Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang sering digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin diberi tumpuan bagi menarik perhatian terutama tetamu yang bertandang. Jangan risau jika saiz ruang dapur anda agak terhad. Dengan mengikuti beberapa tip berikut, ruang yang kelihatan sempit tadi mampu memberi keselesaan ketika memasak...bahkan mampu mencuri perhatian.
- Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima.
- Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
- Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan.
- Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding. Panduan beli perabot kayu.
- Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya anda menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang. Tip memasang langsir dapur.
- Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan
teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas
dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang
untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar. Jangan lupa peti
sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur. Sedia/tinggalkan ruang untuk
alatan tersebut semasa memasang kabinet. Lebih bagus jika mempunyai
ruang khusus untuk meletakkan tong sampah
keep everything in place, smart label and organized, easy to find ma ...
Shelving in place of upper cabinets makes the room look lighter and
airier. "I use everything in my kitchen regularly, and shelves make it
all accessible," Martha says.
- Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah alatan elektrik di dapur.
- Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk, periuk belanga, dan lain-lain di tempatnya sejurus selepas dibasuh.
No comments:
Post a Comment