Saturday, January 16, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Gulai/Kari Sotong Masak Berempah Beserta Kentang N' Tomato •*¨*•.¸¸❥


Saya x pasti korang panggil apa masakan ni ...tp ianya sejenis gulai dan kari jugak kot sbb ada rempah dan bersantan ...tapi versi saya ani saya x tumis rempah 4 sekawan la ye, cuma bahan2 basic dan rempah kari je ..dan saya x tumis ya, kira mine ni x berminyak la but still not healthy sbb guna santan huhu ..... suits urself ... pepe pun insyaAllah sodap gitu ... yang penting masak la dengan kasih sayang dan keikhlasan, insyaAllah licin habis hingga menjilat jari ...heheh *wink*


Gulai Sotong Berempah
Bahan2Nya :-
------------------------------


  • 1kg sotong - cuci bersih dan potong ikut citarasa
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 1 biji tomato - dibelah lapan or hiriis bulat2
  • 5 tangkai daun kari - optional, nak letak boleh
  • Rempah tumis - 4 sekawan - optional, nak letak boleh
  • 4 camca besar rempah kari ikan
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • 1 camca besar serbuk cili
  • Sedikit kerisik - star of the show for the day heheheh
  • 2 tangkai cili hijau - belah 2, optional
  • 500 ml santan pekat
  • 300 ml air asam jawa - or asam keping, tp sy x letak sbb dah letak tomato
  • Garam secukup rasa

Cara2 MembuatNya :-
---------------------------

  • Blender bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kisar dan kerisik. Ketepikan sebentar.


  • Bersihkan sotong dan potong ikut suka, saya buang hitam atas badan sotong tu sbb x suka la. Mine potong simple je la ... Uols boleh potong membulat or trending yg mcm bunga tu pun boleh ...Masukkan ke dalam periuk dan biarkan airnya kering sekejap dan sotongnya layu.  ..pic seperti kat bawah ya ...

  • Bila sotong dah layu dan airnya dah kurang, masukkan bahan2 kisar tadi. Renehkan di dalam periuk sebentar, boleh masukkan rempah kari pada waktu ini dan masak lagi .... step seperti kat bawah ya ...
 


  • Selepas itu boleh dimasukkan santan dan ubi kentang, if ubi kentang ni jenis yg susah empuk boleh la direbus di dalam periuk yang berasingan dahulu. 

  • Selepas itu boleh la dimasukkan tomato yg telah dipotong. Saya x letak asam keping sbb tomato dah masam right, but uols suka masam sikit boleh la diletakkan ... suka hati korang ...


  • Masak hingga kuah sedikit pekat. angkat dan hidangkan. Voila dah siap ...saya sertakan juga tips2 memasak sotong dari gugelan saya ..insyaAllah boleh la kita praktikkan ...




Tips masak sotong dari mamak haji
------------------------------------------

Assamulaikum..hari lambat sikit masuk Fb..ada dua soalan berkenaan "Resepi Sotong" yg mamak haji paparkan sangat baik untuk di kongsi bersama, 

SOALAN: "Salam mamak Haji,nak tip ,bagaimana caranya masak sotong jadi lembut. Isteri saya kiranya saorang yg pandai masak tapi bab masak sotong selalunya keras dan liat..terima kasih", dariSufinaz Zainuddin dan Sharidah Bujang SOALAN: ....terima kasih yea!.  

  • 1. Untuk melembutkan sotong bila dah bersihkan kalau bukan sotong yg berisi telur, ketuk beberapa kali pada badannya dgn kitchen Mallet tapi jgn sampai terkoyak pulak isinya. Baru mula potong isinya .. pic mallet tu mcm pic kat bwh ya 
  • 2. JANGAN TERLALU LAMA MASAK sotong, isinya akan jadi mcm tayar goodyear. Kalu gunakan suhu terlalu panas masak di antara 1 minit ke 3 minit saja. 
  • 3. Masak dgn sotong dengan api dapur yang sederhana makana cara simmering atau renehan sekurang-kurangnya selama 45 minit. INi yang buatkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat-masala. Dengan itu kalau gunakan air panas yg mendidih gunakan masa masak di atas ia itu sama 1-3 minit saja..maka elok masak sotong dlm renehan ia itu mula air sejuk .. 
  • 4. Isi Sotong juga boleh dilembutkan dengan perapkan dgn jus limau nipis atau lemon. Asid dari jus ini bukan saja lembutkan isi sotong tapi menghindarkan bau hanyir sotong.  
  • 5. Ada juga org Perancis suka rendam sotong dalam susu utk melembutkan, kerana susu mengandungi asid Lactic..peram semalaman atau sekurang-kurang 4 jam dlm peti sejuk dlm bag plastik sebelum digunakan.  
  • 6. Dakwat Hitam sotong bukan beracum maka boleh disimpan dan digunakan dlm masakan ikan kicap atau goreng sayur kicap. Dakwat ini akan berikan aroma yg sedap utk anda. Wassalam. 


SOTONG MASAK "NASI KANDAR" PULAU PINANG.
--------------------------------------------------------

  • Assalamualaikum..Hidangan makanan laut dalam resepi nasi kandar, "sotong masak nasi kandar" adalah paling digemari oleh pengemar makanan nasi kandar. Malangnya masakan sotong nasi kandar yang begitu murah satu masa dulu kini telah menjadi makanan untuk golongan mampu saja. 
  • Bukan sotong saja tetapi makanan seperti ikan bilis dan ikan sardin dalam tin tidak termampu oleh golongan pendapatan rendah. Minggu lepas Mamak Haji teringin nak masak sambal ikan masak sardin. Sardin dalam tin yang terbaik adalah jenama, "cap Ayam" memang keenakan sos tomato tak terbanding dengan sardin dalam tin yang lain. 
  • Harga sekarang telah mencecah RM6.90 lebih..wow! terkejut Mamak Haji kerana sardin dalam tin ini masa zaman kecil-kecil adalah untuk golongan pendapatan rendah atau orang kampung yang sukar mendapatkan bekalan ikan air masin segar. 
  • Begitu juga dengan "sotong masak nasi kandar ini. Yang penting anda kalau nak memesan sotong atau udang di restoren nasi kandar perlu berhati-hati dengan harga. 
  • aik tanya harga dulu sebelum memesan kerana papan tanda harga di restoren nasi kandar yang tergantung itu, tidak akan ada tanda harga cuma dengan perkataan, " Harga Ikut Saiz". Maka awas yea...!. 


SOTONG MASAK NASI KANDAR - 2
---------------------------------------

  • Kenapa menu nasi kandar sotong ini mahal?. Ada sebabnya yang kita perlu tahu tentang jenis sotong dan cara masakanya lain dari masakan biasa. 
  • Sotong untuk nasi Kandar bukan sebarang sotong. Biasanya Sotong untuk masakan nasi Kandar dipilih dari jenis, "sotong putih yang sarat berisi telur sotong". Saiz pulak perlu diteliti biasanya yang sedang. Isi sotong putih biasanya tebal, lembut dan manis dari sotong yang jenis warna pink ( sotong yang berwarna merah adalah sotong ais dan sudah dua tau tiga kali disejukan dan boleh dikatakan sotong yang sudah lama). 
  • Sotong yang sarat punyai telur sotong, dipilih kerana bentuk asal sotong tidak akan ubah menjadi kempis (leper) bila masak dan telur sotong itu memberi rasa yang enak berlemak dan manis. 
  • Masalah sotong yang putih ini ialah, ia cuma ada pada musim-musim yang tertentu. Sekiranya anda ingin dapatkan sotong jenis ini perlu ke pasar basah awal pagi lagi kerana permintaannya tinggi. Di Pulau Pinang tak ada masalah dapatkan sotong jenis ini. 
  • Mamak Haji kurang arif tentang pasar di negeri lain. Mamak celoteh banyak sangat tentang sotong ini?. Macam biasa lah, mamak haji bukan ingin cuma nak berikan resepi tetapi pemahaman tentang resepi perlu sebelum kita masak sesuatu resipi. 
  • Kalaulah dikatakan inginkan resepi berpuluh ribu blog menulis resepi dalam internet atau beli saja buku resepi pasti hebat. Di sini Mamak haji mahu pengunjung blog ini betul-betul selami apa itu masakan Nasi kandar. 
  • Cuma orang Pulau Pinang yang arif tentang apa yang buat nasi kandar itu sedap tetapi di negeri-negeri lain apa yang mereka memahami tentang dari Nasi kandar ialah satu lagi masakan biasa kari India.

No comments:

Post a Comment