Showing posts with label Pelbagai Masakan Sayur. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Masakan Sayur. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Masakan Sayur -> Peria Goreng Rangup Bersama Daun Kari •*¨*•.¸¸❥



N3 kali ni pasal peria aka kambas. Hmm saya suka sayur peria ni sbb rasa pahitnya dan berkhasiat untuk kesihatan lagi ....jom intai apa khasiatnya/ kaedah memasak serta petua menghilangkan pahitnya  :


Petua Menghilangkan Rasa Pahit Peria :
--------------------------------------------
  • Rendam peria yang telah dipotong ke dalam air beras sejam sebelum dimasak.
  • Bancuh 1 sudu garam dengan semangkuk air . Masukkan peria yang telah dipotong dan biarkan selama 5-10 minit. Toskan dan sedia untuk dimasak.
  • Rebus peria terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama. Toskan airnya dan masak seperti biasa 


Khasiat Peria Kepada Kesihatan :-
-----------------------------------------

  • #1 Merawat Buasir
  • Ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi, mampu merawat buasir.
  • #2 Merawat Panas Dalam Badan
  • Air rebusan buah peria berfungsi untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.
  • #3 Baik Untuk Pesakit Kencing Manis
  • Buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi diabetik. Buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula didalam darah.
  • #4 Baik Untuk Kulit
  • Peria berupaya menghalang pertumbuhan jerawat kerana berfungsi sebagai penulen darah. Jika mengalami masalah kulit seperti bisul, kudis dan penyakit kulit yang lain, amalkan meminum air perahan peria bersama dengan limau  selama empat hingga enam bulan.
  • #5 Merawat Penyakit Taun
  • Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
  • #6 Mengurangkan Masalah Mata
  • Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Disitulah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.
  • #7 Mempertingkatkan Masalah Pernafasan
  • Peria juga baik untuk paru-paru. Campurkan jus peria katak dengan madu. Amalkan minum setiap hari untuk merawat masalah asthma (lelah).
  • #8 Membaiki Masalah Hati
  • Buah peria baik juga diambil bagi golongan yang kerap mengambil minuman beralkohol kerana mampu membersihkan toksin didalam badan terutamanya toksin yang tersimpan didalam hati. Sekaligus dapat merawat penyakit jaundis yang berpunca dari hati bermasalah.
  • #9 Menggalakkan Penghasilan Susu
  • Bagi golongan wanita yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi. Elakkan memakan peria mentah atau memakan peria sahaja tanpa makanan yang lain, kerana rasa pahit ini boleh masuk ke dalam susu badan yang boleh membantut selera bayi.
  • #10 Merawat Masalah Haid
  • Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang datang bulan. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang (tidak cukup bulan).
  
Cara2 PenyediaanNya How's To Stepz-By-Stepz :-
-------------------------------------------------------------------


  • Peria dbasuh pstu hiris2 n tapis skjp...jgn smpi kering sgt sbb nnti rempah2 x melekat kt peria... Lau nk buat bentuk bulat pun cun gek ...




Msih basah2 skit letak :-

  • Garam, ajinomoto skit
  • Srbuk kunyit
  • Sbuk jintan ksar
  • Sbuk jintan mnis
  • Srbuk kri ayam
  • Srbuk kari ikn
  • Srbuk cili
  • Sbuk ktumbar


  • Dh ltak srbuk rempah2 bru ltak tpung gndum skit..lbih pun xpe...Gaul2 smpi rata n melekat




  • Minyak biar btl2 pns bru msukkn peria tdi...ltak satu2 jgn ltak byk2 sbb klu ltak byk2 peria x garing nnti...x rangup...grg yg last bru campak daun kri...


  • Ni lah hasil nye garing n rangup ..Daun kari boleh digoreng bersama peria, or goreng dan taburkan kemudian pun sokay jek :-) ... Selamat Mencuba !! :_)





•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Masakan Sayur -> Peria Goreng Rangup Bersama Daun Kari •*¨*•.¸¸❥


Monday, October 24, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Lauk - Pauk -> Sayur Kacang Panjang Bersama Tempe & Tauhu •*¨*•.¸¸❥


Lately xde n3 yang mencabar skills miss rose heheh ..lauk biasa2 jek, lauk ujung minggu kata orang, nk buat takoyaki or crepe pun dah thalang dek keM-A-L-A-S-A-N terlampau ...nnt la cuti Deevapali or coti skool nnt mana tahu sy rajin bebenor nnt .... Tapi sy still 'blog'kan xtvt masakan sbb mn tahu nak buat rujukan in future .. seme nk ingat dlm kepala mmg x 'muat' la hahaha ....Sy suka berblog sbb tu mind theraphy for me as well as menambahkan ilmu sbb nnt sy akan buat rujukan dan bagai ... mcm proverb tu :-

“Every time you post something online, you have a choice. You can either make it something that adds to the happiness levels in the world—or you can make it something that takes away"

hah tu dia, fulamak caya la ....saya sertakan juga khasiat tempe di bawah skali ye, mn tahu uols tgh beljar mkn tempe ..heheh ...ok  stop, jom intai ...

Bahan2 SempoiNya :-)
--------------------------------

  • 10 batang kacang panjang - pilih yang agak muda digunting/potong serong
  • 2-3 keping tempe -dipotong kecil
  • 2 keping tahu - dipotong kecil dan digoreng
  • 1 keping fishcake - dihiris nipis
  • 10 biji fishball -potongkan 2-3
  • 2 biji cili merah segar (cili hidup) - dihiris, optional
  • sedikit@cekak kecil soo hoon - direndam hingga kembang dan dipotong pendek
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 sudu besar ikan bilis - ditumbuk kasar
  • 2 sudu makan sos tiram - optional
  • 1/2 cawan air - jika perlu la ye
  • secukup rasa garam
  • sedikit minyak untuk menumis



Cara2 Membuatnya How's 2 Stepz By Stepz :-)
-------------------------------------------------------------------


  • 1. Gorengkan pelbagai tauhu, fishcake, fishball dan tempe. Letakkan atas kitchen paper towel nk bg serap minyak ye. Ketepikan. Pic mcm kat bawah :-



  • 2.  Minyak lebihan gorengan tadi tumiskan bawang putih & bawang merah layu dan berbau harum, masukkan pula ikan bilis yang direnyah/tumbuk kasar2 tadi. Boleh masukkan oyster sos - sy gantikan dg n cili sbb nk bg pedas sikit ..





  • 3. Masukkan pula kacang panjang or sayuran yg keras spt carrot, letakkan air putih sedikit nk bg kacang panjang empuk. Tutupkan periuk jika perlu ..Boleh juga dimasukkan sayur lain yg sesuai seperti carrot ... pic mcm kat bawah ya :-



  • 4. Sy letakkan garam & serbuk perasa pd masa ni .. nk bubuh sos tiram pun boleh xde probnya ... 


  • 5. Letakkan bahan2 yang telah digoreng tadi seperti tempe, tauhu, fish ball, fish cake dsbgnya. Kacau rata ...

  • 6. Akhir sekali, letakkan soo hoon or suhun dan cili potong. Gaul rata & done !! ..Boleh dihidangkan ...ada yg mkn dengan nasi, lontong or nasi ambeng... suit urself !! tata ! c u again !








Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan kawan2 sekalian :-)
-----------------------------------------------------------------------------

  • 1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan
  • 2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi
  • 3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
    baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus
  • 4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
    kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe .- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk
  • 5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe .. (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.
  • 6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat.
  • 7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.
  • 8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif - - menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.
  • 9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah
  • 10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. - haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai ..hehe 

Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun apa sahaja yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......


•*¨*•.¸¸❥ End of Sayur Kacang Panjang Bersama Tempe & Tauhu •*¨*•.¸¸❥ 



Thursday, October 13, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Easy Pezy Korean Cuisine : KimChi/KimChee/GimChi •*¨*•.¸¸❥


Kimchi, also spelled kimchee or gimchi, is a traditional fermented Korean side dish made of vegetables with a variety of seasonings. Wikipedia

Sumber : fb Nina Mahdar/Ajjumma Maangchi
Edited By : MissRose@Redroses2u.Net

RESEPI EASY KIMCHI

Bahan2Nya :-)
---------------------
  • 2 pcs kobis panjang - belah 4 - dan potong (rujuk gambar)
  • 1/2 cawan garam kasar
  • 1 biji lobak merah - belah 4 dah hiris halus memanjang
  • 1 biji lobak putih - sederhana panjang - hiris halus memanjang
  • 1 ikat daun bawang -
  • 1 cawan serbuk lada
  • 3 sudu makan chili flakes
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Bahan Pemekat / Kanji
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar gula



Cara2 MembuatNya :-)
----------------------------------
  • Satukan kesemua dan masak atas api hingga pekat. dah siap ketepikan. biarkan sejuk.

Bahan2 KisarNya :
---------------------------

  • 1 labu bawang besar
  • Sebuku bawang putih
  • 2" halia

Note : kimchi ni makin lama di perap makin rasa masamnya..


Ezy Pezy Step By StepNya :
---------------------------------------

  • pic1
    ---------

    Sediakan kobis panjang. belah 4 memanjang terlebih dahulu. Lepas tu potong la banyak mana nak potong. jangan potong halus sangat. nanti hancur pulak kobisnya. 

  • pic2
    ---------

    Kobis yang telah di basuh. Tabur garam pada keseluruhan kobis. buat sehingga garam dan kobis habis.


  • pic3
    --------

    lobak putih, lobak dan daun bawang. hiris halus memanjang.
  • pic4
    ---------

    Satukan air, tepung beras dan gula. Masak atas api perlahan sehingga pekat. Sejukkan



  • pic5
    --------

    bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia je). satukan adunan tepung dan bahan kisar.
  • pic6
    --------

    kemudian masukkan chilli powder. saya guna jenama babas.. nak guna jenama apa pun tak kisah. Saya campur sedikit chilli flakes..kacau/gaul sehingga sebati.
  • pic7
    ---------

    kemudian masukkan pula sos ikan. kacau.
  • pic8
    -------

    masukkan bahan yang di hiris halus tadi. kacau sebati. Pas tu masukkan kobis yang telah di perap lebihkurang 2 jam. basuh kobis 2 - 3 kali. toskan airnya..



  • pic9
    -------

    ambil kobis,.. masukkan dalam bowl kosong. kemudian ambil sedikit adunan lada. masukkan dan gaul. sedikit demi sedikit sehingga kesemuanya bergaul rata.
  • pic10
    -------

    masuk dalam bekas. tutup ketat2. masuk dalam peti ais, nak makan amik sikit.. nak buat nasik goreng kimchi pon sedap...




  • nak letak dlm bekas sbg door gift or bg jiran2 pun boleh ...