MENGHIAS ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti. Sebenarnya, ruang kecil boleh menjelma selesa andai kena gaya adunannya. Ikuti 10 panduan menghias.
1. Menghias ruang tamu sempit
Ruang
tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai, bersembang malah
berhibur. Keselesaan amat dialu-alukan menerusi susun atur perabot
menepati fungsi.
Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan
satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas
bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.
Elak menempatkan stereo,
arca dan jambangan bunga di lantai. Kalaupun ingin menjadikannya seri
ruang, pastikan ia ditempatkan di rak khusus buatnya. Manfaat ruang
sebaiknya, misalnya menempatkan set televisyen di rak pasang siap di
penjuru dinding.
Hadkan
bilangan perabot. Fungsi bilik tidur sebagai tempat melelapkan mata
sekali gus katil ukuran besar patut dijadikan pilihan utama.
3. Ruang keluarga bersuasana lapang
Zahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk.
Tempatkan kerusi beg kacang untuk keselesaan duduk. Kerusi berkenaan
boleh dialih jika anda perlu melapangkan ruang. Di pasaran, ada pelbagai
pilihan warna dan bentuk kerusi beg kacang mengikut kesesuaian gaya
kediaman.4. Ilham untuk ruang makan terhad keluasan
Pilih
meja berukuran kecil atau jenis boleh dilipat. Meja lipat boleh
dikecilkan jika anda ingin menggunakan ruang untuk tujuan tertentu
misalnya ketika meraikan tetamu dan menganjurkan majlis istimewa.
Kabinet hiasan penjuru selain mempamerkan himpunan peralatan menghidang peribadi juga membantu menjimat ruang.
5. Menangani ruang dapur sempit
Permukaan
kaunter meja warna cerah secara tidak langsung menitipkan
persekitaran lapang. Selain itu, anda digalakkan membina kabinet siap
dipasang unit dasar dan gantung.
6. Bilik air kecil bertukar luas
Suntik
keserian kamar mandi menerusi latar warna sejuk yang memantulkan
cahaya, tona putih, pastel dan warna semula jadi. Himpunan warna ini
mampu membuatkan ruang sekali ganda luas.
Tonjolkan corak jalur
menegak di dinding yang menampakkan siling lebih tinggi. Pilihan
langsir sheers membenarkan kemasukan cahaya semula jadi sekali gus
menjadikan ruang lebih luas dan terbuka.
Binaan ruang penyimpanan, rak dan para menjamin kekemasan susun atur kelengkapan bilik mandi.
7. Perabot pangsapuri sempit
Kunjungi
pangsapuri contoh yang di tata hias bagi mendapatkan gambaran jelas
mengenai ukuran dan jenis perabot patut dipilih. Kebanyakan perabot
yang ditonjolkan menawarkan ukuran serasi ruang, direka bentuk
menghiasi penjuru dinding dan sesetengahnya dilengkapi ruang
penyimpanan pintar iaitu barang ditempatkan di laci atau rak simpanan
tersembunyi.
8. Cermin dinding
Cermin
hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat
strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan
pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang
memuatkan himpunan karya seni.
9. Dinding berwarna
Menggunakan
tema warna sama bagi dua ruang berbeza mampu menghapuskan sempadan
ruang. Namun, cara ini hanya boleh dicuba di bilik berkembar. Hindari
penggunaan warna gelap dan kertas dinding bercorak sarat jika tidak
mahu ruang kecil tambah terhimpit.
10. Teknik terbaik menjimat ruang
Kabinet
buku siap dibina berkembar rak penyimpanan di bawahnya antara kaedah
terbaik menjimat ruang. Kalau boleh bina sekali rak tambahan yang
boleh menempatkan set televisyen dan stereo.
Tips yg berguna.. ;)
ReplyDeleteDesign yg last tu...mmg best...terpikat plak tgk....tw sharin yer....
ReplyDeleteAnyway...ada masa free...jom lawat blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com
Tumpg link
ReplyDeleteDptkn 70 formula rezeki
http://bit.ly/kuasarezeki