Wednesday, June 24, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Mee Kuah Yang Simple Dimple II •*¨*•.¸¸❥¸


:: Bahan2 Yang Diperlukan ::  >>

  • Sebungkus mee kuning
  • Beberapa ekor udang sederhana besar
  • 2 biji telur
  • 2 pokok sawi ~ potong asingkan daun dan batang
  • 300 gm daging ~ rebus ambil airnya sekali ( boleh gantikan ayam)
  • 2 biji tomato ~ belah 4
  • 1 biji lada merah ~ hiris bulat
  • garam dan gula secukup rasa
  • Limau nipis
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit taugeh - jika suka
  • Sedikit bawang goreng - jika suka
  • Tauhu or tauhu ikan - jika suka
  • Cili Merah & hijau - untuk hiasan 
  • Telur Rebus - jika suka



:: Bahan2 Kisar ::  >>
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 sudu besar cili giling ~ lada kering potong kecil, rendam lembut dan kisar
  • 2 sudu besar udang kering
** Sedap juga jika dimasukkan sedikit kacang tanah yang telah dikisar halus ..ikut suka uols ..


:: Bahan2 Sos :: >>
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis


:: Cara2 MembuatNya ::  >>
  • Mula-mula kita panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan lada kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak



  • Kemudian masukkan sos satu persatu. Masukkan sos tiram. Masukkan cili sos. Masukkan sos tomato. Masukkan kicap. Renihkan hingga kuahnya pekat. 
  • *** Boleh juga dimasukkan sedikit gula melaka jika suka >_<







  • Bila kuah dah pekat masukkan daging yang telah di rebus terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan daging batang pinang tak payah rebus, masuk aje terus.
  • Masukkan juga air rebusan daging secukupnya. Kalau tiada air rebusan daging guna air biasa.
  • Biarkan kuah merenih dan mendidih.Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.


  • Juga boleh masukkan .....
  • Air Rebusan Udang
  • Kulit dan kepala udang kemudian di rebus dengan sedikit air. Kemudian kulit dan kepala tadi campurkan air rebusan dan di kisar halus



  • Kemudian masukkan udang.
  • Masukkan juga batang sawi dan tomato yang di belah 4 tadi
  • Bila kuah dan didih dan udang dah masak, pecahkan telur.
  • Bila masukkan telur jangan kacau ya.. biarkan telur mengeras




  • Bila telur dan keras baru masukkan sawi
  • Akhir sekali masukkan mi kuning yang telah di cuci bersih. Sedia untuk di hidangkan



  • Taburkan lada hiris dan hirisan limau nipis. Sedap juga di makan bersama cili jerus














 ~@ Selamat Mencuba & Semoga Bermanfaat 2 uols @~








No comments: