Monday, July 17, 2017

•*¨*•.¸¸❥ Cream Puff Gebuzz Gebazz .. •*¨*•.¸¸❥


Saya ambil pic n recipe ni dari masak apa hari ini (mahn) yg berasal dari Tahrunisah Jali. Dalam byk2 dessert miss rose x pernah cuba ni sbb takut x gebuzz gebazz scare to death puff x jadi & jd keras .. nnt x jadi mcm kat Patisfrance punya hehehe but insyaallah jika guna teknik yang betul cream puff akan naik gebu... Resepi dr myresepi juga oleh zaliana untuk puff dan filling dari yani (myresepi) barakallahu fik...



Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji ) - mcm pic atas :-
--------------------------------------------------------------------------------------

  • ~* 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • ~* 100 gm butter
  • ~* 250 ml air
  • ~* 1 sudu teh gula
  • ~* 1 sudu teh esen vanila
  • ~* 3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Cara2 Untuk Membuat PuffNya :-
----------------------------------------------------

  • 1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.
 
  • Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan



  • 2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan (hand mixer) . Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.




  • 3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang



  • 4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah.





  • 5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ye.... kalau tak mmg puff turun melepek...




  • kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.




  • 6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling








  • Kalau 'kretip' leh buat bentk ikut peberet masing2 like swan jadilah cream puff swan ..and boleh hias ikut citarasa sendiri mcm tukar filling tu chcocolate, whipping cram or such ...






kat bwh ni cara2 hasilkan cream puff swan ni .. hmm ekceli kene 'kretip' gak la kan ..if not maunya jd bentuk ular or ikan keli hahaha ... 


Bahan2 Untuk Dibuat Filling :-
----------------------------------

(dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)

  • ~* 2 sudu besar tepung gandum*
  • ~* 2 sudu besar tepung jagung*
  • ~* 8 sudu besar gula*
  • ~* 2 cup susu segar (240ml X2)
  • ~* 2 biji telur (L size)
  • ~* 1 sudu teh esen vanila
  • ~* 2 sudu besar mentega
  • ~* secubit pewarna kuning



Cara2 Membuat FillingNya :-
------------------------------------------
  • 1.Masukkan bahan bertanda (*) .. tepung gandm + tepung jagung + gula ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul. Masak atas dapur je kacau selalu ye...supaya tidak berkerak dan hangus
  • 2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  • 3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau
  • 4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..






No comments:

Post a Comment