Dah lama miss rose x buat N3 pasal hias2 ni ...Hmm now it's a time sbb rasa mcm nk re'decor' my living room. Beli sofa baru perhaps?? ...ada byk sofa yg cun2 dr https://ezbuy.my ... Hmm web sepupu-sepapat & kroni2 Lazada, Shopee, MF Design tpt curah duit dlm talian ahaks .... tp mmg cun-melecun dan boleh tahan jugak harganya ....FYI, pic2 sofa byk tdiri dari 'idaman hati' penulis x btauliah ini shj ya like modular, sectional, U type, L shape ... ngee
Ruang tamu merupakan ruang aktiviti utama kebanyakkan kediaman di Malaysia. Ramai yang berasa teruja untuk membeli perabot dan perhiasan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk melengkapkan penataan ruang tamu mereka. Tidak kurang juga yang sanggup berbelanja lebih di luar kemampuan sehingga berhutang atau menggunakan skim ansuran bulanan. Oleh yang demikian, bagi mengawal keghairahan ini, disenaraikan petua dan panduan dalam memilih perabot ruang tamu yang sesuai dan praktikal.
Sebaik tetamu melangkah masuk untuk berurusan atau melawat tuan
rumah, penampilan ruang tamu ini akan memberikan satu signal yang
memberitahu kepada tetamu untuk bagaimana perlu berinteraksi di ruang
tersebut.
Untuk mengenalpasti fungsi perabot, kita perlu kenalpasti dan senaraikan aktiviti yang akan dijalankan di ruang ini terlebih dahulu, kemudian fikirkan perabot yang diperlukan bagi melengkapi aktiviti ini
Aktiviti: Duduk santai
Perabot: Dapat merehatkan, boleh duduk secara santai, boleh sandarkan kepala, boleh baring, boleh lunjurkan kaki
Aktiviti: Minum petang
Perabot: Boleh dihidang makanan ringan dan air, mudah di alih/ringan, bersaiz kecil dan boleh dipisahkan atau perlu bersaiz besar
Aktiviti: Berurusan dengan tetamu/pelanggan secara formal
Perabot: Boleh berbincang dan buka dokumen
Aktiviti: Membaca dan membelek gambar keluarga
Perabot: Boleh menyimpan dan pamerkan buku & album
Kebanyakan ruang tamu mengandungi sofa, armchair, side table dan coffee table. Cari perabot-perabot ini dahulu sebelum cari item tambahan seperti ottoman dan meja tambahan.
Yang terbaik adalah pemilihan satu gaya sahaja. Jika sudah pandai
berurusan dengan gaya barulah boleh mencampurkan 2-3 gaya dalam satu
ruang. Antara gaya yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Jangan lupa mengambil kira skema warna yang telah ditetapkan untuk dipadankan dengan perabot untuk ruang tamu anda.
Elakkan juga membeli set perabot 3-2-1 seater atau sofa L-shape. Sebaliknya pilihlah perabot yang lebih kecil dan berpasangan.
Ruang tamu merupakan ruang aktiviti utama kebanyakkan kediaman di Malaysia. Ramai yang berasa teruja untuk membeli perabot dan perhiasan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk melengkapkan penataan ruang tamu mereka. Tidak kurang juga yang sanggup berbelanja lebih di luar kemampuan sehingga berhutang atau menggunakan skim ansuran bulanan. Oleh yang demikian, bagi mengawal keghairahan ini, disenaraikan petua dan panduan dalam memilih perabot ruang tamu yang sesuai dan praktikal.
Merancang
1. Ukur tinggi dan lebar ruang.
Jangan lupa juga untuk mengukur keluasan pintu untuk mengelakkan kejadian perabot tidak muat melepasi pintu.2. Buatkan plan lantai.
Tentukan ruang untuk anda letakkan perabot. Buatkan beberapa susunan dan bandingkan kesesuaian. Digalakkan juga untuk menggunakan aplikasi untuk merancang ruang anda supaya mendapat idea yang lebih baik.3. Anggaran kedudukan.
