•*¨*•.¸¸❥ Panduan N' Tips BerNiaga Nasi Lemak Spesel •*¨*•.¸¸❥
Resepi Nasi Lemak Ini Dapat Lebih 30,000 Share Dan Mungkin Mengubah Ekonomi Hidup Anda
Rasanya uols may be pernah ter'share' or ter'read' pasal nasi lemak ni. Sy put into blog so that senang nak refer later on. heheh mana tahu nk jd pengusaha nasi lemak one day ...kan ...perhaps la ... if not then else sebagai recipes Collections je la ....just tgk2 n kumpul ..buatnya idak >_<
Resepi kali ini merupakan perkongsian daripada Noorastella Muhamma di group Facebook Masak Apa Hari Ini dan apa yang menarik lagi, Noorastella sudah menyediakan step by step
penyediaan nasi lemak dalam kuantiti yang banyak sekaligus memberi
peluang kepada anda untuk membekalkan nasi lemak bungkus secara
kecil-kecilan. Menurut Nooastella, resepi yang dikongsikan ini adalah rutin hariannya yang menghasilkan 200 bungkus nasi lemak setiap hari. “Semoga bermanfaat buat kawan-kawan. Berniagalah dgn penuh keyakinan.
Mudahan kita semua di murahkan rezeki yang halal,” katanya dalam
perkongsian tersebut. Okay, jom ikuti satu persatu cara penyediaan nasi
lemak ini. Step by step menarik sebab ada gambar, malah siap ada rahsia
dan tips berguna untuk anda.
1Kita Mulakan Dengan Cili Kering
Kita
mulakan dgn cili kering. Bagi 200 bungkus nasi lemak, sy gunakan 2
mangkuk cili kering yg halus dan 6 mangkuk cili kering yg besar. Sy
gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yg terhasil seimbang rasa
pedasnya kerana cili kering yg halus/kerinting lebih pedas dr cili
kering besar.
2Gunting Cili Kering Halus Halus Supaya Lembut Ketika Direbus
3Rebus cili kering dlm kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak
4Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau utk pastikan cili kering masak dgn seimbang
5Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih
Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.
6Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus
Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yg sy gunakan, proses blender sy sebanyak 5 kali. Simpan dlm besen dan ketepikan.
Saya gunakan :
Bwg besar 8 biji
Bwg putih 3 labu
Serai 6 batang
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Halia sebesar ibu jari
Belacan 1 1/2 inci di bakar
Serbuk cili 6 sudu mkn
8Potong halus semua bahan2 tumis supaya memudahkan proses blend
9Tumis Guna Minyak Masak
Utk
blend bahan2 tumis, sy tidak menggunakan air sebaliknya menggantikannya
dgn minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.
10Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus
11Tumis Sambal Nasi Lemak
Skg
kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Sy gunakan minyak
bekas goreng ikan bilis utk menumis. Inilah rahsia sambal yg sedap dan
wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal
tahan lama.
12Masukkan bahan tumis yg di blend halus
Masukkan beberapa helai daun pandan yg di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yg maveles!
13Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak
14Kemudian masukkan cili kering yg sudah di blend awal td
Ambil
setengah bungkus asam jawa dan ramas dlm semangkuk air. Masukkan air
asam jawa yg di tapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yg
terhasil adalah sambal yg manis-manis pedas. Bagi saya, itulah definisi
sambal yg terbaik.
15Masak sambal sampai terbit minyak
Kepekatan
sambal mengikut citarasa msg2. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga
mencapai kepekatan sambal yg sesuai. Sambal yg sedap adalah sambal yg di
masak dgn waktu lama. Kebiasaan sy, sambal ini sy sediakan pd waktu
mlm. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu di panaskan dan fokus pada
nasi pula.
16Inilah sambal yg telah siap
Merah
kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari
penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yg lama. 3-4
jam.
17Skg beralih pada penyediaan nasi pula
Kualiti
gambar sedikit gelap kerana nasi ini sy sedia kan pada waktu subuh.
smile emoticon Sy gunakan 10 mangkuk beras utk sekali masak. 10 mangkuk
beras ini dpt menghasilkan 100 bungkus nasi lemak mengikut sukatan sy.
Setiap hari sy akan masak 20 mangkuk beras. Bermakna, sy masak sekaligus
menggunakan 2 kuali dan 2 periuk kukusan. Harap kawan2 jelas bahagian
ini. smile emoticon
18Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih
Petua
agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras
pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yg
bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yg selalu melembabkan
nasi.
19Penyediaan Nasi
Utk nasi, sy gunakan:
Halia sebesar ibu jari
Serai 4 btg
Beberapa helai daun pandan yg di simpul
20Tuang beras dan bahan-bahan lain dlm kuali besar. Masukkan air 2 inci dr permukaan beras
21Utk 10 mangkuk beras ini, sy gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yg sgt pekat
22Masukkan
2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan
berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula
23Masak sehingga air kering
Sentiasa
kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20
minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja. 60% lg akan masak di dlm
periuk kukusan.
24Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan
Sy suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk utk aroma nasi yg wangi.
25Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan utk transfer ke dlm periuk kukusan yg sudah di panaskan
26Transfer nasi dr kuali sampai habis
27Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit
28Petua Berharga Yang Anda Perlu Beri Perhatian
Ini sedikit contoh hasil jualan harian sy. Lagi sedikit petua dari saya : -Timun yg di gunakan utk nasi lemak.
Selepas potong, masukkan ke dalam peti sejuk. Ini bertujuan mengelakkan
timun dr berair yg akan merosakkan nasi. Keluarkan timun apabila tiba
waktu utk menggunakannya. -kacang goreng.
Jemur kacang di bawah matahari. Ini kerana kacang yg terbungkus dlm
plastik akan berbau hapak dan agak lembab. Bila kacang di jemur sblm
goreng, kacang yg terhasil sgt rangup. -ikan bilis.
Ketika ingin menggoreng ikan bilis, masukkan beberapa hirisan bawang
putih. Petua ini berguna utk mengetahui samada ikan bilis cukup masak
atau belum. Bila hirisan bwg putih sudah garing, maknanya ikan bilis pun
sudah cukup masak. -telur rebus.
Selepas siap merebus telur, ketika sudah matikan api, masukkan beberapa
sudu cuka masakan dan tutup sekejap periuk. Ini bagi memudahkan proses
pengupasan telur.
Kami di Vitdaily juga mengharapkan perkongsian ini dapat membawa kebaikan kepada anda semua. Mahukan resepi seperti ini lagi? Jom follow kami di Facebook dan Instagram.
No comments:
Post a Comment