Apa itu 'Brownies'?
- BROWNIES adalah bar cookie dalam kategori biskut namun ia terkenal sebagai sejenis pencuci mulut di Amerika Syarikat.
- Brownies mempunyai permukaan yang rapuh dan merekah selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya dan ia tidak sama seperti kita makan kek. Digelar dengan nama bar cookie kerana ia dibakar dalam acuan berbentuk empat segi.
- Teksturnya padat di mana ia mempunyai kedua-kedua tekstur di antara biskut dan kek yang tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu lembut. Tekstur fudgy (tekstur gula-gula lembut) dan cakey (tekstur seperti kek) pada brownies ini menjadikan ia berada dalam kelasnya yang tersendiri.
- 250gm dark chocolate (saya guna beryls dark compound)
- 120gm butter
- 140gm all purpose flour (tpg gandum pun boleh)
- 30gm cocoa powder
- 1 tsp baking powder
- 3 biji telur saiz A
- 230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
- 1 tsp esen vanila
- secubit garam
- bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas (*optional saya suka rasa aroma nya)
** Nota tambahan - jika nak letak almond, walnut atau any kekacang ... bakar/panggang/goreng tanpa minyak dahulu baru dicampur di dalam adunan
** begitu juga kalau nak topping - almond n walnut bakar dulu then baru tabur atas adunan sebelum bakar...
Cara2 MembuatNya :-
- 1. Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ... Gliss permukaan loyang (8x11) atau (10x10) dengan sedikit butter serta letakkan baking paper pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
- 2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
- 3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder dalam satu bekas. Ketepikan.
- 4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar, esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati sehingga gula larut, menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2@3 minit sahaja
- 5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor dan kacau sebati.
- 6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan tadi...Gunakan method kaup balik (folding method) dan kacau sehingga sebati
- 7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter....ratakan permukaan adunan.
- 8. Bakar adunan suhu 170c selama 40-45 minit api atas bawah atau hingga masak . Jangan terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven ...
- Kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih panas kepada bentuk bar/4 segi... SELAMAT MENCUBA uols !
- Brownies mempunyai lapisan yg nipis dan padat serta agak rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula.
- Kelainan brownies adalah pd teksturnya. ia agak padat, mampat dan moist serta melekit... penggemar coklat mesti cuba.
- Kira kedut tu disebabkan chocolate yang byk tu la ... kedut-medut berkerikut tapi yummylicious
- BrowNies boleh juga dijadikan 'figure'/bentuk yang lain serperti cake pop, cupcake, truffles, juga boleh dipelbagaikan toppingnya dll !! yum ! yum !
•*¨*•.¸¸❥¸ End of ChoColate Chewy Fudgy Brownies Kedut (ChoColate FudGe BrowNies) •*¨*•.¸¸❥¸
No comments:
Post a Comment