Buat anggaran kedudukan perabot menggunakan tape atau surat khabar.4. Kenalpasti Penampilan Ruang
Sebelum menjadi rojak kerana seronok membeli di kedai sana dan di kedai sini apabila melihat SALE, lebih baik jika kita tentukan dahulu gaya dan penampilan yang sesuai untuk diketengahkan pada ruang tamu ini.- Penampilan Mewah
Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang berfikiran dan berperwatakan mewah dan elegant. Oleh itu tetamu juga perlu beradab dan menghormati susunatur dan kelengkapan di dalam ruang tamu di kediaman tersebut. - Penampilan Ringkas
Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang suka berurusan secara mudah dan tidak serabut. Ia juga menjadikan tetamu berinteraksi secara langsung dan tidak meleret kepada perkara lain. - Penampilan Professional
Ia menampilkan penampilan tuan rumah sebagai seorang yang berfikiran dan suka berurusan secara professional. Oleh itu secara tidak langsung tetamu juga akan berkomunikasi secara baik dan menghormati tuan rumah dan persekitarannya. - Penampilan Santai
Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang tidak cerewet dan mudah didekati. Suasana santai memberikan kebebasan untuk tetamu berinteraksi dengan tuan rumah dan persekitaran ruang. Kebiasaan susunan perabot dan perhiasaannya memberikan keselesaan buat tuan rumah dan pengunjung. Namun perlu berhati-hati kerana ia mungkin akan memberikan masalah kepada si tuan rumah untuk mengemas semula ruang jika terlalu berlebihan beraktiviti bersama tetamu di ruang ini.
5. Kenalpasti fungsi ruang.
Mengenalpasti fungsi sesuatu perabot itu amat penting. Kita perlu hadkan perabot yang perlu ada untuk ruang tamu ini. Elakkan membeli tanpa perancangan.Untuk mengenalpasti fungsi perabot, kita perlu kenalpasti dan senaraikan aktiviti yang akan dijalankan di ruang ini terlebih dahulu, kemudian fikirkan perabot yang diperlukan bagi melengkapi aktiviti ini
Aktiviti: Duduk santai
Perabot: Dapat merehatkan, boleh duduk secara santai, boleh sandarkan kepala, boleh baring, boleh lunjurkan kaki
Aktiviti: Minum petang
Perabot: Boleh dihidang makanan ringan dan air, mudah di alih/ringan, bersaiz kecil dan boleh dipisahkan atau perlu bersaiz besar
Aktiviti: Berurusan dengan tetamu/pelanggan secara formal
Perabot: Boleh berbincang dan buka dokumen
Aktiviti: Membaca dan membelek gambar keluarga
Perabot: Boleh menyimpan dan pamerkan buku & album
Memilih Perabot
1. Mulakan dengan yang asas.
Kebanyakan ruang tamu mengandungi sofa, armchair, side table dan coffee table. Cari perabot-perabot ini dahulu sebelum cari item tambahan seperti ottoman dan meja tambahan.
2. Beli item yang tahan lama.
Cari item yang kukuh. Mungkin harganya lebih mahal sedikit tetapi ia akan menjimatkan anda untuk jangkamasa panjang. Pastikan item berkualiti tinggi dan fabrik yang stain-resistant. Huh better beli kayu jati mmcm tu kan ? tp sy x suka kayu-kayan ni ... cis, x menghargai nature langsung ngeee ... Rasa jiwa mcm 'kekacauan' jek bila tgk kayu-kayan ni ...tp lau tgk flora n fauna, panorama bagai tu another case la ... itu mmg besh ! .. Mungkin pilihan yang lain ialah rotan, classic habis tp lau kene gaya mmg 'meletopz !!'3. Koordinasikan item-item.
Setiap perabot perlu menjadi pelengkap antara satu sama lain. Jika tidak, ruang akan kelihatan huru hara. Sekiranya anada ada tema tertentu, seperti moden atau tradisional, harmonikan dengan item-item yang sesuai dengan tema anda, jangan bercampur-aduk.4. Kenalpasti tema dan gaya.
Gaya sangat memainkan peranan untuk memberikan “mood” di ruang tamu. Ia juga sangat membantu tuan rumah semasa proses pembelian perabot dan perhiasan kerana ia sudah mengecilkan skop dalam pemilihan jenis gaya perabot dan perhiasan yang perlu dipilih.- Gaya Moden
Kemas dan bersih (Clean Cut). Perabot dan perhiasan yang digunakan bersifat secara langsung dan tidak ada hiasan atau ukiran yang berlebihan. Ia hanya mengikut garisan keperluan mengikut fungsi dan keperluan. Hanya satu atau dua sahaja elemen yang ditimbulkan dalam satu ruang. - Gaya Traditional dan klasik
Ia kebanyakannya menggunkan elemen kayu terutamanya pada perabot. Rekaan dan ukirannya mengikut etnik kaum tertentu. - Gaya Inggeris
Kebanyakkan perabot dan perhiasan Inggeris banyak menggunakan hiasan bunga-bungaan dan warna putih menjadi warna asas dan warna latar belakang. - Gaya Kedesaan
Gaya kedesaan pula banyak mengguna pakai perabot dan aksesori yang melibatkan anyaman dan hasil kraft. - Gaya Tropikal
Ciri-ciri gaya tropikal adalah menggabungkan perabot dan perhiasan ruang dengan pokok-pokok hijau yang menyegarkan. Ia juga menggabungkan elemen seperti air, batu , kayu dan tumbuh-tumbuhan hijau. - Gaya Timur Tengah
Menampilkan perabot dan perhiasan yang “warm” dan disantuni dengan corak-corak dari timur tengah yang bewarna terang seperti unggu, merah hati, dan kuning keemasan.
