Friday, August 19, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Sambal Belacan Mempelam / Mangga Muda - Versi Goreng & Un'Goreng' •*¨*•.¸¸❥

Pelam or Mangga ? Apa bezanya ye? Puas bertekak tentang mangga dan pelam.. pelam lain..mangga lain..dan akhirnya...satu keputusan telah ku perolehi.....pelam, mempelam, kuinin smua tu adalah sebenarnya Mangga!!!

Yang membezakannya hanyalah sebutan atau panggilan yang kita beri pada nama buah mangga..:-

  • pelam/mempelam : sebutan orang utara
  • pauh : orang pntai timur
cuma....biasanya di Malaysia... Pelam berwarna hijau dan rasanya masam.. manakala Mangga berwarna kuning/jingga yang rasanya manis sekali.... HAKIKATnya, sama sahaja...



FAKTA tentang Mangga ::
------------------------------
  • Mangga merupakan satu tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesis pokok buah
  • Tiada info yang tepat tentang asal pokok buah mangga, tetapi kebanyakannya percaya ia datang dari Asia Tenggara & Asia Selatan
  • Nama buah ini datangnya daripada perkataan perkataan Tamil, maankaay
  • Dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'
  • Mengandungi lebih kurang 15% gula, 1% protein dan banyak vitamin A, B dan C. 
Sumber: Wikipedia






Sambal Mempelam Muda Goreng
Resepi : HaSue

Bahan2Nya :
-----------------------------------

  •     3 biji mempelam muda (yg bijinya masih lembut) -kupas,buang biji dan potong kecil
  •     2 tangkai Cili merah + cilipadi (letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*
  •     2 ulas bawang merah*
  •     Segenggam ikan bilis kupas* - - boleh digantikan dengan ikan goreng semlm ke :D ...
  •     1 sudu belacan*
  •     Sedikit garam dan gula/perasa
  •     Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis (lebih krg 2 sudu bsr)

Cara2 MembuatNya :
--------------------------------
  • Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
  • Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!



Sambal Belacan Mempelam Muda

Bahan2Nya :
-------------------
  • 150 gram isi mempelam muda - dicincang
  • 40 gram cili padi
  • 300 gram belacan
  • 80 gram bawang merah
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil gula halus


Cara2 MembuatNya :
--------------------------------
  • Tumbuk halus cili padi, belacan dan bawang merah. Masukkan garam dan gula. Tumbuk lagi.
  • Campurkan kesemua bahan tumbuk tadi hingga sekata. 



  • Barulah dimasukkan isi mempelam yang telah dicincang. Kacau lagi hingga sekata. Bolehlah dihidangkan.
  • Nk lawa lagi tambah cili hijau, colourful sikit ... mmg heaven gilez ... 


Senarai Sambal2 Dalam MyBlogKu ini - Just click on the below link :-
---------------------------------------------------------------------------------------

 

 •*¨*•.¸¸❥ End of Sambal Belacan Mempelam/Mangga Muda •*¨*•.¸¸❥


No comments:

Post a Comment