Monday, June 08, 2020

•*¨*•.¸¸❥¸ © Resepi TomYam Poktek Bersantan Seafood Ala Thai or Tom Yum Talay Yang Menyelerakan •*¨*•.¸¸❥¸



'poktek' dalam bahasa Thailand bermaksud 'pedas', min pastekan apa itu tomyam "

"tom yam" are derived from two Thai words . Tom refers to the boiling process, while yam refers to a Thai spicy and sour salad.Tom yum is characterised by its distinct hot and sour flavours, with fragrant spices and herbs generously used in the broth. The soup is also made with fresh ingredients such as lemongrass, kaffir lime leaves, galangal, lime juice, fish sauce, and crushed red chili peppers

juga dikenali sbg tomyam bersantan, tomyang tongkang pecah, org thai panggil tom yum talay, btw, min refer resepi ni dari azhan.co, kat bwh ada tips2 tuk dptkan tom yam yg lebih yummylicious ... Resepi 2 plks min ambil dr majalah KELUARGA sbb mcm menarik jek steps2nya gittew - ok jom kita start !!

Resepi Tomyam Poktek Ala Thai
-------------------------------------
 

source : azhan.com
edited/images by : callmemissrose@redroses2u.net

Bahan2Nya :-)
--------------------


  • 600gm isi ayam
  • (boleh gantikan dengan daging atau seafood seperti ketam, lala, sotong dan udang mengikut jenis tomyam yang hendak disediakan - min guna dagng yg telah direbus & udang shj)
  • 6 batang serai
  • 15-20 tangkai cili padi (kepedasan mengikut citarasa masing-masing)
  • 2 mangkuk santan pekat (atau susu cair)
  • 6 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 paket cendawan tiram - min skip
  • 2 tangkai daun bawang - min skip
  • sedikit bunga kobis
  • secekak daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 kiub tomyam - min guna perencah adabi tomyam putih
  • 3 sudu teh cili paste (disyorkan brand mae pranom asli Thai - madam pum)
  • 2 sudu besar sos nam pla (sos ikan)
  • 1-3 biji limau nipis besar (perah airnya) - leh sub ngan air asam jawa, ktnya lebih sedap ...
  • 2-3 batang daun celery - min +


Cara2 Memasak Tomyam Poktek :-)
------------------------------------------

  • 1.      Potong isi ayam nipis-nipis. Serai dipotong menyerong kasar. Hiris kasar halia, lengkuas dan bawang besar.  Tomato dipotong wedges. Bunga kobis dipotong kecil. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut.
  • 2.      Ketuk sedikit cili padi. Boleh gunakan lebih cili padi kerana santan akan membuatkan cili padi menjadi kurang pedas.
  • 3.      Masukkan santan ke dalam periuk bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil mengacau.
 

  • 9.      Biarkan seketika sehingga semua bahan berubah warna dan agak masak.
  • 10.  Masukkan cili paste, sos nam pla dan kiub tomyam.
  • 11.  Boleh rasa dahulu dan adjust rasa masam, masin dan pedasnya.
  • 12.  Masukkan pula ayam dan masak lagi sehingga separuh masak.
  • 13.  Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar (perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.
  • 14.  Masukkan sedikit air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didihkan sebentar saja.

  •      15.  Bila sudah cukup rasa dan sayur pun dah masak matikan api. Angkat dan hidangkan.
 Tips Penyediaan Tomyam Agar Lebih Sedap :-)
------------------------------------------------------

  • Siapkan kuah tomyam dahulu (adjust rasa dan sebagainya) untuk mengelakkan bahan-bahan basah menjadi terlebih masak (overcooked).
  • Gunakan tomato puri untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam.
  • Resepi tomyam ala Thai adalah dengan menambah lengkuas/daun ketumbar.
  • Untuk kuah yang lebih pekat, tambahkan lagi santan atau susu cair.

 


RESEPI2 - Ini Rahsia TomYam Sedap, Pekat & Pedas.. Teragkat mccam dekat Restoran Thai.. Memamg Umph !
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 source : majalah keluarga
edited/images by : callmemissrose@redroses2u.net


Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh ?), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara2 masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.
Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya mmg suka yg masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sbb senang & takyah tunggu lama nak empuk mcm daging.

Nak bitau awal, pes tomyam ni tailen punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah2 utara sana and negeri yg dekat2 dgn sempadan sana mmg senang dpt ^_^ (eleh skrg shopee or lazada kan ada !! noprobleno !!)


Bahan2 wajib ;-)
---------------------
  • – bawang besar belah 4
  • – cili api (ketuk)
  • – daun ketumbar @ corriander leaves
  • – daun limau purut
  • – serai – diketuk
  • – air asam jawa @ pes asam jawa
  • – cili boh @ cili kisar
  • – pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap! ?? boleh order dgn saya jek nanti kahkah!
  • – ayam/daging/udang/sotong
  • – carrot
  • – cauliflower
  • – baby corn
  • – celery
  • – buah tomato belah 4
  • – cendawan

Cara2 memasakNya :-)
-----------------------
  • masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
  •  masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
  •  masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
  •  masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
  •  masukkan serai yg diketuk.
  •  masukkan daun limau purut.
  •  masukkan carrot.
  •  masukkan pes asam jawa adabi.
  • ** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
  • masukkan garam.
  •  masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
  •  masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.
  •  masukkan tomato – kacau sekejap.
  •  tutup api. 
  •  masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.

Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.
Mabeles!!

Tips Menghasilkan TomYam Yang Mabeles  :
-----------------------------------------------

~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sbb kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua ?
~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dptkan warna merah cantik, pedas.
~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sbb lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yg terbaik! 
(y)
~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sbb udang/sotong cpt masak.
~ sayuran keras spt carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain. ~ buah tomato masukkan yg last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.

 








  • Selain itu, 8 langkah ini wajib buat!
  • ---------------------------------------------
  • Tumis Dahulu
  • Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
  • Serai & Daun Limau Purut
  • Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
  • Kisar Tomato
  • Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
  • Letak Susu
  • Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
  • Campak Pun Sedap
  • Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
  • Hancur Dengan Minyak
  • Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
  • Kena Pedas
  • Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
  • Lengkuas Kena Ada
  • Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
  •  ----------------------------------------------------
  • NOTE : boleh la kut mana2 tips yg dirasakan suai ngan diri sendiri ya ..sbb masak2 ni subjecktif mcm beauty gek, lain org lain caranya ye ? yg pasti everybody can cook ! ... till then ...bubai !!

No comments:

Post a Comment