Jangan lupa mengambil kira skema warna yang telah ditetapkan untuk dipadankan dengan perabot untuk ruang tamu anda.
5. Faktor ruang sempit
Pilih loveseat (2 seater) berbanding sofa (3 seater) jika ruang sempit.6. Perabot tambahan.
Penuhkan ruang dengan perabot tambahn sekiranya ruang mengizinkan. Rak, ottoman, kerusi dan meja tambahan boleh ditambah ke ruang yang luas. Namun terlalu banyak perabot akan membuatkan ruang sempit menjadi sesak. - Ottoman & stools paling sesuai sbb perabot tambahan or pelengkap.
10 Tips Idea Jimat
Menghias Rumah Sendiri
Teks: Khairunnisa Hamzahara
Imej: Google (maaf ya, gambar akan dimasukan kemudian, ada masalah ngan
encik blogger ni time nak upload imej)
Gambar : Contoh hiasan yang lengkap
Alhamdulillah,
Hari ini saya berpeluang untuk berkongsikan 10 Tips tentang Idea
Penjimatan yang boleh dilakukan untuk menghias rumah sendiri tanpa
memerlukan khidmat perunding hiasan dalaman. Idea ini tercetus setelah
pulang beraya dari beberapa rumah kenalan di mana mereka telah
menghabiskan puluhan ribu ringgit yang diberikan kepada pereka hiasan
dalaman bagi mengubah suasana kediaman mereka. Apa yang menyedihkan
saya, ada kediaman yang saya dapat nilaikan harga hiasan dalaman dan
aksesori nya tidak sampai RM20 ribu tetapi kos yang dikenakan adalah
RM40k iaitu dua kali ganda. Mana tak nya , dah dia upah pereka hiasan
dalaman , pasti lah mahal kan. Yang berduit pasti boleh tersenyum puas,
tapi bagaimana pula yang tidak ada budget sebesar itu dalam menata rias
kediaman.
Jadi di sini saya ingin berkongsikan 10 Tips dahulu tentang asas dalam
menghias kediaman. Ini bukan sahaja di praktikan oleh saya sendiri,
malah kebanyakkan pereka hiasan dalaman juga menggunakan kaedah yang saa
seperti yang saya bakal kongsikan ini. Saya harap, perkongsian ini
dapat memberikan manfat kepada semua yang membaca :)
1. Cari Idea dari Sumber "PERCUMA"
Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat
dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat
membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman
professional. Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik
Google, Majalah hiasan dalaman, dan lagi satu (yang paling saya suka)
adalah dengan cara berjalan-jalan serap idea ke rumah-rumah contoh yang
disediakan oleh pemaju perumahan. Idea-idea ini sememangnya dari
orang-orang yang professional dalam menata rias. Jadi kita hanya perlu
set kan mahu mencari idea yang berkonsepkan macam mana? Tropikal ,
MInimalis, Moden, Inggeris, Timur Tengah , mahupun "Mix & Match".
2. Tetapkan Budget mengikut kemampuan
Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu
berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap
ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang
tamu maksimum RM5 ribu sahaja, ruang makan RM4 ribu, Bilik Utama RM3
ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Oleh itu kita tidak perlu
buang masa bila terpegang perabot yang harga yang tertera melebihi
budget yang ditetapkan. Teruskan mencari dan mencari, walau perlu keluar
masuk beberapa kedai. Yang penting kita dapat perabot yang bertemakan
tema yang kita pilih dengan harga yang telah ditetapkan limitnya.
Sebenarnya kita boleh beli perabot utama yang memainkan peranan dalam
ruang tersebut dengan harga yang mahal sedikit, tetapi lain-lain
aksesori tambahan di beli di kedai "second hand" atau di jualn murah
sahaja. Ini dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama, pencarian
barang sebegini lebih menjanjikan hasil yang lebih kreatf dan unik!
3. Lagak sebagai Tetamu
Pilih konsep sudah, Budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias.
Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke
rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang
perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang
masuk disekat dan membentuk "Foyer" terlebih dahulu? Atau tetamu boleh
terus masuk dan duduk di sofa? atau perlu ada kerusi tetamu di bahagian
lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan
menonton TV? ini semua tuan rumah yang tetapkan. Tuan rumah menetapkan
ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka.
Sambil-sambil itu renung setiap ruang dan buatkan kotak kecil dengan
jari dihadapan mata, seolah-olah sedang ambil gambar dari lensa kamera?
Adakah imej yang dihasilkan kelihatan cantik? Atau ruang kelihatan
terlalu kosong atau juga terlalu sarat? Tanyakan pada diri dan sering
bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun
majalah yang dirujuk sebelum ini.
4. Berikan Nafas Baru Pada Perabot Lama
Tidak semestinya perabot yang lama perlu dibuang. Jika kelihatan usang,
kita boleh baik pulih dan perbaikinya semula . Terutamanya kerusi dan
sofa. Sekarang banyak kedai baik pulih perabot boleh didapati. Mereka
bukan sahaja boleh perbaiki rupa perabot kita malah kita boleh pilih
fabrik dengan warna dan corak yang lain mengikut trend terkini bagi
mengubah imej dan suasana rumah kita seolah-olah baru membeli perabot
baru.
Bagi perabot yang lain, catkan dengan warna yang lain. Bagi kesan yang
dramatik, warna kan dengan warna-warna terang. Jika sebelumnya gelap,
diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula
gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah !
5. Rombak semula Susunatur Perabot
Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah Rombak Semula
susunatur Perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari
internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu
kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian
dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu
pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV
atau menghadap pemandangan luar tingkap.
Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding
hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar
titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Cuba macam-macam cara pasti
seronok. Nah, kini kalian pun boleh jadi pakar hiasan dalaman. Percuma
bukan? :)
6. Warnakan Dinding Fokus Utama dengan Warna Terang
Duduk di muka pintu, dan pandang ke dalam ruang. Dinding manakah yang
mula-mula terpandang? Dinding yang mula-mula kita terpandang dalam
sesubuah ruang itu adalah dinding fokus utama. Dinding inilah yang perlu
di terangkan. Cat kan dengan warna yang terang. Untuk selamat, pilih
warna-warna yang bertemakan alam semulajadi. Ini kerana ketika pening
atau sakit tak lah terasa berat mata memandang dinding tersebut jika
dibandingkan dengan dinding bewarna merah terang atau biru gelap
misalnya. Namun, tidak jadi masalah untuk memilih warna sedemikian.
Asalkan kalian memang gemar atau obses dengan warna tersebut. Sebabnya
hari-hari nak kena pandang dinding tu kan :)
7. Perabot Tampak Baru dengan Aksesori
Lengkapkan perabot sedia ada dengan aksesori. Misalnya dahulu sofa yang
ada suram dan kosong. Tambahkan kusyen dengan kain satin yang berkilat
kemudian letakkan alas sofa dengan corak yang eksklusif. Di sebelah sofa
yang ditepi tingkap, tukarkan langsir yang seirama dengan sofa atau
yang kontra dari warna sofa. Hamparan baru dihamparkan di hadapan sofa
bagi membelai kaki ketika duduk di sofa. Letakkan meja kopi kecil dan
lampu meja disebelah sofa. Di dinding atas nya letakkan lukisan atau
bingkai gambar. Akhirnya sofa yang dahulunya sofa kini menjadi tempat
rehat yang di idam-idamkan.
Aksesori lebih mudah dan lebih murah untuk didapatkan. Jadi , jangan
sedih jika tidak ada budget untuk membeli perabot baru, gunakan budget
yang ada untuk membeli, menukar dan menambah aksesori di sekeliling
perabot sedia ada saja sudah cukup menjadikan perabot itu bergaya dan
kelihatan baru.
8. Gunakan Lampu Samar Dan Lampu Spotlight
Saya namakan ia lampu samar iaitu lampu yang berwarna kuning. Ia sangat
sesuai di pasang di malam hari bagi menaikkan suasana romantik,
mengantuk dan menenangkan. Jika berpasangan, lampu ini membantu
menjadikan suasana romantik, jika ada anak kecil , ia bantu menidurkan
anak-anak berbanding terpasangnya lampu putih yang terang berderang,
bagi orang-orang tua pula, mereka akan berasa rehat dan santai di malam
hari dengan lampu kuning ini.
Pasang lampu samar bewarna kuning ini di siling, di dinding, di dalam
kabinet mahupun di lantai bagi memancarkan efek dan mood yang dikatakan
tadi. Ia sekaligus menjadikan suasana rumah lebih tenang dan eksklusif.
