Sunday, May 17, 2020

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ © Nasi Arab Maglubah Simple Yang Paling Menyelerakan ..Insyaallah ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


 

min nk cite pasal nasi arab ari ni, mana tau nk buat menu berbuka posa kan, nasi arab ni byk pesen, antara yang popular ialan maglubah kabsah dan mandy. .. dlm byk2 n3 ni la n3 paling byk min buat rujukan smpi dah x tau mn 1 dah .. tp min ada rujuk saji, keluarga, pesbok lagi, azlitamasam manis, azie kitchen, resepiwan, sirap limau dll sbb nk cr buat yg paling sempoi, ezy pezy yet delish ..

maqlubah (bermaksud ‘TERBALIK’ dalam bahasa Arab) kekdahnya bila dah masak akan di maglubkan (diterbalkkan/ditelangkupkan) ke dalam dulang, hah tu jek ponnnnnn ... 

nasi arab maqlubah mempunyai rasa yang hampir sama dengan nasi kabsah. Ia boleh dimasak dengan daging ayam atau kambing ..(katanya lebih enak dr ayam)

katanya lagi, gunakan daging kambing New Zealand, kambing Australia yang dikatakan kurang enak. Namun, ia terpulang kepada citarasa masing-masing.... pulak dah !


antara rempah2 nasi arab di pasaran



dinasihatkan supaya menggunakan beras basmathi... sukatan yang dicadangkan untuk beras dan air ialah 1:2 (ada min bc 1:11/2). .. cara masak nasik2 arab ni semua lebih kurang sama je, mandy biasanya takda sayuran, yang ada tu kabsah & maglubah.. yang membezakan rasa rempah je la.. :)

nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream ..
wallahualam ..  ok jom kita start ..



Nasi Arab Maqlubah

bahan2nya :-)
--------------------

3 sudu besar REMPAH MAQLUBAH 
400 gram beras 
1 ekor ayam ( boleh dipotong 4)
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
7 biji terung
2 biji kentang XL
8 - 1 btg cili hijau
2 biji tomato (lebih pun boleh)
3 sudu besar minyak sapi
garam


cara2 membuatnya :-)
---------------------------------
1) rendam beras 15 - 30  minit, basuh dan toskan.
2) goreng terung dan kentang (boleh tambah bunga kobis jika suka).
3) hiris bawang besar, tomato (hiris bulat). ..cili hijau tak dihiris.
4) panaskan kuali, kemudian masukkan minyak sapi/minyak masak (miyak sapi lebih enak).
5) goreng kayu manis, cengkih, pelaga, bawang putih, 1 biji bawang besar.
6) masukkan ayam ke dalam kuali bersama bawang yang sedang digoreng tadi.
( AYAM BOLEH DIPOTONG 4 ATAU LEBIH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGGORENG)
7) taburkan 1/2 daripada serbuk rempah nasi maqlubah ke dalam kuali. Biarkan sebentar kemudian balikkan ayam (untuk dapatkan stok ayam). Jangan goreng terlalu lama.
8- keluarkan ayam, taburkan 1/2 daripada baki serbuk nasi maqlubah, bwg putih yang ditumbuk dan 3/4 sudu kecil garam halal gel dan 1 sudu minyak sapi/minyak masak.
9) bakar ayam dalam oven selama 1 jam, suhu 190 darjah. Selepas 1/2 jam balikkan.
-BOLEH GRIL ATAS ARANG /GRIL ELEKTRIK, GORENG DAN GOLEK
10) masukkan 2 cwn setengah air ( 500ml) ke dalam periuk tadi. Didihkan. (Air mestilah mendidih sebelum dituang ke atas beras supaya nasi lebih kembang dan gembur).
11) di dalam rice cooker susunkan bawang besar, tomato, kentang goreng, terung goreng.

12) masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan di atas bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng tadi. Masukkan 2 sudu kecil garam halal gel
13) Tuangkan air rebusan rempah/ayam tadi. kemudian on kan suiz rice cooker. tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian tutup balik biarkan sampai 100% masak.
14) Cara tuang nasi maqlubah ialah letakkan dulang mengadap dan atas rice cooker, sebelum rice cooker diterbalikkan. (Itulah asal usul nama maqlubah, yang bermaksud sesuatu yang diterbalikkan).  cara mhidang ialah put ayam di atas nasi, makan dengan salatah harrah (salad) dan solsoh harrah (sos).


source : google


bahan2 salatah :-)
---------------------------

    Timun/zucchini (1 batang)
•   Lobak merah (1 batang)
•    Bawang Holland (1 biji)
•   Gula
•   Cili merah - dihiris
•    Garam
•   Minyak zaitun
•    Cuka
•   Lemon


cara2 membuatnya :-)
---------------------------------

1.    Potong dadu timun, lobak merah dan bawang Holland.
2.    Gaulkan semua bahan dan perahkan sedikit lemon.






No comments:

Post a Comment