Selepas sehari menahan diri dari 'aromalicious' rendang jiranku sy decided nk buat sendiri la **eleh tau ke tu? ** ..ehek !! ..ni mesti tkilan gara2 x dpt mamam rendang ibundaku sbb x balik Aidil Adha 2 hari lps ...huwaaa ..maafkan anakanda ibundaku !! Disbbkan dah lm x buat rendang sy pun dah lupa steps2nya ...byk step yg sy 'patch up' later ...patut la ada jek kekurangan yg kurasakan di setiap suapanku itu ..ok jom layan buat diri ku dan anyone yg sudi ke blog daku ini ....Mmg serupa jek pic2nya dan pinggan-mangkuk miss rose yang digunakan nka tahu da knp?? ... sbb tu jek yg ada di rumah ku ini ...hahaha *org semekin **>_< **sob sob **
>_< . Oh ya, sy sertakan juga Cara2 Menghilangkan Bau Hamis ayam dan saya sertakan juga Tips2 menghasilkan rendang yg yummy gilez ...sbg panduan kita bsama,,,In shaa Allah ...
Bahan2Nya :-)
-----------------
-----------------
- 1 ekor ayam kampung or bandar will do
- 2 camca besar penuh kerisik
- 2 camca besar rempah kari daging (baba's)
- 1 keping asam gelugor
- 4 helai daun limau purut
- 2 helai daun kunyit, mayang halus
- 3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurangkan)
- 1.2 liter santan
- Air panas secukupnya
- 1 camca besar gula melaka - optional
- Garam secukup rasa
Bahan2 Kisar Halus :-)
-------------------------
-------------------------
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1/2 inci kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- 1/2 camca teh lada hitam biji
- 6 batang serai, hiris halus
Bahan2 Tumis :-)
--------------------
--------------------
- 4 biji bawang merah, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
Cara2 MembuatNya :-)
--------------------------
--------------------------
- First, sy masak ayam moden ya, no kampung2 sukar didpti, so plan sy nak kecutkan isi ayam ni dulu. So, ayam dipotong ikut suka, cuci bersih, tepungkan, asamkan, buang lemak, doa2 + selawat dsbgnya ya.
- Dah confirm bersih, jom kecutkan isinya pula, tujuannya supaya sy nk kurangkan air di dalam ayam tsebut..Masukkan ke dlm pot, masukkan serai + asam keping (sy x msk ya) ..tp x suka boleh skip jek steps ni...ni cara saya la ye, ada yg panggang/layur di atas api dsbgnya ..ikut citarasa *no harm* yg penting resultnya gempaq ya ...
- Selepas itu, bancuh dan blend bahan2 kisar halus like bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, buah keras dengan rempah kari daging adabi or babas, kerisik, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Resultnya mcm pic bawah ya :-
- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Step2 ditunjukkan seperti pic di bawah ya :-
- Masuk pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu supaya tidak hangit dan masaknya sekata.
- Selepas itu masukkan santan dan biarkan mendidih. Bagi yg x buat kecutkan ayam ms mula2 tadi now ms yg suai masukkan ayam so tht nnt timingnya perfect gitu nk dptkan ayam yg 'kecut'. Kacau dan masak hingga ayam empuk (jika rendang mula kering tapi ayam belum empuk, tuang sedikit air panas dan terus memasak).
- Masukkan daun limau purut, serai, daun kunyit, daun limau, gula melaka (jika suka) dan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Masak dengan api kecil hingga rendang kering, kacau sekali sekala.
- Ni la finale looks dlm kuali b4 di'serve' ya ...yg penting kene balance out the flavour, itu tips hebat Bobby Flay nk bg dptkan rendang thebat alaf ini ..heheh , acah meleng ..BF mn de msk rendang ! masak burger e la ... Antara all Food Network stars sy rs dia the 'best' among the best kot ...ce tgk dia masak, rsnya nnt uols tahu knp sy suka dia, he's a kinda of man yg suka bring-out the flavour yg dia masak tu & sommore food dia msti fancy & complicated sket, that's y dia IRON CHEF !! ...Gordon Ramsay pun sokay dia byk bg tips bguna mc diri ku yg amateur ni .. Wahhh dah nk jd mcm rendang bondaku ini, jeng jeng jeng !!! ...**cis perahsantan jek **
- Ok jom jemput mkn ya ...Sya mkn bsama nasi himpit maklumla belated Aidil Adha....tata titi tutu ...Till we meet again !! In shaa Allah ...
:: Tips2 Menghasilkan Rendang Ayam yang Yummy Gilez ::
---------------------------------------------------------------------
- 1) Pastikan bahan2 yang ditumis benar2 masak supaya rendang tahan lama.
- 2) Bila rendang telah agak2 kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
- 3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
- 4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah2 kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi2 kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya ..errr faham ke ye?, sengetkan kuali pun boleh :-).
- 5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
- 6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
- 7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah2 ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap.
- 8) Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Balance/suaikan rasa masam, manis dan masin.
- 9) Cara lain nk buang minayak in rendang, masukkan dlm freezer, klrkan nnt minykl all dah beku n then boleh buang .... cara lmbt la ..perut da LAPAU bebenor ! hehehe
:: Cara2 Membersihkan Ayam aka Menghilangkan Bau Hamis Ayam ::
---------------------------------------------------------------------------------------------
- Cuci bersih daging ayam, kemudian usap dengan 1/2 sdt cuka (cairkankan cukanya). Lalu bilas kembali dengan air. Biasanya bau amis sudah hilang dengan cara ini.
- Taburi potongan ayam dengan tepung terigu/ubi. Pastikan semua bahagian tertutup rata, lalu diamkan sekitar 20 mins. Kemudian bilas sampai bersih dan keringkan dengan kitchen paper towel. - ini tips bonda saya juga >_<
- Cuci bersih ayam, kemudian taburi dengan garam dan air jus limau kasturi/lemon/limau sambal pun ok je. Ini merupakan cara yang paling popular dan ter'glamer'.
- Lap daging ayam dengan kitchen paper towel dan keringkan. Lakukan proses ini jika anda membersihkan ayam kampung kerana ayam kampung memiliki bau hanyir / hamis yang lebih kuat daripada ayam ternak/moden.
- Boleh layurkan ayam kampung di atas api untuk mengurangkan bau juga - ini juga cara bonda saya :-) ...
- Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak sedap.... uols leh try la ye !
~* Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat *~
No comments:
Post a Comment