Letakkan hiasan yang menarik di bawah lampu ini kerana ia akan menyinari
ruang tersebut dan menyuramkan yang lain. Kegunaan lampu ini juga
adalah bagi mengurangkan pandangan terhadap keseluruhan ruang.
Berbanding menggunkan lampu putih di mana semua barang nampak jelas.
Namun begitu, tidak lah semua lampu perlu bewarna kuning. Saya pernah
melawat rumah jiran yang kesemua lampunya dipasang bewarna kuning
sehingga suami nya mengalami migrain bila hendak buat kerja di rumah di
malam hari. Lampu putih penting untuk pandangan sebenar. Jadi, pasangkan
lampu putih dan lampu kuning di rumah dengan suis yang berasingan (bagi
lampu downlight siling). Atau boleh saja gunakan lampu samar seperti
lampu berdiri atau lampu meja saja.
Begitu juga dengan spotlight. Ia bantu menaikkan seri ruang terutamanya
seri barangan yang dipancarkan lampu tersebut. Ini adalah seni dalam
mempamerkan ruang. Boleh juga dapatkan lampu spotlight yang dijual di
Groupon. Ia menggunakan bateri tanpa wayar dan ada jenis yang
menggunakan solar. Lampu yang mudah dipasang ini boleh diletakkan dalam
kabinet atau di celah-celah ruang.
9. Rawat Dinding Dengan Idea Kreatif
Dinding dengan Idea kreatif ini saya pernah bincangkan di post sebelum
ini. Baca lebih lanjut di post Dinding Kreatif Ubah Suasana Kediaman
10. Membeli Barangan Hiasan Ketika Ada SALE
Terakhir sekali, belilah barangan hiasan rumah mahupun perabot ketika
ada jualan murah. Tidak perlu berlagak kaya dengan membeli ketika tiada
jualan murah melainkan ia memang murah :) Negara kita ada banyak musim
perayaan dan ketika hampir musim perayaan pasti ada saja jualan murah
diadakan. Jualan murah hari raya lah, jualan murah tahun baru lah,
jualan murah aidilfitri lah dan macam-macam lagi. Tunggu saja. Yang
pasti siapa sabar, dia pasti untung. Pernah dengar tak ayat ini: " Alah,
untung nya engkau dapat beli pasu ni dengan harga murah, aku beli hari
tu mahal" Jadi, bijak lah berbelanja dengan memilih ketika jualan murah
berlangsung.
Saya ingin kongsikan di sini, saya pernah ke jualan murah MACY di mana
harga kain RM80 semeter jatuh kepada harga RM1 semeter! Kain dijual
secara segulung-segulung. Dalam satu gulung ada 40-50 meter. Jadi saya
dapat kain 40 meter dengan harga RM40 sahaja. Kain yang cantik,
berkualiti dan di import. Kenapa jual seringgit semeter? sebab ia
ditolak oleh MACY cawangan singapura, jika tidak silap lah (ini yang
saya dengar) ia disebabkan kain tersebut dikatakan terkena air dan
berkulat. Memang benar ada sedikit kain yang berkulat namun masih tidak
rugi kerana kain yang ada ada berpuluh meter. Saya dapat agih-agihkan
kain tersebut di kampung dan merasalah saya dan ibu serta mak mertua
saya. Kain tersebut kami jadikan "WALLFABRIC" dan selepas
menggantungkannya, rumah saya masuk majalah! :)
Saya juga pernah dapat batu dekorasi hiasan dinding dengan harga hanya
RM10 sahaja. Harga asalnya RM299 sekeping. Kenapa jatuh harga RM10
sahaja? sebab batu tersebut telah tertanggal dari bingkainya . Saya dan
suami memasukkan kembali batu tersebut dan gam kannya dengan gam batu di
bingkai tersebut dan ia kembali normal dan boleh di pasang di dinding.
Saya dapat beli 10 keping batu tersebut dengan harga baru RM100
berbanding jika harga asalnya boleh menceah RM3000. Hebatkan penjimatan
yang berlaku? Begitu juga di IKEA, kalian boleh pilih barang di seksyen
AS IS. iaitu barangan yang telah di pamerkan di ruang pameran. Perlu
touchup sikit tapi harga dah jatuh jauh lebih murah. Rumah masih bergaya
cuma tak perlu habiskan duit. Kita boleh gunakan duit lebih untuk
kegunaan utama yang lain.
Ok lah..Sampai sini dahulu, saya akan kongsikan lagi 10 tips idea deko
pada hari yang lain.
Wassalam
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment