Monday, March 21, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Kuih - Muih - Kuih Bom @ Kuih Bijan •*¨*•.¸¸❥


KUIH BOM atau di kenali sbg KUIH BIJAN. Sering kali sy dengar keluhan kawan2 mahupun keluarga yg malas nak buat kuih ini kerana kononnya kuih ini betul2 meletup seperti bom ketika di goreng. 

Hihihi. Mari ikuti TUTORIAL step by step resepi KUIH BOM yg LEMBUT, SUPER CHEWY dan TIDAK MELETUP ketika di goreng. Rahsianya ialah mencampurkan tepung pulut + tepung gandum ...tuk jek bah !
 

Tutorial ini sesuai buat yg ingin berniaga kerana sy sediakan dlm kuantiti yg byk.  Uols leh adjust sukatan ikut famili korum memasing ya .... Slmt mencuba!



Tuk FILLING ni terpulang kat selera uols ...sy selalu gunakan 3 jenis inti :
  • -Kacang hitam (readymade)
  • -Kacang tanah blend dgn gula pasir
  • -Kelapa putih di masak dgn gula merah dan sehelai pandan utk aroma wangi.




Adunan berikut akan menghasilkan 200+ biji kuih bom mengikut size jualan saya. Bahan2 yg di perlukan adalah :

Bahan2Nya ::
-------------------------

  • Tepung pulut 1 kg.
  • Tepung gandum 4 mangkuk.
  • -1 mangkuk = 390 gram.
  • Bermaksud 4 mangkuk × 390 gram =
  • 1 kg 560 gram.
  • 3/4 sudu sup garam.
  • 1sudu sup yis/ragi.
  • 2 sudu sup gula.
Boleh suaikan/kecilkan sukatan ikut korum umah anda >_<



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Step 1 - Satukan semua bahan dalam besen yg besar

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Step 2 - Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli rata.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Step 3 - Doh yg sempurna adalah doh yg tidak melekat di tangan dan di besen.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Step 4 - Ambil sedikit doh. Sesuaikan ikut size kesukaan anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 


 Cara2 Memasukkan INTI seperti dibawah ya :----------------------------------------------------------------------------



Step 1 - Tekan doh agar menjadi lebar. Jgn terlalu nipis bagi mengelakkan doh bocor ketika di masukkan inti nanti.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Step 2 - Setelah siap, ulikan doh dalam mangkuk berisi bijan putih. Golek-golekkan agar permukaan doh rata di saluti bijan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Step 3 - Siap sahaja proses mengisi inti kuih bom, mulai panaskan minyak dgn api yg sederhana. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih bom. Bila sahaja permukaan minyak sudah penuh dgn kuih bom, terus perlahan kan api. Ini tips utk mendapatkan kuih bom yg kenyal dan lembut.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Step 4 - Sentiasa gaul kuih ketika dlm proses menggoreng supaya kuih masak dgn sekata.




%% ----@@@@ -----%%
Sumber : Fb Masak Apa Hari Ini (MAHN)

No comments:

Post a Comment