Friday, September 20, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Cara Berpakaian Untuk Wanita Rendah ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


Sesiapa yang rasa rendah tu N3 kali ni ada tips untuk kelihatan tinggi khusus untuk kaum hawa heheh





  1. Warna pakaian Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian - bahagian yang Anda ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian  (skirt atau seluar) akan menambah kesan tinggi pada tubuh Anda. Jika Anda kurang menyukai warna-warna tersebut, Anda boleh memilih warna lain, namun pastikan Anda memilih warna dengan tona yang sama.
  2. Motif atau corak pakaian Pilih pakaian dengan motif atau corak bergaris vertical. Tips dan teknik ini telah banyak dilakukan oleh orang lain agar tubuhnya yang gemuk kelihatan lebih kurus. Perhatikan pula ukuran dan jarak antar garis vertical tersebut. Ukuran garis yang tebal (tidak nipis) dan jarak antara garis yang cukup lebar adalah tidak efektif untuk menjadikan Anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif garisan vertical yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Pakai skirt, seluar (pants), blaus, t-shirt dan gaun bergaris. Motif garis vertical ini juga akan membuat tubuh Anda nampak lebih tinggi. Untuk kelihatan lebih tinggi Anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut. Selain motif garis vertical, Anda juga bisa menggunakan motif garis-garis asimetrik seperti tunik untuk memberi kesan panjang pada bagian atas tubuh.


  3. Ukuran pakaian Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang Anda gunakan. Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah, kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan-kekurangan pada tubuh Anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan semakin menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh Anda tonjolkan. Ini tentu akan menambahkan kesan besar pada tubuh Anda. Untuk itu, orang yang berbadan besar seeloknya menggunakan pakaian yang berukuran cukup-cukup muat (tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar) dan sesuai dengan ukuran tubuh Anda.





  4. Skirt Jika Anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan lebih tebal (besar), sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menambah volume tubuh dan nampak gemuk.
  5. Blazer dan cardigan Blazer yang berwarna gelap merupakan pilihan yang cukup baik, kerana akan menonjolkan bentuk tubuh seperti menonjolkan pinggang dan pinggul. Kardigan juga akan memberikan efek/kesan merampingkan tubuh. Anda dapat memilih model kardigan dengan model potongan yang lebih panjang.
  6. Postur Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu Anda untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika Anda ingin kelihatan lebih ramping dan bergaya.
  7. Kasut tinggi Kasut dan sandal bertumit tinggi adalah pilihan wajib bagi setiap wanita yang
    ingin kelihatan lebih ramping. Selain lebih ramping, pilihan ini akan membuat tubuh Anda kelihatan lebih tinggi. Jika Anda rasa kekok dan tidak selesa memakai kasut bertumit terlalu tinggi, Anda boleh pakai kasut atau sandal yang tumitnya sederhana tinggi.












No comments:

Post a Comment