Monday, September 23, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Mac N' Cheese Pedas - Baked n Goreng Version ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


N3 kali ni pasal Macaroni and cheese pedas version baked and goreng version ...Masa2 tengah2 bulan ni la tekak mcm2 buat hal ...terinign nak makn sedap2 je ...hehehe ...Enjoyyy ...

Source : http://djdanchef.blogspot.com dan fauziahsamad.com dan beberapa lagi x ingat dah ...last2 buat version aku gek ...

Info Tentang Makaroni
Untuk yang masih belum tahu, makaroni (macaroni) adalah masakan yang lazim dimakan oleh masyarakat negara Itali. Makaroni termasuk dalam kategori pasta yakni adik beradik kepada spaghetti, fettucine, pellizzoni dan macam-macam lagi kang pening kepala korang pula. Hehe ...boleh refer N3 ni - HERE



╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸Baked Mac N' Cheese ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Source : http://emiliaputeri.blogspot.com


Bahan2Nya :)

  • 125gm Makaroni 200gm daging kisar - guna brand ramly pun boleh ... 
  • Sedikit daging ayam - dipotong halus  
  • 1-2 biji bawang besar - potong dadu, the more the merrier 
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sb serbuk kari daging/pasti sedap knorr or any perisa  
  • 1sb sos cili  
  • 1/2 sb sos tomato  
  • 2 biji telur - optional  
  • 1sb mentega untuk tumis  
  • 1/2 cwn susu segar  
  • Keju Mozarella secukupnya

Bahan2 Sos Putih
:)

  • 200ml susu segar
  • 1sb tepung gandum - anggaran je
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam sedikit butter untuk tumis


Bahan2 Sos Pedas :) 
  • 1-2 cawan daging cincang - guna brand RAMLY pun ok ...
  • 1/2 cawan ayam dicincang halus ...
  • 2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih)
  • 7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • Sedikit cendawan butang
  • 2 batang carrot (dipotong dadu/panjang)
  • 5 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tiram - optional
  • Cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.
  • Rempah2 like type, oregano and parsley - optional
  • Capsicum hijau and merah - optional


Cara-cara

  • Rebus Makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan. Pukul telur dengan susu segar. Masukkan telur + susu tu dalam makaroni dan gaul rata.
  • Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk kari. Tumis seketika.


  • Masukkan daging kisar. Kacau sebati dan tambah garam secukup rasa. Suka hatilah kalau nak tambah lobak merah dan kacang buncis.



  • Apabila daging masak, masukkan makaroni. Kacau rata.



  • Lepas tu sediakan sos putih. panaskan mentega. Masukkan susu segar, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga mendidih.



  • Kemudian, sapu sedikit mentega pada loyang. Letak makaroni tadi.


  • Tuangkan sos putih.   Akhir sekali tabur parutan keju Mozarella. Proses diulangi semula sehingga habis ...
  • Panaskan oven 180 Celcius. Bakar sehingga bahagian atas keju tu berwarna perang.
    Sedap dimakan panas-panas.





╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸Resepi Makaroni Goreng Pedas ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Resepi ini adalah resepi makaroni goreng yang pedas sikit dan telah di'modified' ikut tekak penulisnya, miss rose hehehe >_<




Bahan-Bahan Resepi Makaroni Goreng
  • 1 bungkus daging cincang (ni paling direcommend) - guna brand RAMLY or ayam atau sedikit seafood spt UDANG *
  • 500 gram makaronim- sy gunakan bow tie type ya ...

  • 2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih)
  • 7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • Sedikit cendawan butang
  • 2 batang carrot (dipotong dadu/panjang)
  • 5 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tiram - optional
  • cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.
  • Rempah2 like type, oregano and parsley - optiona
  • Capsicum hijau and merah - optional
  • Air rebusan daging or stok ayam/bilis/udang



:: Cara Memasak / Buat Makaroni Goreng ::
  • Didihkan air terlebih dahulu, masukkan garam. Selepas itu masukkan macaroni sehingga el dante kira2 10 minit ...nak tahu masak or not kene amik 2-3 ketul and tekan ngan sudu. Boleh masukkan minyak zaiton or minyak masak supaya mcm x melekat la nanti ...Setelah masak toskan dlm drainer and lalukan air sejuk bertujuan supaya kenyal and color dia stay the way its like ...
  • Panaskan kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau.
  • Setelah bahan-bahan tadi agak garing, masukkan daging kisar, ayam (atau any seafood pun boleh mcm udang/sotong). Kemudian masukkan sedikit air supaya daging empuk.
  • Bolehlah masukkan cili sos/tomato puree/pes tomato dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar.
  • Masukkan cendawan butang, carrot, capsicum dan rempah-rempah ...the more the merrier
  • Masukkan makaroni. Akhir sekali, hias makaroni goreng dengan cili, daun saderi dan daun bawang.
  • Taraaa ...siap ...

~* End of Mac N' Cheese Pedas - Baked n Goreng Version *~


No comments:

Post a Comment