Monday, March 02, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Kuah Kacang Nasi Himpit or Satay Sodap BondaKu •*¨*•.¸¸❥

 

N3 ni pasal kuah kacang yang boleh dimakan bersama satay or nasi himpit, selalu nasi himpit la kan di buat masa keramaian or perayaan. Ini adalah resepi bondaku, secret bahannya ialah buah belimbing buluh ...bukan belimbing yang star fruits yg cun melecun tu ya ...uols kenal tak? gambar seperti di bawah ye ...


Saya sertakan juga cara untuk mengeluarkan kulit kacang sesudah digoreng from scratch bg yg x tahu la kan ...yg dah tahu or ada kaedah lain just info je >_<


 

Dari 'gugel'an saya terlalu banyak versi kuah kacang ni ...ada yang simple2 and up to complicated one. So suits yourself la ye ....terpulang pada ur own pallete la kata org. Saya sertakan juga khasiat Belimbing Buluh ni untuk rujukan u and i kuikuikui ...



.: Khasiat Buah Belimbing Buluh :.

  • Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
  • Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
  • Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
  • Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.


.: Keburukan :.
  • Kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.




.: Cara-cara perubatan :.

Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;
  • Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.
  • Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
  • Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.
  • Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.
  • Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.
  • Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
.: Untuk penyakit darah tinggi :.
  • Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.
  • Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
  • Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
  • Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
  • Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


.: Cara2 Mengeluarkan KULIT KACANG TANAH mengikut cara zaman dedulu, kini dan selamanya ahaks >_< :.
  • Cara ni uols buat la if you opt nak siapkan sendiri inti kacang tanah from scratch unless you beli dah siap la k, we called it menampi (verb) and tampi (noun) ahaks mcm cikgu bahasa omputih plaks ...Ekceli this is my mum ways la decendence to uols hahaha ...
  • Memula uols goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga garing, nak tau da garing or lum tengok kulit dia ala2 hitam gitu ...dan amik sebiji try rasa ..awas panas tau ! watch out for ur tongue ! >_< ..Nanti 'tunas rasa' lidah ko 'mati' haku x responsible k ...
  •  Lepas tu keluarkan kulitnya dengan cara massage the kacang hahaha ...picit2 + penyek2kan la kot ...hampeh ! Haku x tau word yang suai hahaha ...korang pandai2 la teka/faham/imaginekan...
  • Maka bermula la upacara menampi ni (gambar atas, sila klik gambar untuk enlarge)...ambil benda seakan-akan dulang, i amik baking pan je.. letak kacang yang telah dikeluarkan kulit tadik, lambung2 ke atas dan ke bawah  mcm dalam gambar di atas k (shot terbaek from my son is the pic in d middle, besh giler i suka tgk pic tu!!).... buat beberapa banyak kali uols suka ...lepas tu di dapati keluar la segala kulit-mulit kacang tanah tadi.... gambar seperti di bawah ya ! ..peace !  ...
  • Lepas tu sila kemaskan longkang uols otherwise the semut2 will come and build their own house + mansion + mahligai bagai ...takkan ni pun aku nak jar kot hahaha..>_<



  • Now, uols blender kacang tu ..jangan jadik tepung plaks ...biar ada chunky2 sikit ..baru besh ! 




Resepi Kuah Kacang BondaKu >>

.: Bahan2Nya :.

  • 1 kg kacang tanah- digoreng tanpa minyak..dan di mesin..jangan halus sangat.. so-so je
  • 7 batang serai
  • 1 1/2 inci lengkuas muda(kalau dapat lengkuas padi lagi sedap)
  • 8 ulas bawang putih
  • 14 ulas bawang merah
  • 1 inci halia muda
  • Sedikit udang kering
  • 4-5 senduk cili kering yang dah siap dimesin
  • 1/2 kg santan-campur air lagi bg cair
**** Semua bahan dikisar kecuali kacang tanah, cili kering diasingkan


  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis- optional
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih- optional
  • Gula( tambah sekeping gula kabung)
  • Secubit garam
  • Air asam jawa secukupnya.. - optional sy dah put belimbing buluh x guna da ni ...

.: Cara2 PenyediaanNya :.
  • Bersihkan belimbing seperti gambar di bawah, kerat/potong kepala dan ekor dia, nak belah 2 pun ok jugak ..


  • Blenderkan bahan untuk menumis. Bahan2 seperti 7 batang serai, 1 1/2 inci lengkuas muda(kalau dapat lengkuas padi lagi sedap)8 ulas bawang putih, 14 ulas bawang merah, 1 inci halia muda. Tumis semua bahan2 hingga betul2 masak dan garing...




  •  Meanwhile, udang kering dibersihkan dan ditumbuk halus. Masukkan ke dalam gorengan sambal tadi. Kacau sebentar.



  • Masukkan belimbing buluh tu or air asam jawa (kalau guna belimbing xyah lagi, belimbing da masam u !)..biarkan mendidih sebentar..
  • Masukkan santan yang dah dicairkan dan biarkan mendidih lagi...word of the day is mendidih je ..uols jgn mendidih darah plaks bc blog aku ni heheh >_<
  • Akhir sekali, masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa..biarkan betul2 masak or mencapai kepekatan kuah yang diingini ...kuah ni mmg akan memekat setelah diangkat tau ...so uols agak2 la ..


  • Kepekatan gravy ni ikut suka..ada yang suka pekat dan ada suka cair sedikit.
  • Kemanisan ikut tekak sendiri jugak sebab ada yang suka manis dan ada yang suka pedas..but selalu kuah kacang mmg manis sedikit la kan ....


~* Semoga Bermanfaat & Selamat Mencuba Uols *~

No comments:

Post a Comment