Wednesday, June 17, 2015

✿•*¨*•.¸¸❥ Kuih Ketayap/Kuih Dadar Tradisional aka Nyonya Crepe Pancake Roll ✿•*¨*•.¸¸❥




Khasiat Daun Pandan Wangi


  • Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Setelah itu, biarkan ia menyejuk dan minum airnya. Amalan ini dikatakan membantu menurunkan darah… insyaAllah.


  • Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


  • Supaya makanan tidak cepat basi
Dikatakan bahawa antara tujuan memasukkan daun pandan semasa memasak ialah untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

Selain itu, menurut orang tua-tua, daun pandan yang dicampur dalam masakan (mengandungi daging) membantu melembutkan daging.


  • Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang sukatan 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.


  • Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan setiap hari selama 40 hari.


  • Menyembuhkan gejala payudara bengkak dan nyeri
Ambil 2-3 helai daun pandan. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur makan. Selepas itu lumurkan pada bahagian yang berkenaan.


  • Menyembuhkan sakit pada pangkal peha, sakit tulang atau kejang urat
Sakit sepertimana yang disebutkan di atas atau sesetengah orang panggil sakit encok boleh diobati dengan menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan menggunakan 5 helai daun pandan, 20 helai daun sirih dan satu sudu besar minyak kayu putih. Campurkan kesemua bahan tersebut. Tumbuk agar sedikit hancur dan lumurkan pada bahagian yang sakit












KUIH KETAYAP / KUIH DADAR
Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sdt garam
  • 2 sdm minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)


Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:
  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.

  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel)
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.

  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).

  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.

  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.



  9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.



  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ketepikan.





  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.




Anda boleh gunakan kretip memasing utk hasilkan kuid dadar 'MasterPiece' hehehe ...di sini disertakan idea2 kuih dadar ...sumber dr google















KUIH DADAR COKLAT
resepi: Kak Wan@Recipes Today
sumber : Izah

Bahan Inti Coklat
  • 100 ml susu cair
  • 25 gram gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 sdt garam

Bahan Dadar
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml susu segar/santan cair
  • sedikit coklat emulco
  • majerin untuk meleser *saya tak guna.




hmm maksudnya kita guna yg surface or side atas tu la kan ....
 
 Cara-cara :
1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

* K.Nor tak buat inti coklat spt dlm resipi tapi K.Nor guna Chocolate Spread/Filling yg pernah K.Nor buat sebelum ni.
** Dlm adunan dadar, K.Nor tambah 1/2 cawan air sbb adunan asal agak pekat. Bila adunan pekat, agak payah nak melenggang dadar dlm pan dan dadar yg dihasilkan pun agak tebal. Sebab tu K.Nor tambah air.
*** Teknik yg K.Nor gunakan, buat dadar dulu, bila permukaan atas dadar hampir kering baru lah di picitkan adunan dadar berwarna coklat dgn menggunakan botol mayo bermuncung 3.



No comments:

Post a Comment