Udang ni besar sikit dr udang kertas tu, udang putih kecil kata orang ... Selalu digunakan sbg perencah dlm mee/mihun/sayur goreng ... Oh ya dah nama pun rendang so bahan2 sama mcm rendang except x tumiskan 4 sekawan tu ...application wise tu ttp sama jek ...Ok jom nengok what's in the wok/skittle ..
- Udang Harimau/Galah/Putih/Kertas - di bersihkan dan di tos airnya
- 1 biji bawang besar
- 10 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- (Kisar ke semua bahan sehingga halus)
- 6 sudu cili kisar
- 1 cawan santan pekat
- 1 helai daun kunyit di simpul
- 2 helai daun limau purut
- 2 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
- 1 sudu gula
- 1. Udang dibersihkan, buang kepala n ekor, lau nk buang kulit pun ok jugak, bersihkan + selawat + doa dan ketepikan. Tp basuhnya jgn lm sgt sbb nnt hilang 'sweet'nya ya ...tu petua basuh seafood ya... Saya sertakan cara membersihkan udang tuk panduan sy and uols :-
- 1. Agar mudah mengupas kulit udang, rendam udang dalam air yang sudah di tambah dengan beberapa titik cuka.
- 2. Udang yang masih segar, kulitnya masih keras, kenyal dibadannya, dan tidak lembik, warnanya masih segar dan tidak berbau busuk.
- 3. Bersihkan blkg udang cara membuang 'line' hitam di blkgnya, kira mcm usus udang la ni ..
- 4. Agar lebih tahan lama, kupas kulitny, buang bahagian kepalanya dan ekornya.
- 5. Jika dimasak, ciri udang yang dimasak akan berbentuk huruf "C". jika udang menyerupai huruf "O" tandanya udang terlalu masak, rasanya akan lebih keras.
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
- 2. Blend bahan2 kisar sehingga lumat dan tumiskan sehingga terbit bau wangi. Selepas itu, masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili masak sempurna dan 'terbit minyak'.
Masukkan serai nak bg wangi.
- 3. Masukkan udang, kerisik (boleh juga mskkan kan kat bhn kisar) dan juga daun kunyit (sy skip ni, xde di tpt kejadian >_<). Gaul rata kesemua bahan. Kalau x suka udang 'kecut' masukan udang akhir sekali ya ...
- 4. Masukkan santan dan bila dah kering sikit masukkan daun limau purut. Masak sehingga santan menjadi kering dan pekat. Boleh masukkan air jika perlu ya ...
- 6. Masukkan garam secukup rasa dan juga penambah perasa mcm ajinomoto (x suka skip aje ya).
- 7. Bila dah cukup kering santan nya boleh di matikan api dan di hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi, nasi impit, roti dsbnya ...
last but not least, Happy Kiss Day - 24 Sept !! .. Kiss jgn x kiss as long as we live ! Itulah cara kita gratitute insan2 yg kita sayangi ...K la, till then ...see ya ! **lap u**
No comments:
Post a Comment