Tuesday, June 16, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Mee Kuah Yang Simple Dimple ..>_< •*¨*•.¸¸❥¸




'Konpius' betul mokcik la bila orang cakapa pasal Mee Kuah ni, adakah mee kuah tu bermaksud Mee Rebus, Mee Udang tu or Mee yang ada kuah dan kita boleh masukkan mcm2 ikut suka hati mak bapak dalam kuah dia ....So, pengertian saya ialah mee anything yg berkuah, tidak bersantan or complicated dalam pembuatannya ...Just Simple Dimple and Ezy Pezy je .....So this is my version k ....





 :: Bahan2 Yang Diperlukan ::  >>
  • Sebungkus mee kuning
  • Beberapa ekor udang sederhana besar
  • 2 biji telur
  • 2 pokok sawi ~ potong asingkan daun dan batang
  • 300 gm daging ~ rebus ambil airnya sekali ( boleh gantikan ayam)
  • 2 biji tomato ~ belah 4
  • 1 biji lada merah ~ hiris bulat
  • garam dan gula secukup rasa
  • Limau nipis
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit taugeh - jika suka
  • Sedikit bawang goreng - jika suka
  • Tauhu or tauhu ikan - jika suka
  • Cili Merah & hijau - untuk hiasan 
  • Telur Rebus - jika suka



:: Bahan2 Kisar ::  >>
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 sudu besar cili giling ~ lada kering potong kecil, rendam lembut dan kisar
  • 2 sudu besar udang kering
** Sedap juga jika dimasukkan sedikit kacang tanah yang telah dikisar halus ..ikut suka uols ..


:: Bahan2 Sos :: >>
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis


:: Cara2 MembuatNya ::  >>
  • Mula-mula kita panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan lada kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak



  • Kemudian masukkan sos satu persatu. Masukkan sos tiram. Masukkan cili sos. Masukkan sos tomato. Masukkan kicap. Renihkan hingga kuahnya pekat. 
  • *** Boleh juga dimasukkan sedikit gula melaka jika suka >_<


  • Bila kuah dah pekat masukkan daging yang telah di rebus terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan daging batang pinang tak payah rebus, masuk aje terus.
  • Masukkan juga air rebusan daging secukupnya. Kalau tiada air rebusan daging guna air biasa.
  • Biarkan kuah merenih dan mendidih.Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.



  • Juga boleh masukkan .....
  • Air Rebusan Udang
  • Kulit dan kepala udang kemudian di rebus dengan sedikit air. Kemudian kulit dan kepala tadi campurkan air rebusan dan di kisar halus



  • Kemudian masukkan udang.
  • Masukkan juga batang sawi dan tomato yang di belah 4 tadi
  • Bila kuah dan didih dan udang dah masak, pecahkan telur.
  • Bila masukkan telur jangan kacau ya.. biarkan telur mengeras



  • Bila telur dan keras baru masukkan sawi
  • Akhir sekali masukkan mi kuning yang telah di cuci bersih. Sedia untuk di hidangkan

  • Taburkan lada hiris dan hirisan limau nipis. Sedap juga di makan bersama cili jerus








 ~@ Selamat Mencuba & Semoga Bermanfaat 2 uols @~




No comments:

Post a Comment