Monday, July 13, 2020

¨•.¸¸❥ How to Make Killer Soft Bread Ezy Pezy Yummy CallMeMissRose ¨•.¸¸❥



kat bawah sekali ada tips2 tuk hasilkan roti yg gebuz ya ...baru tbaca tadi, so insyaAllah leh tlg kawan2 ...min pun trying to make roti gebuz tahap bakery ni ..so, kita sama2 learning ya .. lesson to learn kata oghang ..

“How much you can learn when you fail determines how far you will go into achieving your goals.”  ― Roy Bennett

------------------------------------------------------------------------------------------
          ¨•.¸¸❥  Killer Soft Bread ¨•.¸¸❥
------------------------------------------------------------------------------------------


source : @umikitchen88
edited by : missrose@redroses2u.net


/* Bahan2Nya :-) */
-----------------------------

•¨•.¸¸❥ 1 biji telur + air susu fullcream (180 gm)
•¨•.¸¸❥ Sedikit garam
•¨•.¸¸❥ 30 gm gula
•¨•.¸¸❥ 260 gm tepung roti
•¨•.¸¸❥ 1 sk yis
•¨•.¸¸❥ 30 gm butter
•¨•.¸¸❥ 1sk bread softener - optional

•¨•.¸¸❥ 1sk bread improver - optional

•¨•.¸¸❥ 1sk essence vanilla
- optional



/*  Cara2 MembuatNya :-)   */
------------------------------------------

👉 masukkan semua bahan ke dalam bread maker mengikut turutan bahan2 di atas ya ..
👉 tekan setting knead/basic..uli selama 30 minit  atau doh licin dan elastik
👉 rehatkan doh selama 10 minit ..timbang doh 14 gm x 5
👉 letak inti kacang (or any) dan bulatkan kemas - min guna bavarian creme & salted caramel
👉 susun ke dalam paper cup dan biarkan kembang
👉 bakar suhu 150C api atas dan bawah selama 15 minit atau sehingga masak

* Semoga Bermanfaat . InsyaAllah ..  *


----------------------------------------------------------------------------

                /* Penghasilan Roti Yang Lembut & Tidak Kering */
------------------------------------------------------------------------------
Tip2 nie diambil dari blog www.anieyzdelight.blogspot.com
TIPS MENGHASILKAN ROTI YANG LEMBUT DAN TIDAK KERING
Pada pendapat sy, ini hasil dari selalu sy memporak perandakan resipi asal dari penyumbang asal. Maaf ye kawan-kawan yang telah menyumbang resipi. Jika sy menggunakan 100% tepung roti, sy tak berapa suka kerana rasanya agak kenyal dan macam Afai dan Adna cakap nanti ia kering. Jadi sy suka campurkan tepung kek/ tepung superfine. Kalau di Singapura gunakan Prima Cake Flour (Tepung Kek), di Malaysia boleh beli Tepung Superfine Bluekey.
1) Penggunaan campuran Tepung Roti dan Tepung Superfine
Kalau anda perhatikan resipi Soft Butter Bun Chanel, ia menggunakan campuran Tepung Roti dan juga Tepung Superfine. Alhamdullilah resipi ini menghasilkann roti yang gebu dan juga lembut. Selain itu sy juga suka menggantikan mentega dan menggunakan shortening.
2) Menggunakan 100% shortening
sy buat rujukkan resipi Basic Bread Recipe sumbangan Saudari Roshayati Johari http://resipidiana.blogspot.com/2006/09/mixed-vegetable-breads-dan-sardine.html. Resipi ini sy telah banyak kali menggunakan untuk menghasilkan Mixed Vegetable Bread, Sardin Buns, Red Bean Stollen, Hotdog Buns, ehh macam-macam boleh buat gunakan resipi ini. Terima kasih Roshyati sudi berkongsi top class resipi dengan sy dahulu.
Bila anda perhatikan resipi tersebut, sy telah menggunakan 80 gram shortening. Maaf ya Roshayati (penyumbang asal resipi). Resipi asal menggunakan 40 gram mentega dan 40 gram shortening. Bila sy tanyakan dengan Roshayati dahulu beliau kata boleh gunakan 100% mentega atau 100% shortening ataupun guna 40 gram mentega dan 40 gram shortening.
sy akui, ada kelainan sikit dari segi teksture bila sy menggunakan shortening bila membuat roti. Sejauh ini sy jarang menggunakan bread improver ataupun bread softerner, kerana dengan resipi yang telah sy olah sedikit ia dapat hasilkan roti yang memang lembut macam kat kedai roti.
3) Teknik membakar roti
Bila kita membakar roti, kalau boleh gunakan suhu yang sederhana. Suhu ketuhar yang terlalu tinggi mungkin akan menghasilkan permukaan roti yang agak keras berbanding dengan roti yang kita bakar secara sempurna. Kalau anda mempunyai bread machine, anda boleh bayangkan bread machine itu mengambil masa 45 minit - 1 jam untuk membakar sebuku roti. Dan sudah pasti suhu yang digunakan pun sederhana rendah untuk mendapatkan permukaan roti yang menawan. Jadi gunakan suhu 160 – 180 darjah C untuk membakar roti anda.
Setelah roti naik, sy akan sapukan dengan bancuhan telur (1 biji telur + 1 sudu besar susu segar). Bancuhan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar dapat menghasilkan permukaan roti yang menawan. Setengah masa waktu membakar sy akan keluarkan roti dan sapukan lagi dengan bancuhan telur. Dan sambung waktu membakar roti sehingga ia sempurna dibakar.
4) Roti yang baru keluar oven – Apa perlu anda buat?
Bila roti keluar dari oven, sy terus sapu dengan mentega permukaan roti. Selain dari permukaan yang menawan dan kilat ia juga dapat mengekang moisture didalam roti dan hasilnya roti tidak akan kering.
5) Jika anda ingin menyimpan roti anda. Boleh anda tutup roti anda dengan tuala supaya ia tidak mudah kering, ataupun cara yang paling bersih simpan dalam Tupperware. InsyaAllah roti tidak akan kering dan sentiasa lembut.
Pernah tak kita cuba beli satu buku roti. Roti tersebut pasti mempunyai tarikh dimana ia dihasilkan dan tarikh expire. Roti tersebut didalam bungkusan plastic bukan. Dan semakin hari kalau kita tidak makan roti tersebut bila kita pegang teksturenya pun agak kering sedikit berbanding sewaktu kita baru membelinya.
Sejauh ini dua resipi diatas bila sy cuba dan simpan roti selama 2 hari didalam oven yang pintunya tertutup, ia masih kekal tahap kelembapan dan juga kelembutannya. Cubalah nanti anda dapat bezakan hasilnya.
Thank Q.. berkongsi bersama2 kami…

PERBEZAAN ANTARA BREAD SOFTENER DAN BREAD IMPROVER
Fungsi Bread Softener adalah untuk melembutkan adunan roti dan roti yang dihasilkan adalah seperti dikedai roti.
Bread Improver/ Bread Improver Supertex pula adalah untuk memendekkan masa doh mengembang, jadi sewaktu proses adunan roti diperap dapat dipendekkan. Sekiranya kita tidak menggunakan Bread Improver, yis yang digunakan dalam adunan roti tersebut yang akan memberi reaksi untuk mengembangkan gluten di dalam adunan tersebut.
sy juga suka menggunakan vegetable shortening bila membuat roti menggantikan mentega. Vegetable shortening ini dapat memberi rasa lemak pada roti dan roti rasa lebih sedap dan juga pada pendapat sy roti sy lebih lembut berbanding dengan menggunakan mentega.
Tips yang dapat sy berikan jika membuat roti, setelah selesai membakar roti sapukan roti dengan mentega sewaktu ia masih panas selain roti itu kelihatan cantik ia juga dapat melembutkan roti dan roti sy sampai esok pagi pun masih lembut. Suhu oven juga memainkan peranan penting, jangan membakar roti menggunakan suhu oven yang terlalu panas gunakan kepanasan 160 – 170 darjah C dan bakar sehingga ia masak dan kekuningan. Bila roti telah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kelembapan dan kelembutan roti dapat bertahan.
Lagi satu tips, bila kita hendak menggunakan telur untuk sapu permukaan roti bancuh 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar, penggunaan susu segar dapat memberi roti kekuningan yang lebih cantik berbanding dengan hanya sapu telur pada permukaan telur.
Untuk Roti Manis, sy akan bancuh air panas dengan gula. Sewaktu roti telah selesai dibakar sy akan sapukan diatas roti untuk memberi kemanisan pada roti tersebut.

-----------------------------------------------------------
 
                    SOFT BUTTER BUNS CHANNEL                              
                     Sumber: Channel2004                                          
-----------------------------------------------------------


Bahan2Nya :-
---------------

•¨•.¸¸❥ 250 gram tepung high protein/ tepung roti
•¨•.¸¸❥ 50 gram tepung superfine
•¨•.¸¸❥ 50 gram gula kaster
•¨•.¸¸❥ 1 sudu teh garam
•¨•.¸¸❥ 2 ½ sudu besar tepung susu
•¨•.¸¸❥ 1 ½ sudu teh yis
•¨•.¸¸❥1 biji telur (kecil)
•¨•.¸¸❥30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
•¨•.¸¸❥140 ml air

Untuk Glazing:-
------------------------------

•¨•.¸¸❥1 biji telur, dipukul sedikit
•¨•.¸¸❥Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara2 MembuatNya :-
---------------------------
•¨•.¸¸❥ 1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.

•¨•.¸¸❥ 2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
•¨•.¸¸❥ 3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
•¨•.¸¸❥ 4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang 4 persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik 2x ganda.
•¨•.¸¸❥ 5) Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
•¨•.¸¸❥ 6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

Nota: Roti yang Channel buat telah diisikan dengan kuib mentega yang kecil dan juga sedikit garam, beliau juga telah paipkan kastad segera diatas roti sebelum dibakar.

Catatan :- adunan ni 2x kali ganda. 1 adun mcm tak cukup jer... hehe...



#killersoftbread
#softbread
#rotilembut
#idearoti
#kuihmuihmelayu
#pelbagaireakfast
#pelbagaiminumpetang

No comments: