Monday, October 24, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Lauk - Pauk -> Sayur Kacang Panjang Bersama Tempe & Tauhu •*¨*•.¸¸❥


Lately xde n3 yang mencabar skills miss rose heheh ..lauk biasa2 jek, lauk ujung minggu kata orang, nk buat takoyaki or crepe pun dah thalang dek keM-A-L-A-S-A-N terlampau ...nnt la cuti Deevapali or coti skool nnt mana tahu sy rajin bebenor nnt .... Tapi sy still 'blog'kan xtvt masakan sbb mn tahu nak buat rujukan in future .. seme nk ingat dlm kepala mmg x 'muat' la hahaha ....Sy suka berblog sbb tu mind theraphy for me as well as menambahkan ilmu sbb nnt sy akan buat rujukan dan bagai ... mcm proverb tu :-

“Every time you post something online, you have a choice. You can either make it something that adds to the happiness levels in the world—or you can make it something that takes away"

hah tu dia, fulamak caya la ....saya sertakan juga khasiat tempe di bawah skali ye, mn tahu uols tgh beljar mkn tempe ..heheh ...ok  stop, jom intai ...

Bahan2 SempoiNya :-)
--------------------------------

  • 10 batang kacang panjang - pilih yang agak muda digunting/potong serong
  • 2-3 keping tempe -dipotong kecil
  • 2 keping tahu - dipotong kecil dan digoreng
  • 1 keping fishcake - dihiris nipis
  • 10 biji fishball -potongkan 2-3
  • 2 biji cili merah segar (cili hidup) - dihiris, optional
  • sedikit@cekak kecil soo hoon - direndam hingga kembang dan dipotong pendek
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 sudu besar ikan bilis - ditumbuk kasar
  • 2 sudu makan sos tiram - optional
  • 1/2 cawan air - jika perlu la ye
  • secukup rasa garam
  • sedikit minyak untuk menumis



Cara2 Membuatnya How's 2 Stepz By Stepz :-)
-------------------------------------------------------------------


  • 1. Gorengkan pelbagai tauhu, fishcake, fishball dan tempe. Letakkan atas kitchen paper towel nk bg serap minyak ye. Ketepikan. Pic mcm kat bawah :-



  • 2.  Minyak lebihan gorengan tadi tumiskan bawang putih & bawang merah layu dan berbau harum, masukkan pula ikan bilis yang direnyah/tumbuk kasar2 tadi. Boleh masukkan oyster sos - sy gantikan dg n cili sbb nk bg pedas sikit ..





  • 3. Masukkan pula kacang panjang or sayuran yg keras spt carrot, letakkan air putih sedikit nk bg kacang panjang empuk. Tutupkan periuk jika perlu ..Boleh juga dimasukkan sayur lain yg sesuai seperti carrot ... pic mcm kat bawah ya :-



  • 4. Sy letakkan garam & serbuk perasa pd masa ni .. nk bubuh sos tiram pun boleh xde probnya ... 


  • 5. Letakkan bahan2 yang telah digoreng tadi seperti tempe, tauhu, fish ball, fish cake dsbgnya. Kacau rata ...

  • 6. Akhir sekali, letakkan soo hoon or suhun dan cili potong. Gaul rata & done !! ..Boleh dihidangkan ...ada yg mkn dengan nasi, lontong or nasi ambeng... suit urself !! tata ! c u again !








Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan kawan2 sekalian :-)
-----------------------------------------------------------------------------

  • 1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan
  • 2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi
  • 3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
    baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus
  • 4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
    kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe .- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk
  • 5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe .. (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.
  • 6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat.
  • 7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.
  • 8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif - - menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.
  • 9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah
  • 10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. - haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai ..hehe 

Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun apa sahaja yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......


•*¨*•.¸¸❥ End of Sayur Kacang Panjang Bersama Tempe & Tauhu •*¨*•.¸¸❥ 



No comments: