino yang sangat membantu untuk mengatasi kebotakan pada pria dan mendorong pertumbuhan rambut sehat. Zat ini juga menyehatkan dinding untuk meningkatkan aliran darah. Aliran darah yang lancar ke seluruh tubuh juga penting untuk mendapatkan rambut yang sehat dan kuat.
Meskipun kudapan kacang tanah ini memang dianjurkan, namun sebaiknya tidak dilakukan dengan berlebihan. Mengkonsumsi berbagai variasi makanan, jauh lebih baik untuk mendapatkan manfaat sayur sayuran dan manfaat buah buahan yang seimbang.

 

~* Salam Sayang Dari Saya N' Famili ....Berhati2 Di JalanRaya ya >_< *~

 

 

Friday, April 06, 2018

•*¨*•.¸¸❥ No-Oven Peanut Butter Chocolate Swirl Bars •*¨*•.¸¸❥


Pergh berabad lamanya x buat N3, tp bila pk balik kene ada 1 mcm recipes book nak refer senang, kugagahi jua ... Bestnya biskut/bars ni x perlu dibakar .. veli veli simple dimple kata orang ... >_< ...

Bahan2 SempoiNya :-
-------------------------


  • ╰⊰✿ 250gm - Digestive biscuits/Graham cracker or Biskut Marie pun boleh ... – kisar halus
  • ╰⊰✿ 70g Butter atau 1/4 ketul - cairkan
  • ╰⊰✿ 2 senduk kecil peanut butter atau 3/4 cawan - creamy or crunchy will do
  • ╰⊰✿ 200g Dark Chocolate
  • ╰⊰✿ Sedikit White Chocolate - utk hiasan - jika suka la or else colourful rice pun boleh


Anggaran Kos :-
----------------------
Serving Size :
8 Inch square pan

  • ╰⊰✿250gm Disgestive Biscuits/Biskut Marie/Oreo Cookies - MYR2.60 - MYR4.60
  • ╰⊰✿395gm Peanut Butter - MYR5.95
  • ╰⊰✿250gm Dark Chocolate - MYR3.70
Total : MYR14.25

Cara2 PenyediaanNya :
----------------------------

  • ╰⊰✿ STEP 1 - Patah2kan biskut dan masukkan ke dalam 'Food Processor' or blender kering pun boleh. Meanwhile boleh panaskan peanut butter ngan sedikit butter or just Peanut Butter je.


  • ╰⊰✿ Sementara itu double boiled the peanut butter sehingga melting.


  • ╰⊰✿ STEP 2 - Masukkan peanut butter yang cair tu ke dalam biskut yang telah dikisar tadi. Gaul raya dan transfer ke baking pan. 


  • ╰⊰✿ STEP 3 - NOTE : Alaskan baking pan ngan parchment paper terlebih dahulu ya supaya senang nak keluarkan biskut nanti. Tekan2kan adunan dengan sudu or cawan penyukat sehingga licin seperti pic bawah :-




  • ╰⊰✿ STEP 4 - Cairkan Dark chocolate gunakan 'Double Boiler Method'..masukkan sedikit peanut butter. Boleh masukkan 'instant custard powder' + 'susu cair(or whipping cream)' nak bagi yummylicious lagi.


  • ╰⊰✿ STEP 5 - Tuangkan dark chocolate ke atas lapisan biskut tadi dan ratakan chocolate batter tersebut. Terpulang kat uols nak thin or thick layer ya. Saya buat just thin  je sbb xnak manis sangat. 'Health Cautious' you ...hahah ...ikut ur palette la...







  • ╰⊰✿ STEP 6 - Cairkan sedikit peanut butter or uols boleh buat white chocolate jika suka. 



  • ╰⊰✿ STEP 7 - Make a few dollop on the dark chocolate layer tu tadi. Lepas tu amik lidi or fork or knife and make a swirl. Ikut 'kretip' memasing ...





  • ╰⊰✿ So the outcome/result mcm pic di bawah ya, xnak buat swirl ni pun sokay gek ..sweeettt ...Refrigerate (mcm salah eja ni hehehe) selama 2-4 hours .. lepas tu boleh la dipotong ...

  • ╰⊰✿ STEP 8 - Sejukkan ke dalam freezer selama 2 jam at least. Selepas itu boleh la dipotong2 ikut kesukaan uols. Selamat mencuba ye ! ...insyaAllah senang ..



Hmm resepi asal di sini, lepas tengok video ni may be uols lagi senang nak buat sbb tengok minah ni buat cam mkn kacang jo, InsyaAllah ...enjoyyyy ye :-)