Wednesday, September 16, 2015

•*¨*•.¸¸❥ DIY HomeMade Popia Basah YummyLicious •*¨*•.¸¸❥



Bahan Kulit –
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam

Bahan Inti Popia –
  • 1/2 biji kobis – di racik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

Bahan Sos Sambal –
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka

Cara Membuat:
Kulit Popia –


  • 1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam.

  • 2 - Panaskan pan.. kemudian alihkan pan ni ke tempat lain tuk kurangkan kepanasan pan supaya jari tak panas masa nak oleskan tepung nanti



  • 2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan, leh imagine x uols ? stepnya mcm pic kat atas n bwh ....


  • 3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat spt pic atas ya ...susun spt pic bwh :-)


  • Ringkasan pictorial seperti di bawah ya :-


 Credited to : Sentuhan Rasa Kasih Mama

Inti Popia –
  • 4. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  • 5. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
  • 6. Ringkasan pictorial seperti di bawah ya :-

Sumber : Gugel




Sos Sambal –
  • 6. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  • 7. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  • 8. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Tip:
  • Cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika anda hendak letakka sambal dahulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pun boleh. Ikut selera anda.
  • Ringkasan cara melipat seperti pic di bawah ya :) 


 Credited to Citarasawan





Jemput makan uols ! ..Yum ! ..Yum !! DapNya !!! ....



•*¨*•.¸¸❥ End of DIY HomeMade Popia Basah YummyLicious •*¨*•.¸¸❥




No comments:

Post a Comment