Sunday, January 11, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Malay Tradisional - Asam Pedas Ikan Kembung/Selar/Tenggiri/Parang Melaka Pesona Hati •*¨*•.¸¸❥




Asam Pedas Ikan Kembung/Selar/Parang/Tenggiri
Sumber : Wana Yusuf
 Petua untuk membuat asam pedas yang sedap puan wana ni sesuai dijadikan pedoman :-
  • 1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
  • 2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
  • 3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana  rasanya tak sedap)
  • 4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi Likopen ( antioksida ). Menurut Mr. Wiki - Lycopene is a natural antioxidant compound that gives tomatoes their red colour. Antioxidants protect and repair cells and tissues against the damaging effects of free raidcals which causes cell and tissue damagae
  • 5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
  • 6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
  • 7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah. - i paling suka parang la coz x makan ikan darat heheh ...
  • 8. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.



Bahan-bahan
  • 5 ekor ikan - boleh guna kembung/tengiiri/parang/jenahak/patin or etc
  • 25 tangkai cili kering/pes
  • 15 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar @ 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • Sengenggam udang kering - rendam dan toskan - i x guna this
  • 7 batang bendi
  • secekak daun kesum - optional, i x guna sbb x suka bau dia kecuali dlm laksa
  • 2 biji tomato
  • segenggam asam jawa
  • 1 liter air - bergantung pada tahap kepekatan yang diingini
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa - i org Melaka pure so gula in masakan is NO WAY !!!
  • My Additional plaks :
  • Kerisik
  • Serbuk Kari Ikan - somesay lau masak ni dah jadi Masak Berlada bukan adam pedas lagi ...



Method PenyediaanNya :-
1) Blend cili kering, cili api, bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, dan udang kering, kerisik dan serbuk kari ikan dengan sedikit air. Ketepikan.


2) Tumis bahan yang telah di blend tadi hingga garing.



3) Masukkan ikan kembung yang telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu. Kacau seketika



Source : Google
ni ikan jenahak ..ikan darat kot


4) Ramas asam jawa dengan semangkuk air hingga menjadi pes. Curah kedalam periuk tadi.



5) Masukan air yang selebihnya, kacau rata.
6) Bila hampir empuk, msaukkan daun kesum dan bendi dan tomato. Kacau lagi. Sayur-sayuran yang boleh dimasukkan seperti di bawah :-



7) Perasakan dengan garam dan gula. Rasa apa yang kurang dan tambah apa yang patut.



~* Selamat Mencuba Uols *~



No comments: